Pages

Wednesday 29 February 2012

Kolaborasi bersama Jabatan Perhutanan Negeri Johor

Mesyuarat kolaborasi bersama Jabatan Perhutanan Negeri Johor telah berlangsung pada 29hb Feb 2012 bertempat di Bangunan Dato' Mohamad Ibrahim Munsyi, Kota Iskandar, Nusajaya. Kolaborasi terjalin antara Jabatan Perhutanan Negeri Johor dengan Jabatan Matematik, Sains & Komputer, PIS adalah bagi membangunkan projek Eco Trail di Politeknik Ibrahim Sultan. Wakil PIS yang pergi mengadakan mesyuarat kolaborasi tersebut adalah terdiri daripada Dr. Kamaruddin Bin Md. Tahir, Pn. Umi Kalthom Binti Ramen, Pn. Zuraidah Binti Mohd Ramly, En Md Saifuddin Bin Md. Yusop dan Pn. Julrani Binti Arshad. Manakala wakil dari JPNJ pula ialah Tn. Hj Yahaya Bin Mohamood, En. Khirun Nizam bin Abdul Rahim dan En. Ahmad Hamka Bin Mohd Yasin. Kolaborasi yang dijalankan bersama telah membawa PIS serta JPNJ ke satu tahap persefahaman dan perhubungan yang baik antara satu sama lain.










Monday 13 February 2012

TAKLIMAT OBE SESI 1/2012 JMSK

Pada 10 Februari 2012, satu taklimat OBE sesi 1/2012 JMSK telah dilakasanakan. Taklimat tersebut bermula pada pukul 10.00 pagi, bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan JMSK. Peserta yang terlibat dalam menghadiri taklimat ini adalah staf JMSK seramai 40 orang. Penceramah yang memberi taklimat OBE ini ialah Pn. Umi Kalthom Binti Ramin dan Pn. Irma Binti Maaman.

Taklimat ini bertujuan mendedahkan peserta mengenai teknik P&P ‘Outcome Based Education’. Penceramah memberi penerangan mengenai definisi OBE dan teknik perlaksanaan OBE di dalam P&P. Penceramah juga menerangkan bagaimana OBE boleh dijalankan dalam P&P untuk meningkatkan kualiti P&P terutama dalam subjek matematik. Dengan adanya taklimat OBE ini, peserta dapan meningkatkan pemahaman dalam melaksanakan OBE semasa proses P&P.

Thursday 2 February 2012

BENGKEL PENGGUNAAN CIDOS DALAM P&P

Bengkel Penggunaan CIDOS dalam P&P telah dianjurkan oleh JMSK. Bengkel tersebut dilaksanakan pada 1 Februari 2012 bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 4.30 petang bertempat di Makmal CAD 3, JMSK. Peserta yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini adalah staf JMSK seramai 38 orang. Pn Siti Norlina Binti Ab. Sani dan Pn. Norihan Binti mahmood daripada Unit Komputer, JMSK dijemput sebagai fasilitator untuk membantu peserta dalam pembangunan soalan. Bengkel ini dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan CIDOS dalam P&P. 

Setiap peserta di bahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut subjek. Peserta didedahkan dengan teknik membangunkan soalan menggunakan CIDOS sebagai cara alternatif selain daripada edaran kertas soalan di dalam kuliah. Dengan adanya bengkel ini, peserta dapat membina soalan melalui CIDOS dengan mudah dan sekaligus dapat meningkatkan penggunaan CIDOS di kalangan pensyarah dalam proses P&P.