Pages

Thursday 6 September 2012

Marhaban Anjuran Badan Kebajikan dan JMSK

Majlis marhaban anjuran Badan Kebajikan dan JMSK telah diadakan pada hari Rabu bersamaan 5 September 2012 di JMSK. Majlis ini dijalankan adalah bersempena meraikan bulan syawal yang telah tiba. JMSK telah menjadi “tuan rumah” bagi menjayakan marhaban yang telah dianjurkan oleh Badan Kebajikan PIS. Majlis ini telah menjemput semua warga PIS bagi sama-sama menjayakan majlis marhaban dengan menyediakan pelbagai juadah seperti nasi bukhari, laksa penang, bakso, air katira dan pelbagai jenis kuih muih di dalam majlis tersebut. Semua staf telah di jemput hadir ke Majlis Marhaban tersebut. Selain dari mengingati dan memuliakan junjungan besar Nabi Muhammad SAW, majlis ini juga bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan staf di PIS.
 
Ketibaan tetamu jemputan
 
Tetamu sedang menjamu selera

Antara juadah yang disediakan

Pengarah PIS juga tidak mahu ketinggalan
 
Staf JMSK sedang menanti tetamu jemputan