Pages

Wednesday, 25 June 2014

24 Jun



Kursus Penerapan Nilai-nilai Keusahawanan dalam Pengajaran & Pembelajran 


Seperti yang telah digariskan oleh Jabatan Pengajian Politeknik, setiap graduan yang berjaya menamatkan pengajian bukan sahaja keluar dengan membawa segulung diploma tetapi diri mereka juga dilengkapi dengan nilai-nilai yang boleh dipasarkan dalam dunia industri.  Salah satu daripada niulai-nilai tersebut adalah nilai keusahawanan.  Dengan nilai keusahawanan ini, graduan politeknik seharusnya dapat mempromosi kebolehan yang mereka ada dan seterusnya dapat mempromosi produk yang dihasilkan oleh syarikat tempat mereka bekerja.

Nilai-nilai keusahawan bukan sahaja dibincangkan dalam kursus keusahawanan tetapi juga perlu diterapkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi kursus-kursus yang lain.  Oleh itu, Kursus Penerapan Nilai-nilai Keusahawanan dalam Pengajaran dan Pembelajaran telah diadakan untuk membantu para pensyarah mengetahui serta memilih nilai-nilai keusahawan yang boleh diterapkan dan membincangkan bagaimana untuk memupuk nilai-nilai keusahawan yang sesuai dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang akan dilakukan di dalam kelas.
Kursus ini dihadiri oleh 25 orang pensyarah JMSK dan telah dikendalikan oleh Pn Surayahani binti Kamarolzaman, seorang pensyarah di JMSK yang juga merupakan seorang pensyarah kursus keusahawanan. 
Di dalam kursus ini, peserta juga telah diberikan ujian untuk mnegnalpasti ciri-ciri keusahawanan yang ada dalam diri masing-masing.  Di akhir kursus, peserta dikehendaki untuk membentangkan nilai keusahawanan yang ingin diterapkan beserta aktiviti yang ingin dilakukan bagi proses pengajaran dan pembelajaran kelas yang akan datang.
Diharap dengan kursus ini, para pensyarah telah mendapat inspirasi dan idea dalam mempelbagaikan ilmu yang boleh disampaikan kepada pelajar supaya graduan yang dihasilkan nanti bukan sahaja tinggi ilmunya tetapi juga tinggi nilai kebolehpasarannya.


0 comments:

Post a Comment