Pages

Wednesday 13 April 2011

Sukan Indoor & Outdoor JMSK

Aktiviti Sukan Indoor & Outdoor JMSK telah berlangsung pada 13hb & 14hb April 2011 bertempat di Kompleks Sukan Politeknik Ibrahim Sultan dan JMSK. Antara aktiviti/sukan yang dimainkan adalah seperti badminton, ping pong, bola tampar, futsal, memanah, catur, baling dart, dam haji dan karom. Majlis penutupan dirasmikan oleh Ketua Jabatan JMSK iaitu En. Mohd Ali Bin Jasmi. Kumpulan telah dibahagikan kepada 3 iaitu kumpulan matematik, sains dan komputer. Selepas pertarungan sengit berlaku selama 2 hari itu, kumpulan matematik telah memenangi juara keseluruhan mengatasi kumpulan sains dan komputer. Tahniah diucapkan kepada kumpulan matematik. Sama-sama kita saksikan gambar-gambar aktiviti tersebut.