Pages

Tuesday 27 December 2016

SEMINAR KECERGASAN DAN KECEMERLANGAN JABATAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA TAHUN 2016

          Seminar Kecergasan Dan Kecemerlangan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Tahun 2016 akan dilaksanakan di Politeknik Ibrahim Sultan. Program ini diselaraskan oleh Jabatan Matematik, Sains dan Komputer Politeknik Ibrahim Sultan bersama Pihak Jabatan MAQIS.

           Objektif penganjuran seminar ini adalah untuk menggilap bakat mengikut setiap jenis sukan di kalangan kakitangan MAQIS dan menggalakkan kakitangan untuk mengamalkan gaya hidup sihat serta memupuk semangat berpasukan dan mampu berkerjasama tanpa mengira pangkat, umur, bangsa dan agama. Peserta seminar adalah terdiri daripada pegawai-pegawai MAQIS yang bertugas di Ibu Pejabat dan Pejabat-pejabat Negeri dan Pintu-pintu Masuk dari seluruh Malaysia. Jumlah peserta yang terlibat dengan seminar ini, adalah seramai 146 orang. Manakala 13 orang sukarelawan bagi program ini adalah daripada Kelab Belia Dan Sukan Politeknik Ibrahim Sultan. Seminar ini berlangsung selama lima (5) hari iaitu pada 5 September 2016 hingga 9 September 2016.

         Tempat perlaksanaan seminar ini adalah di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor dan Pasir Gudang Bowl, Kompleks Pusat Bandar, Pasir Gudang, Johor (untuk acara bowling). Acara sukan yang di anjurkan ialah sukan Bola Sepak, Bola Jaring, Ping pong, Sepak Takraw, Bola Tampar, Larian MAQIS, batu seremban, Dart dan karom.





0 comments:

Post a Comment