Pages

Tuesday 31 December 2013

Pekerja contoh JMSK 2013


Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) telah membuat satu carta pekerja contoh yang telah bermula sejak dari tahun 2012 lagi. Tahun ini sekali lagi carta pekerja contoh ini telah di buat bagi tahun 2013 pula. Pekerja contoh ini telah di pilih oleh Ketua Kursus dari tiga unit iaitu Ketua Kursus Matematik, Ketua Kursus Sains dan Ketua Kursus Komputer. Pekerja contoh ini telah dipilih melalui kreteria yang telah di tetapkan oleh Ketua Jabatan JMSK. Diharap mereka terus konsisten untuk tahun akan datang dan menjadi pendorong untuk staf yang lain. Berikut adalah senarai pekerja contoh bagi tahun 2013 yang telah di pilih.

Bulan Januari                           Bulan Februari                         Bulan Mac

Bulan April                                 Bulan Mei                              Bulan Jun

      Bulan Julai                                Bulan Ogos                       Bulan September
   
  Bulan Oktober                           Bulan November                   Bulan Disember


Monday 7 October 2013

Seminar POLYGreen peringkat kebangsaan 2013

Pada 3 Oktober 2013 telah berlangsungnya Seminar POLYGreen Peringkat Kebangsaan 2013. POLYGreen 2013 merupakan platform yang disediakan untuk penyelidik dan ahli akademik dari universiti dan politeknik di Kementerian Pendidikan Malaysia mengikut bidang pengkhususan bagi membentangkan hasil inovasi melalui kajian yang lebih menjurus kepada teknologi hijau. Seminar ini telah dianjurkan oleh Politeknik Sultan Idris Shah dengan usahasama Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) serta badan NGO Alam Sekitar Iaitu Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA) yang disokong oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA). Isu-isu utama yang dibincangkan adalah berkaitan dengan Teknologi Hijau, berdasarkan kepada empat ciri-ciri utama iaitu tenaga, ekonomi, alam sekitar dan perspektif sosial. Lebih kurang 54 kertas kerja telah dibentangkan dalam seminar ini.



Jabatan Matematik, Sains dan Komputer telah menghantar satu kertas kerja yang bertajuk Kajian Kesesuaian Kawasan Untuk Pembinaan Tapak Rekreasi Bagi Projek Eco-Trail Di Politeknik Ibrahim Sultan. Kertas kerja ini ditulis bersama oleh tiga orang pensyarah Jabatan Matematik, Sains dan Komputer iaitu Pn Wan Hamiza binti Wan Hasan, Pn Noor Syaheeda binti Mohd Safie dan Pn Zaida binti Torman. Kertas kerja ini telah dibentangkan oleh Pn Noor Syaheeda binti Mohd Safie.

Seminar seperti ini adalah diharapkan dapat diteruskan lagi di masa-masa akan datang agar dapat memberi kesedaran kepada semua tentang kepentingan Teknologi Hijau serta memberi motivasi kepada semua untuk menikmati dan menghargai alam sekitar yang lebih sihat.

Monday 30 September 2013

Konvensyen KIK Peringkat Kebangsaan Politeknik 2013

Pada 24 – 26 September 2013, buat pertama kalinya Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Kebangsaan 2013 di Politeknik Kota Bharu (PKB). Konvensyen ini merupakan anjuran bersama pihak PKB dan Jabatan Pengajian Politeknik (JPP). Pada kali ini PKB telah menjadi tuan rumah konvensyen selepas Politeknik Seberang Prai. Sebanyak 27 kumpulan dari seluruh politeknik telah menyertai konvensyen pada kali ini.




PIS telah menghantar dua kumpulan iaitu kumpulan FBI dari Jabatan Matematik, Sains dan Komputer dengan tajuk projek “Mengurangkan Kadar Kehilangan Peralatan Komputer di Makmal Komputer” dan JKE ONE dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik dengan tajuk “Student Attendance System with RFID”. Kumpulan FBI terdiri daripada Irma binti Maaman, Naksa binti Ahmad, Julaila binti Sapari, Noor Baiti binti Jamaluddin, Suhana binti Abd Aziz, Md Saifuddin bin Md Yusop, Mohd Azim bin Md Janis, Puziahhaiza binti Pazui dan Norasidah binti Mohd Arshad. 




Manakala Kumpulan JKE ONE diwakili oleh Nor Haniza binti Junid, Mazlan bin Karim, Tuan Rozilaazawani binti Tuan Mat, Mohd Khairul Anuwar bin Mohd Khairi, Mahezan bin Karmon dan Mohamad Noh bin Ahmad.




Panel permarkahan adalah terdiri daripada Panel MAMPU, MPC, TNB dan juga dari pelbagai agensi dan industri. Permarkahan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu permarkahan VIVA sebanyak 60%, Persembahan 25% dan pameran adalah 15%. Majlis penutup telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Mokhlis Jaafar, Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pada kali ini, dua kategori dipertandingkan iaitu kategori pengurusan dan teknikal. Tempat pertama bagi kategori teknikal dimenangi oleh Politeknik Balik Pulau (Power Interface), diikuti tempat kedua iaitu Politeknik Seberang Prai (D Pearl) dan tempat ketiga ialah Politeknik Ungku Omar (IKIK4U). Bagi kategori pengurusan, tempat pertama dimenangi oleh Politeknik Kota Bharu (G-Pro – SPMP - iExam), tempat kedua dimenangi oleh Politeknik Merlimau (Promest) dan tempat ketiga dimenangi oleh Politeknik Shah Alam (FAME). Juara keseluruhan jatuh kepada Politeknik Kota Bharu (G-Pro -SPMP-iExam). Pemenang bagi kedua-dua kategori secara automatik berjaya ke peringkat seterusnya.




Walaupun kumpulan dari PIS tidak memenangi sebarang kategori, namun ia dapat memberi pendedahan awal dan banyak pengalaman yang berguna kepada peserta yang hadir. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta FBI dan JKE One yang telah bertungkus lumus dan memberikan komitmen penuh untuk menyertai konvensyen pada kali ini. Diharap pengalaman pada tahun ini akan dapat memberi motivasi dan cabaran kepada semua ahli KIK di PIS untuk terus berusaha menghasilkan produk yang inovatif dan kreatif serta berjaya dalam konvensyen KIK akan datang.


Monday 9 September 2013

Majlis perpisahan pelatih UTHM

Majlis perpisahan pelatih dari UTHM telah diadakan di Bilik Mesyuarat JMSK pada 5 September 2013. Majlis perpisahan ini diadakan untuk pelatih dari UTHM yang telah tamat menjalani latihan mengajar selama 2 bulan di JMSK . Seramai 4 orang pelatih iaitu Mohd Akmal Bin Masud, Norzahida Binti Mohamed, Khatijah Binti Awang dan Nurul Maziah Binti Barkhaya. Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan dari Pengerusi Majlis dan seterusnya ucapan terima kasih dari KJ JMSK iaitu Pn. Hjh. Siti Zunariah Binti Mohd Said kerana telah membantu sedikit sebanyak kerja-kerja di jabatan. Majlis diteruskan dengan ucapan terima kasih dari pelatih UTHM atas tunjuk ajar kepada semua staf JMSK . Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati serta jamuan minum petang.

Wakil pelatih menerima cenderahati dari KJ JMSK, Pn Siti Zunariah

Pelatih UTHM bergambar bersama mentor masing-masing sebagai kenang-kenangan


Thursday 29 August 2013

Mathematics Race JMSK 2013

Program Mathematics Race 2013 dianjurkan oleh Jabatan Matematik, Sains dan Komputer , Politeknik Ibrahim Sultan telah berlangsung dengan jayanya pada 29 Ogos 2013 bertempat di ruang legar JMSK, Makmal Sains JMSK dan Pusat Sukan PIS. Seramai dua puluh orang pelajar Politeknik Ibrahim Sultan telah terpilih untuk menghadiri program tersebut.


Program ini dilaksanakan sebagai salah satu usaha untuk memberi pendedahan kepada pelajar Politeknik Ibrahim Sultan bagi meningkatkan kemahiran computer, penggunaan matematik dan sains dalam kehidupan seharian di samping memberi nilai tambah kepada pelajar dalam meningkatkan kualiti P&P dalam usaha memupuk minat yang mendalam terhadap Komputer, Matematik dan Sains kepada pelajar seterusnya meningkatkan pemikiran kritikal di kalangan pelajar.



Di Anjung Lestari, Puan Hajah Siti Zunariah binti Mohd Said, selaku Ketua Jabatan JMSK, telah merasmikan program ini dan juga menyampaikan hadiah kepada para pemenang di Majlis Penutup pada hari yang sama. Hadiah kepada para pemenang berupa wang tunai dan hamper.



Dengan berlangsungnya program seperti ini, pelajar dapat menambah minat belajar sambil beraktiviti luar dalam meningkatkan mutu P&P dalam Komputer, Matematik dan Sains khususnya. Selain itu, program seperti ini perlu diteruskan lagi di masa akan datang.

Friday 23 August 2013

Majlis Sambutan Hari Raya Merdeka PIS 2013

Majlis Sambutan Hari Raya Merdeka PIS 2013 telah berlangsung pada 23hb Ogos 2013 bertempat di perkarangan UKPA. Majlis ini berlangsung sempena menyambut hari raya dan merdeka sekaligus merasmikan program ijazah sarjana muda pelancongan dan hospitaliti. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik iaitu Datuk Hj Mohlis Bin Jaafar. Majlis berlangsung dengan meriahnya kerana terdapat beberapa acara yang telah berlangsung seperti persembahan dari setiap jabatan, pertandingan anyaman ketupat, petandingan hidangan aidil fitri terbaik, pertandingan hiasan booth terbaik dan acara cabutan bertuah.







Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya lawatan yang telah dilakukan oleh Datuk Hj Mohlis Bin Jaafar ke setiap booth yang ada. Lawatan ini bertujuan untuk beramah mesra dengan setiap staf PIS di samping merasa hidangan istimewa dari setiap jabatan. Majlis telah diteruskan dengan pelancaran Program Ijazah Sarjana Muda Pelancongan an Hospitaliti yang berlangsung di Restauran Baiduri Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti. Seterusnya, Datuk Hj Mohlis Bin Jaafar telah bersama-sama menyanyikan lagu Jalur Gemilang dan mengibarkan Jalur Gemilang bersempena dengan sambutan hari kemerdekaan yang akan datang.




Majlis berlangsung dengan penuh meriah di mana setiap staf pelajar PIS saling kunjung-mengunjung ke booth masing-masing untuk menikmati juadah yang telah disediakan. Pihak JMSK telah menyediakan juadah yang istimewa seperti nasi arab, ketupat, rendah, kuih-uih dan sebagainya. Ramai yang mengunjungi booth JMSK dan memuji betapa menariknya hiasan booth tersebut (terima kasih kepada Pn. Norshaidah and the team). 




JMSK telah melakukan persembahan Pentomin yang diketuai oleh Pn. Suraya Hani. Persembahan tersebut telah dijayakan oleh ahli kumpulan persembahan JMSK yang turut disertai oleh beberapa orang staf pelatih. JMSK turut menghantar 3 orang wakil untuk menyertai pertandingan anyaman ketupat iaitu Pn. Zuraidah, Pn Haslina dan En. Md Saifuddin. Untuk pertadingan anyaman ketupat ini, JMSK telah memenangi tempat ke 3. Tahniah diucapkan kepada mereka. Selain dari itu, JMSK juga telah memenangi hadiah tempat ke 2 untuk pertandingan Booth terbaik dan sekali lagi diucapkan tahniah kepada Pn. Norashidah and the team yang bertungkus-lumus menyiapkan booth tersebut. Tahniah juga diucapkan kepada setiap staf JMSK yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut. Majlis ini diharap dapat diteruskan dan menjadi acara tahunan di dalam kalendar PIS.






Wednesday 17 July 2013

KOLOKIUM PIS 2013

Kolokium PIS 2013 yang di beri nama Kolokium Pendidikan Teknik dan Vokasional 2013 (KPTV 2013) akan diadakan di Politeknik Ibrahim Sultan pada 10 Disember 2013. Kolokium ini adalah anjuran dari Unit Penyelidikan dan Inovasi, Politeknik Ibrahim Sultan dan bertemakan 'Inovasi dan Kreatif Pemangkin Kelestarian Pendidikan'. Untuk maklumat lanjut berkenaan kolokium ini, bolehlah melayari laman web yang tertera http://kolokiumpis2013.webnode.com/ 


Tuesday 16 July 2013

BENGKEL PENGGUNAAN DAN MUATNAIK BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI PLATFORM CIDOS

Pada 7 Februari 2013 & 16 Julai 2013, JMSK telah menganjurkan Bengkel penggunan dan muatnaik bahan pengajaran dan pembelajaran di platform CIDOS bertempat di Makmal CAD4, JMSK, PIS. Selaras dengan permintaan JPP supaya semua politeknik melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara e-learning, bengkel penggunaan dan muatnaik bahan pengajaran dan pembelajaran telah diadakan pada setiap awal semester bagi memastikan semua pensyarah berjaya menggunakan CIDOS sebagai medium elektronik di antara mereka dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.



Melalui bengkel tersebut peserta telah ditunjukkan bagaimana CIDOS digunakan untuk memuatnaik dan memuatturun semua bahan pengajaran dan pembelajaran. CIDOs juga membenarkan pelbagai jenis aktiviti penilaian dilakukan secara atas talian. Semua aktiviti tersebut dapat mengurangkan penggunaan kertas dan boleh dicapai pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.





Semua pensyarah diwajibkan menghadiri bengkel tersebut dengan dibantu oleh dua orang penyelaras CIDOS jabatan iaitu Pn Siti Nuradibah binti Haji Edros dan Pn Zainab binti Ali Taha. Diharapkan bengkel tersebut dapat membantu pensyarah meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran dan menjadi pensyarah yang sentiasa mengikuti teknologi pendidikan semasa.



Friday 5 July 2013

Majlis bacaan Yassin dan doa selamat JMSK

Majlis bacaan Yassin dan doa selamat ini telah diadakan di pejabat utama Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) pada hari Jumaat bersamaan 5 Julai 2013. Majlis ini bermula pada pukul 8.30 pg hingga 9.30 pg. Majlis ini diadakan bertujuan untuk sesi perjumpaan semua staf JMSK, mendoakan kesejahteraan beberapa rakan staf JMSK yang menghadapi dugaan kesihatan supaya beransur sembuh dan sihat sediakala dan sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang akan datang.






Seramai lebih kurang 40 orang staf JMSK yang dapat hadir dan sama-sama membacakan Yassin dan Doa Selamat pada hari tersebut. Majlis telah diketuai oleh En. Mohd Yusri Bin Jani. Jamuan telah disediakan oleh setiap unit di JMSK iaitu unit Sains, Unit Matematik dan Unit Komputer bagi mengakhiri majlis tersebut seperti Nasi Ambang, Mee Hoon, Rojak Tahu dan Tempe serta kuih muih.