Pada 3 dan 4 Jun 2014 yang lalu, Kursus Microsoft Office: Word, Excel dan Powerpoint telah diadakan di Makmal CAD4, Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Ibrahim Sultan. Kursus ini telah dianjurkan oleh Jabatan Matematik, Sains dan Komputer dan telah diuruskan oleh dua orang urusetia dari Jawatankuasa Latihan Jabatan yang terlibat. Peserta yang terlibat seramai 29 orang merupakan pelajar-pelajar sekolah rendah di sekitar Pasir Gudang, Johor.
Kursus yang berlansung selama dua hari ini dimulakan pada pukul 9 pagi hingga 4 petang pada kedua-dua hari. Kandungan kursus didapati sangat menarik minat peserta kerana mereka telah diajar untuk menggunakan Microsoft Word, Excel dan Powerpoint bagi menghasilkan tugasan dalam bentuk interaktif dan menarik seperti membuat poster, membina carta, menghasilkan buku skrap dan membuat persembahan animasi semasa perbentangan. Para peserta juga didedahkan dengan cara-cara penggunaan komputer yang betul sepanjang tempoh berkursus.
Kursus ini melibatkan tiga orang fasilitator yang merupakan pensyarah Unit Komputer, Jabatan Matematik, Sains dan Komputer sepanjang kursus. Sepanjang kursus, makan pagi, makan tengah hari dan minum petang disediakan untuk para peserta termasuklah sijil penyertaan. Secara keselurahannya, peserta dan ibu bapa peserta juga memberikan maklum balas positif dan amat berminat untuk menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Matematik, Sains dan Komputer.
Peserta bergambar bersama fasilitator
Peserta sedang berkursus
Pn Izzati Izni sebagai pengajar kursus
Peserta sedang membuat tugasan
0 comments:
Post a Comment