Pages

Friday 23 January 2015


PROGRAM : MAJLIS PERPISAHAN PN UMI KALTHUM BINTI RAMIN
TEMPAT : Bilik Mesyuarat , Jabatan Matematik, Sains Dan Komputer (JMSK)
TARIKH :  Khamis , 22.01.2015
MASA : 12.30 tengahari – 2.30 petang

Majlis perpisahan ini diadakan untuk meraikan Pn Umi Kalthum binti Ramin yang akan berpindah ke Jabatan Rekabentuk, Komunikasi & Visual (JRKV). JRKV merupakan jabatan asal sebelum beliau berpindah ke Jabatan Matematik, Sains & Komputer. Beliau akan mula menjalankan tugas sebagai pensyarah di JRKV pada bulan Februari nanti. Justeru itu, JMSK mengadakan majlis perpisahan ini sebagai kenangan atas sumbangan beliau selama 5 tahun berkhidmat di JMSK. Majlis dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan dari Pengerusi Majlis, Pn Julrani binti Arshad dan seterusnya ucapan dari Ketua Jabatan JMSK iaitu Dr. Hjh. Siti Zunariah binti Mohd Said. Ketua Jabatan merakamkan ucapan terima kasih dan selamat maju jaya kepada Pn Umi Kalthum. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari Ketua Kursus baru, Pn Zuraidah binti Mohd Ramly dan diikuti pula ucapan dari yang diraikan iaitu Pn Umi Kalthum binti Ramin. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati dari Jabatan Matematik, Sains & Komputer dan juga penyampaian cenderahati dari Unit Komputer kepada mantan Ketua Kursus mereka iaitu Pn Umi Kalthum binti Ramin.


Ucapan dari Ketua Jabatan
Upacara penyerahan tugas dari ketua kursus lama kepada ketua kursus baru

Ucapan dari Pn Zuraidah bt Mohd Ramly

Sunday 18 January 2015

Bengkel CIDOS JMSK 2015

Bengkel Penggunaan CIDOS dalam P&P telah dianjurkan oleh JMSK. Bengkel tersebut dilaksanakan pada 15 Januari 2015 bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 1.00 petang bertempat di Makmal CAD 4, JMSK. Peserta yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini adalah staf JMSK seramai 22 orang. Pn Siti Noradibah binti Hj Edros  daripada Unit Matematik, JMSK dijemput sebagai fasilitator untuk membantu peserta dalam pembangunan soalan di platfrom CIDOS. Bengkel ini dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan CIDOS dalam P&P. Setiap peserta di bahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kursus masing-masing. Peserta didedahkan dengan teknik membangunkan soalan menggunakan CIDOS sebagai cara alternatif selain daripada edaran kertas soalan di dalam kuliah. Dengan adanya bengkel ini, peserta dapat membina soalan melalui CIDOS dengan mudah dan sekaligus dapat meningkatkan penggunaan CIDOS di kalangan pensyarah dalam proses P&P.