Pages

Tuesday 24 February 2015

PERTANDINGAN BOWLING JMSK 2015

Pada 22 April 2015 Pertandingan Bowling JMSK  2015 telah diadakan di Pasir Gudang Bowl, Pasir Gudang. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Kebajikan Dan Aktiviti JMSK dan melibatkan semua staf JMSK. Pertandingan ini adalah salah satu program tahunan staf JMSK dan  bermatlamat untuk menggalakkan penyertaan staf JMSK  di dalam acara sukan sebagai aktiviti mengeratkan sillaturrahim. Di samping itu, ia dapat mendorong mewujudkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian sambil beriadah. Melaluinya, diharapkan agar semua staf dapat mewujudkan budaya hidup berteraskan kesukanan bagi meningkatkan kecergasan diri yang proaktif dan terbilang.
Pertandingan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya mengikut jadual yang dirancang dan mendapat sambutan daripada semua. Kerjasama yang diberikan oleh urusetia mahupun peserta didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih. Berikut merupakan senarai pemenang:


PEMENANG:
Johan berkumpulan: 
1. Mohd Azim
2. Sy Hana
3. Sy Hannan

Naib Johan berkumpulan:
1. Asniza
2. Wan hamiza
3. Hazlina

Ketiga berkumpulan:
1. Mohd Saifuddin
2. Zuraidah
3. Norihan

Pemenang Individu:
1. Mohd Halid
2. Mohd Azim
3.  Mohamed Rafi
4. Mohd Saifuddin
5. Hazlina
6. Alyyati
7. Sy Hana
8. Norihan
9. Irma
10. Wan Hamiza




Thursday 12 February 2015

Bengkel Pembinaan Item Penilaian Berterusan pada 8 - 9 Februari 2015



Bengkel Pembinaan Item Penilaian Berterusan 2015  telah dijalankan pada 8 hingga 9 Februari 2015 bermula jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang. Bengkel ini dijalankan di bilik CAD 1, JMSK. Peserta yang terlibat dalam menjayakan kursus ini adalah pensyarah JMSK seramai 28 orang. Fasilitator yang dilantik ialah Pn. Asniza Binti Abu Bakar dan Cik Fazida Akhtar Binti Abdullah. Bengkel ini dibahagikan kepada 2 kumpulan, iaitu kumpulan bagi kursus Matematik yang dipantau oleh fasilitator Pn. Asniza Binti Abu Bakar dan  kumpulan kursus Sains Kejuruteraan (fasilitator Cik Fazida Akhtar Binti Abdullah). Bengkel ini dijalankan adalah untuk menyediakan soalan-soalan penilaian berterusan yang selaras bagi setiap subjek. Soalan yang dibangunkan mestilah berpandukan kepada silibus. Dalam tempoh dua hari bengkel, soalan yang telah selesai disemak oleh fasilitator akan difailkan untuk dijadikan bank soalan dan digunakan untuk penilaian semester semasa dan semester akan datang.