Pages

Sunday 5 April 2015

KURSUS ADVANCED INTEGRATION & DIFFERENTIATION



Pada 30 – 31 Mac 2015, Jabatan Matematik Sains & Komputer telah menjalankan Kursus Advanced Integration dan Differentiation yang bermula jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang bertempat di bilik Seminar ULPL. Peserta yang terlibat dalam menjayakan kursus ini adalah staf JMSK seramai 19 orang. Kursus ini telah dikendalikan oleh dua orang penceramah iaitu Pn Noorafidah binti Ithnin dan Pn Hasliza binti Alyimran. Tujuan utama kursus ini dijalankan adalah untuk mendedahkan para peserta bagaiman untuk menyelesaikan masalah dalam topik Advanced Integration dan Differentiation. Topik ini merupakan topik yang penting dalam kursus Engineering Mathematics 2 (DBM2013) and Engineering Mathematics 3 (DBM3013). Setiap peserta diberi penerangan dan latihan untuk meningkatkan lagi pemahaman dan penguasaan dalam topik ini.