Pages

Saturday 8 October 2011

Karnival ICT 2011

Karnival ICT 2011 anjuran Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Johor Bahru dengan kerjasama JKP Zon Scientax telah diadakan pada 6 hingga 8 Oktober 2011 yang lalu bertempat di perkarangan Politeknik Johor Bahru. Majlis Penutup karnival ini telah dirasmikan oleh Yang dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Tuan Haji On bin Jabbar @ Jaafar. Karnival ini merupakan salah satu aktiviti bagi mengeratkan silaturrahim dan hubungan kekeluargaan antara warga Politeknik Johor Bahru dan komuniti di sekitar institusi seperti di Taman Cahaya Masai, Taman Scientax, Kampung Kopok dan juga di sekitar Pasir Gudang amnya. Karnival ini secara tidak langsung memberi pendidikan secara interaktif kepada minda masyarakat tentang keperluan dan kepentingan teknologi komunikasi ini.


Backdrop ICT & PC Carnival 2011

Maskot Karnival ICT sedang bergambar bersama staf Unicorn Sdn Bhd

Pengarah PJB, En Shabudin bin Man sedang memberikan ucapan aluan beliau semasa Majlis Perasmian Penutup Karnival ICT ini


Majlis penyampaian hadiah kepada pelajar taska yang telah berjaya memenangi Pertandinga Mewarna ICT

Hamper telah disampaikan oleh YDP MPPG kepada pemenang Pertandingan Explorace ICT

Majlis Penyampaian Hadiah oleh YDP MPPG, Tuan Haji On Bin Jabbar @ Jaafar

YDP MPPG dan Pengarah PJB sedang melawat PC Fair yang berlangsung di karnival ini 

Pengarah PJB, En Shabudin bin Man menyampaikan cenderamata kepada YDP MPPG, Tuan Haji On bin Jabbar @ Jaafar.

YDP MPPG, Tuan Haji On bin Jabbar @ Jaafar dan Tuan Pengarah PJB, En Shabudin bin Man diiringi oleh Pengerusi Karnival ICT, En Mohd Ali bin Jasmi dan Timbalan Pengerusi I, Cik Fazida Akhtar binti Abdullah melawat tapak PC Fair yang ditaja oleh Unicorn Sdn Bhd

Guru Besar Sekolah bersama-sama Pengarah PJB, Pengerusi Karnival ICT, Timbalan Pengerusi II Karnival ICT dan Project Manager Unicorn Sdn Bhd berarak mengiringi YDP MPPG, Tuan Haji On bin Jabbar @ Jaafar pulang selepas jamuan makan.

Gerai Jualan yang memenuhi perkarangan PJB bagi menambah variasi bahan jualan di karnival ini.

Staf PJB, pelajar PJB dan orang ramai sedang mengunjungi PC Fair yang diadakan

Peserta daripada salah satu kumpulan yang sedang menyelesaikan tugasan Pertandingan Explorace ICT