Pages

Monday 17 November 2014

Persidangan Kebangsaan Penyelidikan & Inovasi (NCoRI) 2014

11 & 12 November 2014 – Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi 2014 adalah satu program ilmiah yang menjadi tapak perbincangaan dan perkongsiaan ilmu, idea dan maklumat untuk membudaya dan memperkasa penyelidikan dan inovasi di kalangan pensyarah secara khasnya dan orang ramai secara amnya. Tema persidangan ini ialah “Innovation and Creativity towards Sustainable Education” yang menjadi satu ukuran bagi para pensyarah untuk membuat penyelidikan dan inovasi dalam pendidikan untuk memberi peluang kepada para pensyarah supaya lebih berdaya saing dan berfikiran kreatif dan inovatif. Jabatan Matematik, Sains dan Komputer telah menghantar 8 kertas kerja dan 2 inovasi dalam persidangan ini. Berikut merupakan tajuk kertas kerja dan inovasi berserta nama pensyarah yang terlibat dalam pembikinan kertas kerja dan inovasi.


Bil
Tajuk Kertas kerja / Inovasi
Nama Pensyarah yang terlibat
1
Adsorption Of Dye Onto Modified Chitosan-
Zeolite Beads
Mohd Azim bin Md Janis
Md Saifuddin bin Md Yusof
2
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains di Politeknik Ibrahim Sultan : Persepsi Pensyarah
Noor Baiti binti Jamaluddin
Mohd halid bin Abu
3
Kesan Pembelajaran Koperatif di Kalangan Pelajar Politeknik dalam Kursus Matematik Kejuruteraan 2
Mohd Halid bin Abu
Noor Baiti binti Jamaluddin
4
Keberkesanan Penggunaan Carta Morfologi dalam Meningkatkan Penjanaan Idea Untuk Rekabentuk Konsep Produk
Md Saifuddin bin Md Yusof Mohd Azim bin Md Janis

5
Mengenal Pasti Faktor-faktor Yang Menyumbang Kepada Kegagalan Pelajar Dalam Kursus Matematik Kejuruteraan 4 (BA501) di Politeknik Ibrahim Sultan
Noor Syaheeda binti Mohd Safie
Naksa binti Ahmad
Faeizah binti Mohd Lajim
6
Kajian Tindakan : Penggunaan Rumus Teorem Binomial Dalam Topik Pengembangan Binomial, Kursus Matematik Kejuruteraan 4
Naksa binti Ahmad
7
Effect of Radiation on the Microbial Burden of Pereskia sacharosa
Syarifah Hannan binti Sayed Abd Rahman
8
Kemahiran Generik di Kalangan Pelajar Semester Enam Diploma Kejuruteraan Di PIS bagi Memenuhi Keperluan Majikan Di Era E-Ekonomi
Normazita binti Mat Ali
Noorafidah binti Ithnin
Nurul Shida binti Noni
9
Pembangunan Bahan E-Learning Bagi Kursus BA601Engineering Mathematic 5
(Hyperbolic & Inverse Trigonometric Function)
Dr Hjh Siti Zunariah binti Mohd Said
Zainab binti Ali Taha
Siti Nuradibah binti Hj Edros
10
Mereka bentuk Meja dan Kerusi Mudah Alih Serbaguna ( Multipurpose Portable : Desk & Seat)
Faeizah binti Mohd Lajim


Persidangan seperti ini harus dijalankan secara terus bagi membolehkan perkongsian ilmu, idea baru dan maklumat terkini bagi meningkatkan produktiviti pensyarah Politeknik seiring dengan pensyarah universiti di Malaysia mahupun seluruh dunia.

Monday 1 September 2014

Minggu JMSK

Pada 26 dan 27 Ogos 2014, Jabatan Matematik, Sains & Komputer telah menganjurkan program “Minggu JMSK” bertemakan alam sekitar Beberapa acara menarik diselitkan antaranya adalah ceramah Kesedaran dan Kesihatan Alam Sekitar dan pertandingan “Water Rocket “ untuk pelajar-pelajar Politeknik Ibrahim Sultan, sementara itu pertandingan Running maths & Recycle Competition pula lebih memberi tumpuan kepada pelajar-pelajar sekolah Menengah Kebangsaan Kota Masai , Pasir Gudang.


Minggu JMSK ini diadakan bagi mendekatkan lagi jiwa warga PIS dan komuniti dengan Matematik dan Sains. Tema yang dibawa untuk julung-julung kali ini adalah ‘back to nature’. kerana alam sekitar ini adalah warisan dunia di mana ia satu aset yang sangat berharga dan harus dipelihara, dijaga dan dikekalkan. Kesedaran tentang penjagaan, amalan harian dan do & don’t kepada alam ini perlu ditingkatkan lagi dari semasa ke semasa agar masing-masing sedar dan bertindak kearah memeliharanya.


Bagi program ceramah Kesedaran dan Kesihatan Alam Sekitar, penceramah khas dijemput dari Jabatan Perhutanan Negeri Johor iaitu Puan Nurazuwah binti Omar yang menjawat jawatan sebagai Penolong Pemelihara Hutan dan juga diiringi oleh pengawas hutan yang ramah dan sudi berkongsi ilmu dan pengalaman sebagai pengawas hutan iaitu Encik Nasarudin bin Jais. Ceramah kesedaran berlangsung dengan jayanya dimana terdapat beberapa aktiviti kuiz dijalankan semasa sesi ceramah untuk menarik perhatian pelajar. Selain itu, satu pameran mini tentang hutan dan kesedaran kesihatan alam sekitar pada hari pertama.

Selain ceramah Kesedaran dan Kesihatan Alam Sekitar, pertandingan Water Rocket di peringkat saringan telah dilaksanakan seminggu lebih awal daripada tarikh Minggu JMSK. Sebanyak 32 pasukan daripada pelajar semester 1 telah menyertai pertandingan ini dan 10 pasukan telah layak ke peringat akhir.  Hadiah yang dimenangi oleh pemenang-pemenang water rocket adalah berbentuk wang tunai sebanyak RM 500 untuk tempat pertama, RM 300 untuk pemenang tempat kedua dan RM 200 untuk pemenang ketiga.  Peserta-peserta lain pula memperoleh sijil penyertaan.   

Pada hari Rabu, 27 Ogos 2014, sesi ceramah Pelan Integriti Nasional telah dianjurkan dengan menjemput Prof  Madya Dr. Shafaai Bin Musa Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti, Kepimpinan & Latihan Semangat Dato’Onn  (IKLAS) sebagai penceramah.  Peserta yang terlibat adalah 150 orang staf daripada setiap jabatan di Politeknik Ibrahim Sultan. Pada masa yang sama, pertandingan Running Maths dan Recycle Competition dijalankan dengan kerjasama pelajar-pelajar PIS, kakitangan JMSK bersama-sama dengan 39 orang pelajar tingkatan 4 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Masai . Penerapan nilai reuse, reduce dan recycle dimana pelajar dikehendaki mencipta dari bahan-bahan terbuang, bersama-sama dengan konsep explorace iaitu pelajar harus menyelesaikan  beberapa siri masalah matematik dalam Running Maths. Dua guru pengiring iaitu Puan Rozita Mahari dan Encik Shahrulazuan bin Ahmad Jamain telah sudi sama-sama menyertai

Pengarah PIS, Encik Hatta Bin Zainal telah sudi menjadi perasmi pada hari penutup bersama-sama diiringi dengan Ketua Jabatan JMSK, Pn. Dr. Hjh Siti Zunariah Binti Mohd Said. Guru kanan dari sekolah iaitu Puan Julaiha Abd Hamid sempat turut serta dalam majlis tersebut. Terima kasih yang tidak terhingga buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan program ini.


Secara keseluruhannya, kami menerima maklum balas positif dari para peserta sepanjang dua hari program ini dilangsungkan. Malah guru-guru juga sentiasa berbesar hati mengalu-alukan bentuk kerjasama seperti ini agar dapat membuka minda pelajar sekolah terhadap peranan PIS pada komuniti setempat. Adalah menjadi harapan kami kerjasama seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang supaya Politeknik Ibrahim Sultan akan menjadi hub pendidikan dan rujukan setempat dan juga cemerlang di peringkat antarabangsa.



Thursday 24 July 2014

Majlis Perpisahan Pn Puziahhaiza binti Pazui & Pn Faizatussaidah binti Mean


Majlis perpisahan ini diadakan pada hari Khamis, 24 Julai 2014 di Bilik Mesyuarat JMSK. Majlis dimulakan pada jam 2.30 petang bagi meraikan dua orang pensyarah JMSK yang akan berpindah iaitu Pn Puziahhaiza binti Pazui dan Pn Faizatussaidah binti Mean. Kedua-dua orang pensyarah ini akan berpindah ke Politeknik Mersing, Johor.


 Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan dari Pengerusi Majlis dan seterusnya ucapan dari Ketua Jabatan JMSK iaitu Dr. Hjh. Siti Zunariah binti Mohd Said yang merakamkan ucapan terima kasih dan selamat maju jaya kepada mereka. Majlis diteruskan dengan ucapan dari Ketua Kursus, Pn Umi Kalthum binti Ramin dan diikuti pula ucapan dari yang diraikan iaitu Pn Puziahhaiza binti Pazui dan Pn Faizatussaidah binti Mean. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati dari JMSK dan Unit Komputer kepada Pn Puziahhaiza binti Pazui dan Pn Faizatussaidah binti Mean. Majlis bersuarai pada jam 3.30 petang.



Wednesday 25 June 2014

24 Jun



Kursus Penerapan Nilai-nilai Keusahawanan dalam Pengajaran & Pembelajran 


Seperti yang telah digariskan oleh Jabatan Pengajian Politeknik, setiap graduan yang berjaya menamatkan pengajian bukan sahaja keluar dengan membawa segulung diploma tetapi diri mereka juga dilengkapi dengan nilai-nilai yang boleh dipasarkan dalam dunia industri.  Salah satu daripada niulai-nilai tersebut adalah nilai keusahawanan.  Dengan nilai keusahawanan ini, graduan politeknik seharusnya dapat mempromosi kebolehan yang mereka ada dan seterusnya dapat mempromosi produk yang dihasilkan oleh syarikat tempat mereka bekerja.

Nilai-nilai keusahawan bukan sahaja dibincangkan dalam kursus keusahawanan tetapi juga perlu diterapkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi kursus-kursus yang lain.  Oleh itu, Kursus Penerapan Nilai-nilai Keusahawanan dalam Pengajaran dan Pembelajaran telah diadakan untuk membantu para pensyarah mengetahui serta memilih nilai-nilai keusahawan yang boleh diterapkan dan membincangkan bagaimana untuk memupuk nilai-nilai keusahawan yang sesuai dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang akan dilakukan di dalam kelas.
Kursus ini dihadiri oleh 25 orang pensyarah JMSK dan telah dikendalikan oleh Pn Surayahani binti Kamarolzaman, seorang pensyarah di JMSK yang juga merupakan seorang pensyarah kursus keusahawanan. 
Di dalam kursus ini, peserta juga telah diberikan ujian untuk mnegnalpasti ciri-ciri keusahawanan yang ada dalam diri masing-masing.  Di akhir kursus, peserta dikehendaki untuk membentangkan nilai keusahawanan yang ingin diterapkan beserta aktiviti yang ingin dilakukan bagi proses pengajaran dan pembelajaran kelas yang akan datang.
Diharap dengan kursus ini, para pensyarah telah mendapat inspirasi dan idea dalam mempelbagaikan ilmu yang boleh disampaikan kepada pelajar supaya graduan yang dihasilkan nanti bukan sahaja tinggi ilmunya tetapi juga tinggi nilai kebolehpasarannya.


Monday 9 June 2014

PELAJAR SEKOLAH RENDAH SEKITAR PASIR GUDANG BERKURSUS DUA HARI DI JMSK

Pada 3 dan 4 Jun 2014 yang lalu, Kursus Microsoft Office: Word, Excel dan Powerpoint telah diadakan di Makmal CAD4, Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Ibrahim Sultan. Kursus ini telah dianjurkan oleh Jabatan Matematik, Sains dan Komputer dan telah diuruskan oleh dua orang urusetia dari Jawatankuasa Latihan Jabatan yang terlibat. Peserta yang terlibat seramai 29 orang merupakan pelajar-pelajar sekolah rendah di sekitar Pasir Gudang, Johor. 

Kursus yang berlansung selama dua hari ini dimulakan pada pukul 9 pagi hingga 4 petang pada kedua-dua hari. Kandungan kursus didapati sangat menarik minat peserta kerana mereka telah diajar untuk menggunakan Microsoft Word, Excel dan Powerpoint bagi menghasilkan tugasan dalam bentuk interaktif dan menarik seperti membuat poster, membina carta, menghasilkan buku skrap dan membuat persembahan animasi semasa perbentangan. Para peserta juga didedahkan dengan cara-cara penggunaan komputer yang betul sepanjang tempoh berkursus. 

Kursus ini melibatkan tiga orang fasilitator yang merupakan pensyarah Unit Komputer, Jabatan Matematik, Sains dan Komputer sepanjang kursus. Sepanjang kursus, makan pagi, makan tengah hari dan minum petang disediakan untuk para peserta termasuklah sijil penyertaan. Secara keselurahannya, peserta dan ibu bapa peserta juga memberikan maklum balas positif dan amat berminat untuk menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Matematik, Sains dan Komputer.

Peserta bergambar bersama fasilitator

Peserta sedang berkursus

Pn Izzati Izni sebagai pengajar kursus

Peserta sedang membuat tugasan

Thursday 22 May 2014

Kursus Kecergasan diri pada 21 Mei



Sebagai seorang yang berkerjaya dan juga mempunyai keluarga, adalah sukar untuk seseorang itu kekal aktif sepanjang masa tanpa mengambil sebarang makanan tambahan (supplement).  Sebenarnya, selain daripada makanan tambahan, senaman juga boleh menjadikan seseorang itu kekal cergas sepanjang hari.  Ini adalah kerana dengan senaman, jantung akan menjadi lebih sihat dan darah dapat diedarkan ke seluruh badan dengan lebih lancar.  Walaubagaimanapun, kesibukan bekerja menyebabkan ramai yang tidak berkesempatan untuk melakukan aktiviti senaman.  Oleh itu, Kursus Kecergasan Diri telah diadakan untuk membantu staf di JMSK meluangkan masa mempelajari teknik-teknik senaman yang boleh dilakukan bagi mengekalkan tahap kecergasan diri masing-masing.
Kursus ini telah dikendalikan oleh En. Mohamed Rafi bin MS Solaiman, seorang pensyarah di JMSK yang juga merupakan pegawai di Unit Sukan.  Seramai 31 orang staf JMSK telah menghadiri kursus ini dengan berpakaian sukan.
Di dalam kursus ini, peserta telah diterangkan serba sedikit mengenai tips-tips penjagaan kesihatan bagi seluruh tubuh badan.  Peserta juga diterangkan mengenai jenis-jenis sukan yang sesuai disertai.  Sedikit demonstrasi senaman juga telah ditunjukkan.  Di akhir kursus, satu sesi praktikal telah diadakan di mana semua peserta dikehendaki melakukan aktiviti senaman yang dikatakan sesuai untuk meningkatkan tahap  kecergasan diri.
Diharap dengan kursus ini, semua peserta dapat memanfaatkan ilmu yang telah dikongsi dan cuba mencari waktu untuk melakukan senaman yang telah ditunjukkan supaya kekal cergas dan aktif sepanjang hari untuk menyelesaikan semua tanggungjawab yang diberi.

Thursday 1 May 2014

30 April




Kursus bahasa Isyarat
Politeknik Ibrahim Sultan bukan  sahaja istimewa kerana merupakan satu-satunya politeknik yang menawarkan program-program rekabentuk tetapi juga kerana mempunyai pelajar-pelajar istimewa iaitu pelajar-pelajar kelainan upaya yang cacat pendengaran ataupun bisu.  Pelajar-pelajar khas ini perlu mengambil kursus Aplikasi Komputer (BK101) di JMSK semasa berada di semester satu.  Walaubagaimanapun, tidak semua pensyarah berpeluang mengajar pelajar-pelajar tersebut kerana bilangan mereka yang sedikit.  Sungguhpun begitu, pelajar-pelajar khas ini sering datang ke pejabat samada mahu bertemu dengan pensyarah mereka ataupun ingin membuat jualan hasil dari aktiviti jabatan mereka.  Ini menimbulkan kesukaran kerana kebanyakan staf di JMSK tidak mempunyai kemahiran berbahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan mereka.


Oleh itu, Kursus Asas Bahasa Isyarat telah diadakan untuk melatih staf di JMSK supaya dapat berkomunikasi dengan pelajar-pelajar khas ini dengan menggunakan bahasa isyarat yang paling asas.  Kursus ini telah dikendalikan oleh Pn Siti Suhaila binti Samian dan dihadiri oleh 35 orang peserta. 
Walaupun kursus berlangsung hanya sehari, banyak perkataan-perkataan dalam bahasa isyarat yang telah dipelajari termasuklah nombor, kata nama, kata perbuatan dan perkataan-perkataan yang sering digunakan dalam kehidupan seharian.

Diharap dengan kursus ini, staf di JMSK dapat berinteraksi dengan lebih baik dengan pelajar-pelajar khas yang datang ke jabatan.  Kursus ini juga diharapkan dapat meningkatkan lagi kualiti diri staf di JMSK dengan menjadi insan yang luas pengetahuan dan serba boleh.

MAJLIS PERPISAHAN STAF JMSK: CIK HAFSAH BINTI KASTU DAN PN. SITI AMIRAH BINTI ABDUL RAHMAN

Majlis perpisahan ini diadakan untuk meraikan dua orang pensyarah JMSK yang akan berpindah iaitu Cik Hafsah binti Kastu dan Pn Siti Amirah binti Abdul Rahman. Cik Hafsah binti Kastu akan berpindah ke Politeknik Pagoh manakala Pn Siti Amirah binti Abdul Rahman akan berpindah ke Politeknik Mersing. Majlis ini berlangsung di Bilik Mesyuarat JMSK pada hari Selasa, 29 April 2014.

Majlis bermula pada 12 tengah hari dan dimulakan dengan kata-kata aluan dari Pengerusi Majlis dan seterusnya ucapan dari Ketua Jabatan JMSK iaitu Dr. Hjh. Siti Zunariah binti Mohd Said yang merakamkan ucapan terima kasih dan selamat maju jaya kepada mereka. Majlis diteruskan dengan ucapan dari Pn Siti Amirah binti Abdul Rahman diikuti oleh Cik Hafsah binti Kastu. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati serta jamuan makan tengahari. Majlis bersurai pada 2.30 petang.

Ketua Jabatan JMSK, Pn Hjh Dr Siti Zunariah Binti Mohd Said bergambar bersama staf JMSK yang berpindah, Cik Hafsah Binti Kastu dan Pn Siti Amirah Binti Abdul Rahman

Cik Hafsah memberikan ucapan selamat tinggal

Pn Siti Amirah memberikan ucapan selamat tinggal

Staf JMSK bersama-sama meraikan Majlis Perpisahan Staf JMSK



Monday 24 March 2014

Kem Perkongsian Pintar anjuran JMSK dengan kerjasama KRMM PIS

Kem Perkongsian Pintar telah berlangsung pada 21 hingga 22 Mac 2014 bertempat di Tiram Indah Village, Ulu Tiram Johor. Kem ini telah dianjurkan oleh Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Ibrahim Sultan dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Masjid Politeknik Ibrahim Sultan. Peserta yang telah dipilih adalah dari kalangan pelajar ‘carry modul’ iaitu pelajar yang mengulang kursus. Peserta ini telah dipilih untuk membantu mereka dalam memotivasikan diri masing-masing dalam peningkatan dari segi mental dan rohani bagi memastikan mereka mampu menamatkan pengajian mereka dengan jayanya di Politeknik Ibrahim Sultan.


Antara tujuan kem ini dianjurkan adalah untuk memberi inspirasi dan motivasi berterusan kepada pelajar ‘carry modul’, memupuk semangat jati diri dan percaya kepada kebolehan diri sendiri dan mewujudkan ‘trust’ iaitu kepercayaan oleh pelajar kepada pensyarah. Peserta yang terpilih ini adalah seramai 40 orang dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Dua jabatan ini dipilih kerana kebanyakkan pelajar yang mengulang kursus adalah dari kalangan pelajar yang mengambil kursus matematik kejuruteraan.

Kem dua hari satu malam ini mempunyai banyak aktiviti yang menarik seperti:
i.         Seminar Pengurusan Masa Berkesan
ii.       Kuliah maghrib bertajuk Kepentingan Ilmu Dalam Islam
iii.      Slot Muhasabah Pencetus Ummah
iv.     Mathematics Race
v.       Latihan dalam kumpulan
vi.     War games





Hadiah menarik telah menanti para peserta kem seperti Matemathics Race dan Latihan Dalam Kumpulan. Aktiviti-aktiviti ini memerlukan para peserta untuk berkerjasama dalam kumpulan untuk mencapai matlamat. Kreativiti dan pemikiran yang pantas diperlukan untuk menyelesaikan cabaran yang telah diberikan.

Kem Perkongsian Pintar ini telah diakhiri dengan majlis penutup yang telah dirasmikan oleh Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar iaitu En Abu Bakar Bin Abdul Hamid. Ketua Jabatan Matematik, Sains dan Komputer iaitu Dr Hajah Siti Zunariah Binti Mohd Said juga telah di jemput untuk menyampaikan ucapan penghargaan dan tahniah kepada peserta, fasilitator dan urusetia yang telah menjayakan kem tersebut. Hadiah juga telah disampaikan oleh KJHEP dan KJ JMSK kepada para pemenang.




Secara keseluruhannya, Kem Perkongsian Pintar yang telah dianjurkan dapat mencapai matlamat dan mampu memberikan impak bukan sahaja kepada peserta yang terlibat tetapi secara tidak langsung ia mampu meningkatkan imej Politeknik Ibrahim Sultan dalam melahirkan lebih ramai pelajar yang mempunyai daya kepimpinan dan sahsiah diri yang tinggi.














Wednesday 5 March 2014

Bengkel Kemahiran Permainan Sofbol (CSR Bersama Sek Rendah Kebangsaan Kopok, Pasir Gudang)

CSR bersama Sekolah Rendah Kebangsaan Kopok, Pasir Gudang anjuran Unit Ko-kurikulum dan Sukan Kerjasama Jabatan Matematik, Sains dan Komputer , Politeknik Ibrahim Sultan telah diadakan pada 4hb Mac 2014 yang lalu bertempat di perkarangan Politeknik Ibrahim Sultan. CSR ini merupakan salah satu aktiviti bagi mengeratkan silaturrahim , meningkatkan semangat kerjasama diantara pensyarah dan pelajar politeknik bersama murid Sekolah Rendah Kebangsaan Kopok dan akhir sekali memberi peluang murid-murid melalui proses ‘knowledge transfer’ dengan pihak politeknik.



Bengkel tersebut telah melibatkan seramai 20 orang pelajar darjah 3 Sek. Ren. Keb Kopok berumur 9 tahun. Bengkel tersebut dibimbing oleh 28 orang pelajar Politeknik Ibrahim Sultan semester 2 yang mengambil kursus kokurikulum (Sofbol ). Program bermula seawal 2.00 petang hingga 5 petang . Pelajar didedahkan tentang kemahiran asas permainan sofbol. Program tersebut berlangsung di Padang Sofbol Politeknik Ibrahim Sultan. Ucapan tahniah dan terima kasih tidak terhingga juga kepada seorang guru pengiring dari Sek. Ren Keb. kopok yang hadir bersama-sama murid-murid tersebut.



Adalah menjadi harapan pihak politeknik, lebih banyak lagi program seumpama ini dapat dilaksamakan pada masa akan datang supaya Politeknik Ibrahim Sultan akan menjadi hub pendidikan dan rujukan masyarakat setempat dan juga cemerlang di peringkat antarabangsa.