Pages

Monday 24 March 2014

Kem Perkongsian Pintar anjuran JMSK dengan kerjasama KRMM PIS

Kem Perkongsian Pintar telah berlangsung pada 21 hingga 22 Mac 2014 bertempat di Tiram Indah Village, Ulu Tiram Johor. Kem ini telah dianjurkan oleh Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Ibrahim Sultan dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Masjid Politeknik Ibrahim Sultan. Peserta yang telah dipilih adalah dari kalangan pelajar ‘carry modul’ iaitu pelajar yang mengulang kursus. Peserta ini telah dipilih untuk membantu mereka dalam memotivasikan diri masing-masing dalam peningkatan dari segi mental dan rohani bagi memastikan mereka mampu menamatkan pengajian mereka dengan jayanya di Politeknik Ibrahim Sultan.


Antara tujuan kem ini dianjurkan adalah untuk memberi inspirasi dan motivasi berterusan kepada pelajar ‘carry modul’, memupuk semangat jati diri dan percaya kepada kebolehan diri sendiri dan mewujudkan ‘trust’ iaitu kepercayaan oleh pelajar kepada pensyarah. Peserta yang terpilih ini adalah seramai 40 orang dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Dua jabatan ini dipilih kerana kebanyakkan pelajar yang mengulang kursus adalah dari kalangan pelajar yang mengambil kursus matematik kejuruteraan.

Kem dua hari satu malam ini mempunyai banyak aktiviti yang menarik seperti:
i.         Seminar Pengurusan Masa Berkesan
ii.       Kuliah maghrib bertajuk Kepentingan Ilmu Dalam Islam
iii.      Slot Muhasabah Pencetus Ummah
iv.     Mathematics Race
v.       Latihan dalam kumpulan
vi.     War games





Hadiah menarik telah menanti para peserta kem seperti Matemathics Race dan Latihan Dalam Kumpulan. Aktiviti-aktiviti ini memerlukan para peserta untuk berkerjasama dalam kumpulan untuk mencapai matlamat. Kreativiti dan pemikiran yang pantas diperlukan untuk menyelesaikan cabaran yang telah diberikan.

Kem Perkongsian Pintar ini telah diakhiri dengan majlis penutup yang telah dirasmikan oleh Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar iaitu En Abu Bakar Bin Abdul Hamid. Ketua Jabatan Matematik, Sains dan Komputer iaitu Dr Hajah Siti Zunariah Binti Mohd Said juga telah di jemput untuk menyampaikan ucapan penghargaan dan tahniah kepada peserta, fasilitator dan urusetia yang telah menjayakan kem tersebut. Hadiah juga telah disampaikan oleh KJHEP dan KJ JMSK kepada para pemenang.




Secara keseluruhannya, Kem Perkongsian Pintar yang telah dianjurkan dapat mencapai matlamat dan mampu memberikan impak bukan sahaja kepada peserta yang terlibat tetapi secara tidak langsung ia mampu meningkatkan imej Politeknik Ibrahim Sultan dalam melahirkan lebih ramai pelajar yang mempunyai daya kepimpinan dan sahsiah diri yang tinggi.














Wednesday 5 March 2014

Bengkel Kemahiran Permainan Sofbol (CSR Bersama Sek Rendah Kebangsaan Kopok, Pasir Gudang)

CSR bersama Sekolah Rendah Kebangsaan Kopok, Pasir Gudang anjuran Unit Ko-kurikulum dan Sukan Kerjasama Jabatan Matematik, Sains dan Komputer , Politeknik Ibrahim Sultan telah diadakan pada 4hb Mac 2014 yang lalu bertempat di perkarangan Politeknik Ibrahim Sultan. CSR ini merupakan salah satu aktiviti bagi mengeratkan silaturrahim , meningkatkan semangat kerjasama diantara pensyarah dan pelajar politeknik bersama murid Sekolah Rendah Kebangsaan Kopok dan akhir sekali memberi peluang murid-murid melalui proses ‘knowledge transfer’ dengan pihak politeknik.



Bengkel tersebut telah melibatkan seramai 20 orang pelajar darjah 3 Sek. Ren. Keb Kopok berumur 9 tahun. Bengkel tersebut dibimbing oleh 28 orang pelajar Politeknik Ibrahim Sultan semester 2 yang mengambil kursus kokurikulum (Sofbol ). Program bermula seawal 2.00 petang hingga 5 petang . Pelajar didedahkan tentang kemahiran asas permainan sofbol. Program tersebut berlangsung di Padang Sofbol Politeknik Ibrahim Sultan. Ucapan tahniah dan terima kasih tidak terhingga juga kepada seorang guru pengiring dari Sek. Ren Keb. kopok yang hadir bersama-sama murid-murid tersebut.



Adalah menjadi harapan pihak politeknik, lebih banyak lagi program seumpama ini dapat dilaksamakan pada masa akan datang supaya Politeknik Ibrahim Sultan akan menjadi hub pendidikan dan rujukan masyarakat setempat dan juga cemerlang di peringkat antarabangsa.







Tuesday 4 March 2014

Program Destinasi Kasih 2014: 'Fun With Mathematics' CSR Bersama Sek Rendah Kebangsaan Taman Cendana, Pasir Gudang

Politeknik telah mengadakan program Destinasi Kasih sekali lagi bagi kesinambungan Politeknik Kasih 2013 bersama-sama pensyarah, pelajar politeknik dan murid sekolah kebangsaan Taman Cendana. Pelajar telah didedahkan dengan permainan yang melibatkan matematik dan telah dibimbing oleh 9 orang pelajar politeknik semester tiga.




Antara objektif program ini adalah bagi merapatkan silaturrahim diantara pensyarah dan pelajar bersama murid Sek Keb. Taman Cendana. Memberi peluang kepada murid-murid bekerjasama dengan pensyarah dan pelajar politeknik. Dan akhir sekali memberi peluang kepada murid-murid melalui proses knowledge transfer dengan pihak politeknik.




Program ini berlangsung pada hari Isnin, 3hb Mac 2014, serta melibatkan seramai 20 pelajar darjah empat, Sek Keb Taman Cendana yang berumur 10 tahun. Program ini bermula seawal 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Sebelum permainan bermula pelajar tersebut perlu melalui proses ‘pre test’ soalan matematik selama 30 minit. Dan selepas habis ‘ Exploration Race ‘ pelajar tersebut perlu sekali lagi melalui proses ‘post test’.



Majlis penutup ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, Datuk Dr Arshad Bin Kassim. Ucapan tahniah dan terima kasih tidak terhingga juga kepada semua Ketua Jabatan Induk, Guru Penolong Kanan Sekolah Puan Noraini Binti Abd Syukur. dan guru pengiring Cik Wan Hasyimah Binti Wan Osman dari Sek Keb. Taman Cendana turut hadir bagi memeriahkan majlis penutup tersebut.




Adalah menjadi harapan pihak politeknik, lebih banyak lagi program seumpama ini dapat dilaksamakan pada masa akan datang supaya Politeknik Ibrahim Sultan akan menjadi hub pendidikan dan rujukan masyarakat setempat dan juga cemerlang di peringkat antarabangsa.