Pages

Friday 21 June 2013

BENGKEL PEMBINAAN SOALAN PENILAIAN BERTERUSAN DAN PENILAIAN AKHIR

Pada 7-9 Januari 2013 & 19-21 Jun 2013, JMSK telah menganjurkan Bengkel pembinaan soalan penilaian berterusan dan penilaian akhir yang bertempat di Bilik Mesyuarat, Bilik Rekod dan Data dan Makmal Sains, JMSK, PIS. Bengkel pembinaan soalan penilaian berterusan dan penilaian akhir dilaksanakan pada setiap semester dengan tujuan memberi panduan dalam pembinaan soalan penilaian supaya soalan yang dihasilkan mematuhi kehendak silibus, mencapai CLO yang digariskan, dapat menguji domain yang ditetapkan dan mengikut Jadual Spesifikasi Penilaian dan Jadual Spesifikasi Item bagi setiap kursus. Bengkel ini juga diadakan supaya soalan yang dihasilkan adalah selaras bagi tiap-tiap kursus dan sentiasa bertukar setiap semester.



Bengkel ini telah diwajibkan kepada semua pensyarah dan diadakan mengikut unit dengan dibantu oleh ketua kursus masing-masing iaitu Pn Asniza binti Abu Bakar, Cik Fazida Akhtar binti Abdullah dan Pn Umi Kalthom binti Ramin sebagai pemudahcara.



Bengkel ini diharapkan dapat menjadikan para pensyarah lebih kompeten untuk menggubal soalan-soalan penilaian dan dapat menghasilkan soalan-soalan penilaian yang lebih bermutu dan mencapai piawai yang digariskan oleh Bahagian Peperiksaan dan Penilaian.


Tuesday 18 June 2013

Persidangan Keusahawanan Teknologi Kreatif 2013

Pada 17 & 18 Jun 2013 telah berlangsungnya Persidangan Keusahawanan Teknologi Kreatidf 2013 bertempat di Persada Johor, International Convention Centre. Persidangan Keusahawanan Teknologi Kreatif 2013 adalah satu acara ilmiah tahunan bersempena dengan Pertandingan Anugerah Raja Zarith Sofiah, di bawah naungan DYMM Raja Zarith Sofiah. Persidangan ini berlatarbelakangkan kepada keusahawanan kreatif dengan disokong melalui pelbagai sub-tema yang dapat memberi peluang kepada peserta yang ingin berkongsi hasil penyelidikan dan inovasi dalam bidang industri kreatif.



Dalam persidangan ini, Jabatan Matematik, Sains dan Komputer menghantar dua kertas kerja yang bertemakan animasi dan multimedia/ Teknologi Kreatif iaitu Interactive Video Learning to Increase Students Achievements and Level of Understanding for Engineering Science Course dan Persepsi Pelajar terhadap Video Interaktif dalam Kursus BB101, Kajian Kes Politeknik Ibrahim Sultan. Setiap kertas kerja ditulis bersama tiga pensyarah Jabatan Matematik Sains dan Komputer. 

Kertas kerja Increase Students Achievements and Level of Understanding for Engineering Science Course telah ditulis oleh Cik Fazida Akhtar binti Abdullah, Pn syarifah Hannan binti Sayed Abd Rahman dan Pn Syamimi binti Muhamad. Kertas kerja ini telah dibentang oleh Pn Syarifah Hannan binti Sayed Abd Rahman dan Pn Syamimi binti Muhamad. 

Bagi kertas kerja Persepsi Pelajar terhadap Video Interaktif dalam Kursus BB101, Kajian Kes Politeknik Ibrahim Sultan pula ditulis bersama oleh tiga orang pensyarah Jabatan Matematik, Sains dan Komputer iaitu Cik Fazida Akhtar, Pn Zainab binti ali Taha dan Pn Siti Amirah binti Abdul Rahman. Kertas kerja ini telah dibentangkan di persidangan oleh Pn Siti Amirah binti Abdul Rahman dan Pn Zainab binti Ali Taha. 

Persidangan seperti ini harus diadakan secara terus bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan daya saing pensyarah politeknik bagi meletakkan politeknik setaraf dengan universiti di Malaysia mahupun di serata dunia.

Friday 7 June 2013

LOGO BARU POLITEKNIK MALAYSIA