Jabatan Matematik, Sains dan
Komputer telah menganjurkan program Minggu JMSK 2015, Sesi Disember 2014 pada
23 hingga 26 Februari 2015 yang lalu. Perancangan program ini telah
dipersetujui di peringkat Politeknik Malaysia dalam mesyuarat ketua-ketua
jabatan tahun 2014 yang lalu untuk diadakan selama seminggu pada setiap
semester. Matlamat program ini diadakan untuk membolehkan pelajar memahami
konsep matematik, sains dan komputer dalam kehidupan seharian dan bukan sekadar
teori di kuliah-kuliah pengajaran dan pembelajaran. Pada masa yang sama,
program Minggu JMSK ini juga menitikberatkan kesedaran alam sekitar dan hubungan
bersama komuniti. Program ini juga memberi impak positif kepada Politeknik
Ibrahim Sultan dari segi prestasi, kreativiti dan inovasi pelajar dan staf
sekaligus menyumbang kepada pencapaian polyrate
Politeknik Ibrahim Sultan.
Pelbagai aktiviti telah
berlangsung semasa program Minggu JMSK 2015 ini. Antaranya Pertandingan Kuiz 100 Challenge, Pertandingan Water Rocket Challenge Kategori Parachute dan Target,Pertandingan Sudoku & Chess, Pertandingan Recycle
Product (Frame-Making), Pertandingan Melukis dan Mewarna Poster, dan Pertandingan
Fotografi melalui Instagram. Semua
peserta adalah terdiri daripadasemua pelajar Politeknik Ibrahim Sultan. Selain
itu, Kursus Adobe Photoshop bersama staf Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG)
juga diadakan bersempena dengan Program Minggu JMSK 2015 dalam kategori Community Engagement. Peratusan pelajar mengikut jabatan akademik
Politeknik Ibrahim Sultan yang menyertai semua pertanndingan yang dijalankan
adalah JKM (60%), JKE (27%), JPH (3%) dan JRKV (10%).
Majlis Perasmian dan Penutup
telah berlangsung pada hari Khamis, 26 Februari 2015 yang lalu. Para peserta
seramai 167 orang yang terlibat dalam semua pertandingan yang telah diadakan
telah menghadiri majlis perasmian dan penutup ini. Majlis Perasmian dan Penutup
ini telah berlangsung dengan meriah sekali di DKU, Politeknik Ibrahim Sultan. Majlis
ini dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pengarah Program, Cik Fazida Akhtar
binti Abdullah, diikuti dengan ucapan daripada Ketua Jabatan, Dr Hajah Siti
Zunariah binti Mohd Said.Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah Politeknik
Ibrahim, En Mohd Hatta bin Zainal. Timbalan Pengarah Akademik, En Abd Razak bin
Senan juga turut sama hadir bersama-sama Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar, En Abu
Bakar bin Abdul Hamid di Majlis Perasmian dan Penutup Program Minggu JMSK 2015.
Majlis berakhir dengan minum petang di
ULPL.
Akhir kata, program Minggu JMSK
2015 ini telah berlangsung dengan jayanya. Semoga program Minggu JMSK 2015 yang
akan datang dapat dilaksanakan dengan lebih baik.
Gambar aktiviti
0 comments:
Post a Comment