Pages

Wednesday 17 July 2013

KOLOKIUM PIS 2013

Kolokium PIS 2013 yang di beri nama Kolokium Pendidikan Teknik dan Vokasional 2013 (KPTV 2013) akan diadakan di Politeknik Ibrahim Sultan pada 10 Disember 2013. Kolokium ini adalah anjuran dari Unit Penyelidikan dan Inovasi, Politeknik Ibrahim Sultan dan bertemakan 'Inovasi dan Kreatif Pemangkin Kelestarian Pendidikan'. Untuk maklumat lanjut berkenaan kolokium ini, bolehlah melayari laman web yang tertera http://kolokiumpis2013.webnode.com/ 


Tuesday 16 July 2013

BENGKEL PENGGUNAAN DAN MUATNAIK BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI PLATFORM CIDOS

Pada 7 Februari 2013 & 16 Julai 2013, JMSK telah menganjurkan Bengkel penggunan dan muatnaik bahan pengajaran dan pembelajaran di platform CIDOS bertempat di Makmal CAD4, JMSK, PIS. Selaras dengan permintaan JPP supaya semua politeknik melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara e-learning, bengkel penggunaan dan muatnaik bahan pengajaran dan pembelajaran telah diadakan pada setiap awal semester bagi memastikan semua pensyarah berjaya menggunakan CIDOS sebagai medium elektronik di antara mereka dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.



Melalui bengkel tersebut peserta telah ditunjukkan bagaimana CIDOS digunakan untuk memuatnaik dan memuatturun semua bahan pengajaran dan pembelajaran. CIDOs juga membenarkan pelbagai jenis aktiviti penilaian dilakukan secara atas talian. Semua aktiviti tersebut dapat mengurangkan penggunaan kertas dan boleh dicapai pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.





Semua pensyarah diwajibkan menghadiri bengkel tersebut dengan dibantu oleh dua orang penyelaras CIDOS jabatan iaitu Pn Siti Nuradibah binti Haji Edros dan Pn Zainab binti Ali Taha. Diharapkan bengkel tersebut dapat membantu pensyarah meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran dan menjadi pensyarah yang sentiasa mengikuti teknologi pendidikan semasa.



Friday 5 July 2013

Majlis bacaan Yassin dan doa selamat JMSK

Majlis bacaan Yassin dan doa selamat ini telah diadakan di pejabat utama Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) pada hari Jumaat bersamaan 5 Julai 2013. Majlis ini bermula pada pukul 8.30 pg hingga 9.30 pg. Majlis ini diadakan bertujuan untuk sesi perjumpaan semua staf JMSK, mendoakan kesejahteraan beberapa rakan staf JMSK yang menghadapi dugaan kesihatan supaya beransur sembuh dan sihat sediakala dan sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang akan datang.






Seramai lebih kurang 40 orang staf JMSK yang dapat hadir dan sama-sama membacakan Yassin dan Doa Selamat pada hari tersebut. Majlis telah diketuai oleh En. Mohd Yusri Bin Jani. Jamuan telah disediakan oleh setiap unit di JMSK iaitu unit Sains, Unit Matematik dan Unit Komputer bagi mengakhiri majlis tersebut seperti Nasi Ambang, Mee Hoon, Rojak Tahu dan Tempe serta kuih muih.