Pages

Monday 30 September 2013

Konvensyen KIK Peringkat Kebangsaan Politeknik 2013

Pada 24 – 26 September 2013, buat pertama kalinya Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Kebangsaan 2013 di Politeknik Kota Bharu (PKB). Konvensyen ini merupakan anjuran bersama pihak PKB dan Jabatan Pengajian Politeknik (JPP). Pada kali ini PKB telah menjadi tuan rumah konvensyen selepas Politeknik Seberang Prai. Sebanyak 27 kumpulan dari seluruh politeknik telah menyertai konvensyen pada kali ini.




PIS telah menghantar dua kumpulan iaitu kumpulan FBI dari Jabatan Matematik, Sains dan Komputer dengan tajuk projek “Mengurangkan Kadar Kehilangan Peralatan Komputer di Makmal Komputer” dan JKE ONE dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik dengan tajuk “Student Attendance System with RFID”. Kumpulan FBI terdiri daripada Irma binti Maaman, Naksa binti Ahmad, Julaila binti Sapari, Noor Baiti binti Jamaluddin, Suhana binti Abd Aziz, Md Saifuddin bin Md Yusop, Mohd Azim bin Md Janis, Puziahhaiza binti Pazui dan Norasidah binti Mohd Arshad. 




Manakala Kumpulan JKE ONE diwakili oleh Nor Haniza binti Junid, Mazlan bin Karim, Tuan Rozilaazawani binti Tuan Mat, Mohd Khairul Anuwar bin Mohd Khairi, Mahezan bin Karmon dan Mohamad Noh bin Ahmad.




Panel permarkahan adalah terdiri daripada Panel MAMPU, MPC, TNB dan juga dari pelbagai agensi dan industri. Permarkahan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu permarkahan VIVA sebanyak 60%, Persembahan 25% dan pameran adalah 15%. Majlis penutup telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Mokhlis Jaafar, Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pada kali ini, dua kategori dipertandingkan iaitu kategori pengurusan dan teknikal. Tempat pertama bagi kategori teknikal dimenangi oleh Politeknik Balik Pulau (Power Interface), diikuti tempat kedua iaitu Politeknik Seberang Prai (D Pearl) dan tempat ketiga ialah Politeknik Ungku Omar (IKIK4U). Bagi kategori pengurusan, tempat pertama dimenangi oleh Politeknik Kota Bharu (G-Pro – SPMP - iExam), tempat kedua dimenangi oleh Politeknik Merlimau (Promest) dan tempat ketiga dimenangi oleh Politeknik Shah Alam (FAME). Juara keseluruhan jatuh kepada Politeknik Kota Bharu (G-Pro -SPMP-iExam). Pemenang bagi kedua-dua kategori secara automatik berjaya ke peringkat seterusnya.




Walaupun kumpulan dari PIS tidak memenangi sebarang kategori, namun ia dapat memberi pendedahan awal dan banyak pengalaman yang berguna kepada peserta yang hadir. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta FBI dan JKE One yang telah bertungkus lumus dan memberikan komitmen penuh untuk menyertai konvensyen pada kali ini. Diharap pengalaman pada tahun ini akan dapat memberi motivasi dan cabaran kepada semua ahli KIK di PIS untuk terus berusaha menghasilkan produk yang inovatif dan kreatif serta berjaya dalam konvensyen KIK akan datang.


Monday 9 September 2013

Majlis perpisahan pelatih UTHM

Majlis perpisahan pelatih dari UTHM telah diadakan di Bilik Mesyuarat JMSK pada 5 September 2013. Majlis perpisahan ini diadakan untuk pelatih dari UTHM yang telah tamat menjalani latihan mengajar selama 2 bulan di JMSK . Seramai 4 orang pelatih iaitu Mohd Akmal Bin Masud, Norzahida Binti Mohamed, Khatijah Binti Awang dan Nurul Maziah Binti Barkhaya. Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan dari Pengerusi Majlis dan seterusnya ucapan terima kasih dari KJ JMSK iaitu Pn. Hjh. Siti Zunariah Binti Mohd Said kerana telah membantu sedikit sebanyak kerja-kerja di jabatan. Majlis diteruskan dengan ucapan terima kasih dari pelatih UTHM atas tunjuk ajar kepada semua staf JMSK . Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati serta jamuan minum petang.

Wakil pelatih menerima cenderahati dari KJ JMSK, Pn Siti Zunariah

Pelatih UTHM bergambar bersama mentor masing-masing sebagai kenang-kenangan