Pages

Tuesday 31 March 2015

Bengkel Adobe Photoshop




BENGKEL ADOBE PHOTOSHOP berlangsung sebanyak 2 siri iaitu pada hari 12.02.2015( khamis) dan 09.03.2015 ( isnin ) pada jam 9.00 am hingga 4.00petang. Seramai 37 orang peserta yang menghadir bengkel Adobe Photoshop di Makmal CAD 4, Jabatan Matematik Sains Dan Komputer. Staf daripada Politeknik Ibrahim Sultan seramai 5 orang.


NAMA PROGRAM
BENGKEL ADOBE PHOTOSHOP

BILANGAN YANG TERLIBAT
STAF
5 ORANG

PELAJAR


KURSUS YANG DIINTEGRASIKAN
(elemen CDIO)

TARIKH

12 FEB 2015 & 9 MAC 2015
LOKASI

MAKMAL CAD 4, JMSK PIS
MASA

9 AM HINGGA 4 PM
SYARIKAT / INSTITUSI LAIN YANG TERLIBAT
MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG, JOHOR
LAPORAN DISEDIAKAN OLEH
(nama dan tandantangan)
FAEIZAH BINTI MOHD LAJIM






Sunday 29 March 2015

KUMPULAN E10 MERAIH PERAK DI MINI KONVENSYEN TEAM EXCELLENCE WILAYAH SELATAN 2015

JOHOR BAHRU, 25 Mac 2015 - Kumpulan E10 dari Jabatan Matematik, Sains dan Komputer telah menyertai  Mini Konvensyen Team Excellence Wilayah Selatan di Berjaya Waterfront Hotel dan telah berjaya meraih pingat perak di mini konvensyen ini. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia, MPC. Pertandingan ini dimulakan dengan ucapan kata aluan oleh Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia, Wilayah Selatan, Tuan Haji Zainudin bin Elias. Mini konvensyen ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Amran bin A. Rahman, Timbalan SUK (Pengurusan) Kerajaan Negeri Johor.

Program ini dapat menggalakkan dan mempergiatkanusaha kumpulan yang menyertai bagi meningkatkan produktiviti. Konvensyen ini dapat meningkatkan  taraf sesebuah organisasi apabila sesebuah kumpulan itu cemerlang. Mini konvensyen ini bertujuan untuk membolehkan peserta mempersembahkan projek, meningkatkan kerjasama di dalam organisasi dan berkongsi pengalaman dalam usaha meningkat prestasi.


Semoga dengan adanya konvensyen seperti ini dapat menarik lebih banyak lagi kumpulan KIK yang lain untuk menghasilkan projek-projek inovasi dan kreatif selaras dengan hasrat murni konvensyen ini yang bertujuan untuk mengiktiraf hasil penat lelah semua kumpulan KIK.






Monday 16 March 2015

Laporan My Green Redeem 2015 – kolaborasi dengan MPPG


Pada 11 Mac 2015 yang lalu, Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah menganjurkan program ‘MyGreenRedeem’ dengan kerjasama Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG).  Matlamat utama program ini adalah untuk menanam kesedaran kepada semua pihak tentang kepentingan melaksanakan kitar semula dan menjaga alam sekitar. Program ini disasarkan kepada pelajar keusahawanan semester 6 daripada seluruh jabatan di PIS.
Aktiviti dimulakan dengan ceramah ‘komposisi sisa makanan menjana pendapatan’ oleh MPPG di Dewan Kuliah Utama, PIS. Selepas sesi ceramah, pelajar telah mengadakan demonstrasi aktiviti kitar semula sisa makanan untuk dijadikan baja kompos dengan tunjuk ajar staf MPPG. Pameran berkaitan komposisi sisa makanan juga diadakan oleh MPPG bertempat di kantin PIS dan pada masa yang sama, beberapa kumpulan pelajar telah terlibat dengan pameran dan pertandingan produk kitar semula  ‘waste to wealth’. Selain itu, syarikat minuman kopi Super telah berbesar hati menaja minuman kopi pada majlis tersebut.
Ahli jawatankuasa sangat berpuas hati dengan sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh MPPG , Syarikat Super dan pelajar yang menyertai sesi ceramah dan pertandingan mengitar semula barang. Dengan adanya program kitar semula di politeknik ini secara berterusan, diharapkan kesedaran pelajar-pelajar serta staf mengenai kepentingan kitar semula dapat ditingkatkan dan secara tidak langsung dapat mengurangkan penjanaan sisa pepejal yang akan dilupuskan ke tapak pelupusan sisa pepejal sekaligus menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersih, sihat dan selamat.

Penyampaian hadiah kepada juri jemputan, En. Noor Azmi bin Hj. Asmawi, Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Am
AJK Pelaksana, Staf MPPG dan pelajar bergambar kenangan



Sunday 1 March 2015

Minggu JMSK Sesi Disember 2014






Jabatan Matematik, Sains dan Komputer telah menganjurkan program Minggu JMSK 2015, Sesi Disember 2014 pada 23 hingga 26 Februari 2015 yang lalu. Perancangan program ini telah dipersetujui di peringkat Politeknik Malaysia dalam mesyuarat ketua-ketua jabatan tahun 2014 yang lalu untuk diadakan selama seminggu pada setiap semester. Matlamat program ini diadakan untuk membolehkan pelajar memahami konsep matematik, sains dan komputer dalam kehidupan seharian dan bukan sekadar teori di kuliah-kuliah pengajaran dan pembelajaran. Pada masa yang sama, program Minggu JMSK ini juga menitikberatkan kesedaran alam sekitar dan hubungan bersama komuniti. Program ini juga memberi impak positif kepada Politeknik Ibrahim Sultan dari segi prestasi, kreativiti dan inovasi pelajar dan staf sekaligus menyumbang kepada pencapaian polyrate Politeknik Ibrahim Sultan.



Pelbagai aktiviti telah berlangsung semasa program Minggu JMSK 2015 ini. Antaranya Pertandingan Kuiz 100 Challenge, Pertandingan Water Rocket Challenge Kategori Parachute dan Target,Pertandingan Sudoku & Chess, Pertandingan Recycle Product (Frame-Making), Pertandingan Melukis dan Mewarna Poster, dan Pertandingan Fotografi melalui Instagram. Semua peserta adalah terdiri daripadasemua pelajar Politeknik Ibrahim Sultan. Selain itu, Kursus Adobe Photoshop bersama staf Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) juga diadakan bersempena dengan Program Minggu JMSK 2015 dalam kategori Community Engagement.  Peratusan pelajar mengikut jabatan akademik Politeknik Ibrahim Sultan yang menyertai semua pertanndingan yang dijalankan adalah JKM (60%), JKE (27%), JPH (3%) dan JRKV (10%).



Majlis Perasmian dan Penutup telah berlangsung pada hari Khamis, 26 Februari 2015 yang lalu. Para peserta seramai 167 orang yang terlibat dalam semua pertandingan yang telah diadakan telah menghadiri majlis perasmian dan penutup ini. Majlis Perasmian dan Penutup ini telah berlangsung dengan meriah sekali di DKU, Politeknik Ibrahim Sultan. Majlis ini dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pengarah Program, Cik Fazida Akhtar binti Abdullah, diikuti dengan ucapan daripada Ketua Jabatan, Dr Hajah Siti Zunariah binti Mohd Said.Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah Politeknik Ibrahim, En Mohd Hatta bin Zainal. Timbalan Pengarah Akademik, En Abd Razak bin Senan juga turut sama hadir bersama-sama Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar, En Abu Bakar bin Abdul Hamid di Majlis Perasmian dan Penutup Program Minggu JMSK 2015.  Majlis berakhir dengan minum petang di ULPL.

Akhir kata, program Minggu JMSK 2015 ini telah berlangsung dengan jayanya. Semoga program Minggu JMSK 2015 yang akan datang dapat dilaksanakan dengan lebih baik.

Gambar aktiviti