Pages

Monday 7 October 2013

Seminar POLYGreen peringkat kebangsaan 2013

Pada 3 Oktober 2013 telah berlangsungnya Seminar POLYGreen Peringkat Kebangsaan 2013. POLYGreen 2013 merupakan platform yang disediakan untuk penyelidik dan ahli akademik dari universiti dan politeknik di Kementerian Pendidikan Malaysia mengikut bidang pengkhususan bagi membentangkan hasil inovasi melalui kajian yang lebih menjurus kepada teknologi hijau. Seminar ini telah dianjurkan oleh Politeknik Sultan Idris Shah dengan usahasama Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) serta badan NGO Alam Sekitar Iaitu Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA) yang disokong oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA). Isu-isu utama yang dibincangkan adalah berkaitan dengan Teknologi Hijau, berdasarkan kepada empat ciri-ciri utama iaitu tenaga, ekonomi, alam sekitar dan perspektif sosial. Lebih kurang 54 kertas kerja telah dibentangkan dalam seminar ini.



Jabatan Matematik, Sains dan Komputer telah menghantar satu kertas kerja yang bertajuk Kajian Kesesuaian Kawasan Untuk Pembinaan Tapak Rekreasi Bagi Projek Eco-Trail Di Politeknik Ibrahim Sultan. Kertas kerja ini ditulis bersama oleh tiga orang pensyarah Jabatan Matematik, Sains dan Komputer iaitu Pn Wan Hamiza binti Wan Hasan, Pn Noor Syaheeda binti Mohd Safie dan Pn Zaida binti Torman. Kertas kerja ini telah dibentangkan oleh Pn Noor Syaheeda binti Mohd Safie.

Seminar seperti ini adalah diharapkan dapat diteruskan lagi di masa-masa akan datang agar dapat memberi kesedaran kepada semua tentang kepentingan Teknologi Hijau serta memberi motivasi kepada semua untuk menikmati dan menghargai alam sekitar yang lebih sihat.