Pages

Friday 29 October 2010

Pengenalan JMSK

 
PENGENALAN
Jabatan Matematik, Sains & Komputer merupakan jabatan sokongan yang menyediakan pembelajaran yang bersistematik bagi kursus Sains & Matematik Kejuruteraan yang menjadi teras kepada pencapaian akademik pelajar kejuruteraan. Jabatan ini juga bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan komputer kepada semua pelajar Politeknik Ibrahim Sultan, selain dari menyediakan pengajaran asas teknologi komputer terkini.
Jabatan ini ditubuhkan pada tahun 1998 dan kini terdapat 32 orang tenaga pensyarah,seorang pembantu makmal dan 2 orang pembantu tadbir. Lokasi pejabat JMSK terletak dibahagian depan Politeknik Ibrahim Sultan bersama Jabatan Pengajian Am dan Unit ICT. Fasiliti-fasiliti yang terdapt di JMSK ialah 5 buah makmal komputer, 1 makmal sains dan 5 buah bilik kuliah.
JMSK diterajui oleh seorang Ketua Jabatan dan di bantuselia oleh 3 orang Ketua Program iaitu Ketua Program Matematik, Ketua Program Sains dan Ketua Program Komputer. Proses Pengajaran & Pembelajaran di jalankan dengan penuh dedikasi oleh setiap pensyarah mengikut silibus yang telah ditetapkan agar proses P&P dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan efektif.
 VISI
Menjadi pusat kecemerlangan dalam melahirkan pelajar yang berpengetahuan di bidang Matematik, Sains dan Komputer seiring perkembangan teknologi semasa.
 MISI
Menghasilkan pelajar yang mahir menyelesaikan permasalahan dengan mengaplikasikan Matematik, Sains dan Komputer bagi membantu pencapaian di bidang kejuruteraan, rekabentuk dan hospitaliti.

OBJEKTIF
Kecemerlangan Akademik
  1. Berusaha untuk mencapai kadar kelulusan bagi semua modul tidak kurang dari 95% bagi setiap semester.
  2.  Berusaha untuk mencapai sekurang-kurangnya 50% daripada pelajar yang lulus mencapai nilai mata 3.0 atau lebih untuk setiap modul bagi setiap semester.
Kecemerlangan Staf
Berusaha supaya staf JMSK menghadiri kursus/seminar/bengkel yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di bidang Matematik, Sains dan Komputer sekurang-kurangnya sehari dalam setahun.

0 comments:

Post a Comment