Pengenalan
Matematik Kejuruteraan 3 ialah subjek matematik yang perlu diambil oleh pelajar-pelajar semester 3 yang mengikuti bidang kejuruteraan. Matematik Kejuruteraan 3 ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai konsep statistik dan penggunaanya dalam mengolah data, penganggaran luas dan isipadu di bawah lengkung yang tidak sekata. Di samping itu, ia juga memperkenalkan penggunaan janjang dan konsep matrik asas bagi menyelesaikan persamaan serentak dangan menggunakan kaedah matrik songsang dan Petua Cramer. Permasalahan persamaan serentak linear dan persamaan tidak linear boleh di selesaikan dengan menggunakan Kaedah Berangka.
Modul Pembelajaran
Modul yang digunakan dalam pembelajaran Matematik Kejuruteraan 3 ini ialah Workbook Engineering Mathematics BA301 dan ianya hanya digunapakai di dalam Politeknik Ibrahim Sultan. Modul ini mengandungi penerangan secara teori, rumus, contoh-contoh soalan dan jawapan, latihan dan tutorial.
0 comments:
Post a Comment