Pada 11 Mac 2015 yang lalu,
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah menganjurkan
program ‘MyGreenRedeem’ dengan
kerjasama Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG). Matlamat utama program ini adalah untuk menanam
kesedaran kepada semua pihak tentang kepentingan melaksanakan kitar semula dan
menjaga alam sekitar. Program ini disasarkan kepada pelajar keusahawanan
semester 6 daripada seluruh jabatan di PIS.
Aktiviti dimulakan dengan ceramah ‘komposisi sisa makanan
menjana pendapatan’ oleh MPPG di Dewan Kuliah Utama, PIS. Selepas sesi ceramah, pelajar telah mengadakan
demonstrasi aktiviti kitar semula
sisa makanan untuk dijadikan baja kompos dengan tunjuk ajar staf MPPG. Pameran berkaitan
komposisi sisa makanan juga diadakan oleh MPPG bertempat di kantin PIS dan pada
masa yang sama, beberapa kumpulan pelajar telah terlibat dengan pameran dan pertandingan
produk kitar semula ‘waste
to wealth’. Selain itu, syarikat minuman kopi Super telah berbesar hati menaja minuman kopi pada majlis tersebut.
Ahli jawatankuasa sangat berpuas hati
dengan sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh MPPG , Syarikat Super dan pelajar
yang menyertai sesi ceramah dan pertandingan mengitar semula barang. Dengan adanya program kitar semula di politeknik
ini secara berterusan, diharapkan kesedaran pelajar-pelajar serta staf mengenai
kepentingan kitar semula dapat ditingkatkan dan secara tidak langsung dapat
mengurangkan penjanaan sisa pepejal yang akan dilupuskan ke tapak pelupusan
sisa pepejal sekaligus menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersih, sihat dan
selamat.
Penyampaian hadiah kepada juri jemputan, En. Noor Azmi
bin Hj. Asmawi, Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Am
|
AJK
Pelaksana, Staf MPPG dan pelajar bergambar kenangan
|
0 comments:
Post a Comment