Pages

Friday 8 March 2013

BENGKEL PENYEDIAAN SENARAI TUGAS

Bengkel penyediaan senarai tugas telah diadakan pada 8 Mac 2013 bertempat di CAD 4 JMSK, PIS. Selain dari tugas utama, semua staf di politeknik juga mempunyai tugas sampingan yang perlu dibereskan. Tugas sampingan tersebut terdiri daripada pelbagai jawatankuasa yang mana setiap satunya mempunyai senarai tugas tertentu. Senarai tugas adalah penting kerana ia merupakan sumber rujukan setiap jawatankuasa bagi memastikan tanggungjawab yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan sempurna.

 



Walaubagaimanapun, kebanyakan senarai tugas yang ada bukanlah yang terkini. Terdapat juga jawatankuasa yang baru diwujudkan dan masih belum mempunyai senarai tugas. Oleh kerana itu, satu bengkel telah diadakan untuk mengemaskini senarai tugas yang sedia ada dan mewujudkan senarai tugas bagi jawatankuasa baru.




Bengkel ini telah dihadiri oleh semua staf dan dikendalikan oleh semua ketua kursus iaitu Pn Asniza binti Abu Bakar, Cik Fazida Akhtar binti Abdullah dan Pn Umi Kalthom binti Ramin.




Dalam bengkel ini, semua jawatankuasa dikehendaki untuk meneliti senarai tugas yang lama. Staf boleh membuat penambahan dan perubahan jika ada. Bagi jawatankuasa baru yang masih belum mempunyai senarai tugas, mereka perlu membina senarai tugas berdasarkan pengalaman mereka. Semua senarai tugas yang telah siap kemudiannya disemak oleh ketua kursus dan disahkan oleh ketua jabatan. Diharap dengan berakhirnya bengkel ini, semua staf dapat melaksanakan tugas dengan lebih cekap, sistematik dan berkesan.