Pages

Sunday 23 February 2014

Laporan Kejohanan Bowling Piala Ketua Jabatan JMSK 2014

Disediakan oleh: Norihan binti Mahmood

Kejohanan Bowling Piala Ketua Jabatan, Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) telah diadakan pada 20 Februari 2014 pada jam 2.00 petang. Kejohanan ini telah diadakan di Pasir Gudang Bowl Kompleks Pasir Gudang. Program yang dianjurkan oleh JMSK ini merupakan salah satu aktiviti yang dirancang untuk tahun 2014. Semua peserta kejohanan bowling ini terdiri daripada semua kakitangan JMSK. Tujuan dan matlamat utama program ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara semua staf dari semua peringkat di JMSK. Di samping itu aktiviti sukan bowling juga merupakan aktiviti sihat yang harus dijadikan sebagai aktiviti tahunan.

Secara keseluruhan matlamat program ini telah tercapai dan secara tidak langsung ia berjaya mencungkil bakat bermain bowling di kalangan peserta. Berikut merupakan senarai pemenang bagi Kejohanan Bowling Piala Ketua Jabatan JMSK tahun 2014. Pemenang kategori berkumpulan dimenangi oleh kumpulan 10 yang terdiri daripada Md Saifuddin bin Md Yusop, Norihan binti Mahmood dan Nor Fariha binti Sohod. Manakala tempat kedua dimenangi oleh kumpulan 6 yang terdiri daripada Julaila binti Sapari, Noorafidah binti Ithnin dan Hasliza binti Aly Imran. Seterusnya kumpulan 11 memenangi tempat ketiga yang terdiri daripada Mohd Halid bin Abu, Puziahhaiza binti Pazui dan Husna binti Abdullah. Pemenang menerima hadiah berbentuk trofi dan hamper.

Kategori individu juga mendapat hadiah sehingga nombor 5 yang terbaik dengan mengira jatuhan pin yang tertinggi. Tempat pertama kategori individu dimenangi oleh Md Saifuddin bin Md Yusop, tempat kedua dimenangi oleh Julaila binti Sapari, tempat ketiga dimenangi Norihan binti Mahmood, tempat keempat dimenangi oleh Mohd Azim bin Janis dan tempat kelima dimenangi oleh Irma binti Maaman. Semua pemenang menerima hadiah berbentuk trofi. Hadiah kemenangan disampaikan oleh Ketua Program Matematik iaitu Puan Asniza binti Abu Bakar bagi pihak ketua jabatan yang tidak dapat hadir bersebab. Rata-rata semua peserta merasa seronok dan dapat menghilangkan sedikit tekanan dengan adanya aktiviti sukan seperti ini. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan kepada semua peserta yang menjayakan program ini.



Senarai nama dan kumpulan


KEPUTUSAN

JUARA
KUMPULAN 10
Md Saifuddin
Nor Fariha
Norihan

NAIB JUARA
KUMPULAN 6
Hasliza
Noorafidah
Julaila

KETIGA
KUMPULAN 11
Mohd Halid
Fuziah Haiza
Husna

Pemenang jatuhan pin terbanyak

PERTAMA: Md Saifuddin

KEDUA: Julaila

KETIGA: Norihan

KEEMPAT: Mohd Azim

KELIMA: Irma

Gambar sepanjang kejohanan:

Bergambar bersama sebelum pulang

Para pemenang ber'posing'

peace yo

Membuat balingan strike sambil menutup mata

Ketua Kursus Matematik bersedia untuk menyampaikan hadiah

Salah seorang peserta harapan bersedia untuk membuat balingan strike

Peace dulu...

Berdoa sebelum membuat balingan

Otai bersama hadiah kemenangan














Wednesday 12 February 2014

Kejohanan Bowling Piala Ketua Jabatan JMSK 2014

Kejohanan Bowling Piala Ketua Jabatan, Jabatan Matematik, Sains & Komputer PIS akan diadakan pada 20 Febuari 2014 iaitu pada hari khamis bermula pada jam 2.00 petang. Kejohanan kali ini bertempat di Pasir Gudang Bowl di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang yang dianjurkan oleh Ahli Kebajikan JMSK. Semua staf JMSK PIS dimestikan untuk melibatkan diri dalam kejohanan tersebut. Tiada yuran penyertaan dikenakan sebaliknya pemenang akan mendapat hadiah. Segala pertanyaan boleh menghubungi Pn Norihan, Pn Julaila dan Pn Norasidah. 

Sunday 9 February 2014

CSR Bersama Sek Rendah Kebangsaan Cahaya Baru, Pasir Gudang

CSR bersama Sekolah Rendah Cahaya Baru, Pasir Gudang anjuran Jabatan Matematik, Sains dan Komputer , Politeknik Ibrahim Sultan telah diadakan pada 6 Februari 2014 yang lalu bertempat di perkarangan Politeknik Ibrahim Sultan. Majlis penutup CSR ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah ( Akademik ) Politeknik Ibrahim Sultan, Puan Hajah Suzana Binti Hashim. CSR ini merupakan salah satu aktiviti bagi mengeratkan silaturrahim , meningkatkan semangat kerjasama diantara pensyarah dan pelajar politeknik bersama murid Sekolah Rendah Kebangsaan Cahaya Baru dan akhir sekali memberi peluang murid-murid melalui proses ‘knowledge tranfer’ dengan pihak politeknik.



Program tersebut telah melibatkan seramai 70 orang pelajar darjah 5 Sek. Ren. Keb Cahaya Baru berumur 11 tahun. Program tersebut dibimbing oleh 7 orang pelajar Politeknik Ibrahim Sultan semester 2 dan semeter 3 . Terdapat 4 orang pensyarah pelatih daripada UTHM telah berbesar hari menjadi fasilitator sepanjang program tersebut berlangsung. Program bermula seawal 8.00 pagi hingga 12 tengahari. Pelajar didedahkan tentang pengetahuan asas penggunaan Aplikasi Komputer menggunakan microsoft word tahap satu. Program tersebut berlangsung dii Makmal Komputer CAD 1, CAD 4 dan GCL 2 di Jabatan Matematik, Sains & Komputer, Politeknik Ibrahim Sultan. Ucapan tahniah dan terima kasih tidak terhingga juga kepada dua orang guru pengiring dari Sek. Ren Keb. Cahaya Baru yang hadir bersama-sama murid-murid tersebut.




Adalah menjadi harapan pihak politeknik, lebih banyak lagi program seumpama ini dapat dilaksamakan pada masa akan datang supaya Politeknik Ibrahim Sultan akan menjadi hub pendidikan dan rujukan masyarakat setempat dan juga cemerlang di peringkat antarabangsa.