Pages

Sunday 22 November 2015

Pengumuman : Pertukaran Penyelaras Laman Web & Multimedia mulai 22 November 2015




Assalamualaikum kepada semua..
Salam Sejahtera..dan
Salam Muafakat Johor..

Merujuk kepada surat lantik : PIS/JMSK/04/20/JLD 22 (157) pada 22 November 2015, saya telah dimaklumkan bahawa saya telah dilantik sebagai Penyelaras Laman Web & Multimedia di Jabatan Matematik, Sains & Komputer untuk mengambil alih tugas penyelaras sebelum ini atas sebab perpindahan ke politeknik lain.

InsyaAllah, saya akan berusaha untuk menjalankan tanggungjawab untuk update blog rasmi Jabatan Matematik Sains & Komputer mengikut Prosedur PIS-PK-PPL-08.
Sekian Terima Kasih.

Penyelaras Laman Web & Multimedia
JMSK, PIS
Pelantikan berkuatkuasa : 22 November 2015 hingga 12 Jun 2016.


Monday 2 November 2015

LAPORAN NATIONAL CONFERENCE ON RESEARCH AND INNOVATION (NCoRI 2015)

LAPORAN NATIONAL CONFERENCE ON RESEARCH AND  INNOVATION (NCoRI 2015)

Disediakan Oleh: Nurul Shida Binti Noni

Pada 27 Oktober 2015 yang lepas, beberapa pensyarah dari Jabatan Matematik, Sains dan Komputer telah menyertai Persidangan National Conference On Research And  Innovation (NCoRI) buat kali kedua, bertempat di M.Suites Hotel, Johor Bahru. Persidangan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu, pembentangan kertas kajian dan pertandingan poster inovasi. Sebanyak 2 kertas kajian telah berjaya dibentangkan dan 2 poster inovasi telah dipertandingkan.

Satu poster inovasi telah memenangi pingat emas iaitu kumpulan yang terdiri daripada Mohd Halid Bin Abu, Noor Baiti Jamaluddin dan Md Saifuddin Md Yusop. Manakala kumpulan Suraya Hani Kamarolzaman telah memenangi pingat gangsa. Para pemenang masing-masing telah menerima sijil. Semoga kemenangan ini menjadi motivasi dan mencetuskan idea baru kepada yang lain. Program disudahi dengan jamuan ringan pada jam 5.00 petang. Jumpa lagi tahun depan dalam Persidangan NCoRI 2016.

Peserta yang menyertai persidangan ini adalah seperti dalam senarai berikut:
KERTAS KERJA

1
Naksa Binti Ahmad
Julaila Binti Sapari
Hasliza Bt. Alyimran
Pencapaian Course Learning Outcome 1 (Clo1) Bagi Kursus Matematik Kejuruteraan 4 Di Politeknik Ibrahim Sultan

2
Faeizah Binti Mohd Lajim.
Konsep Matematik Dalam Sukan Sofbol : Satu Kajian Kes Di Politeknik Johor


POSTER INOVASI
1
Suraya Hani Kamarolzaman
Eco Paper Daripada Bahan Semulajadi

2
Mohd Halid Bin Abu, Noor Baiti Jamaluddin, Md Saifuddin Md Yusop
Welding Armrest





Tuesday 22 September 2015

Laporan Lawatan Akademik dan Towards 1st Class Programme

Laporan Lawatan Akademik dan Towards 1st Class Programme

Pada 17 hingga 18 September 2015 yang lalu, Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah menganjurkan dua program iaitu Lawatan Akademik ke Marine Technology Centre, Universiti Teknologi Malaysia dan Towards 1st Class Programme yang berlangsung di Savannah Hill, Ulu Tiram Johor. Matlamat utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar untuk mengaplikasikan elemen matematik dan sains dalam bidang kejuruteraan khususnya dan kehidupan seharian amnya serta membudayakan gaya kerja berkumpulan dan menggalakan pemikiran kritis dan kreatif dalam meningkatkan kemahiran interpersonal dan menonjolkan bakat pelajar. Program ini disasarkan kepada pelajar kejuruteraan semester 1 yang cemerlang dalam pelajaran. Seramai 20 pelajar dan 5 orang fasilitator yang terdiri daripada pelajar semester 5 terlibat dalam program ini dimana pemilihan peserta adalah berdasarkan pemantauan pensyarah terhadap prestasi pelajar di dalam kelas.
Sepanjang program berlangsung, peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan dibantu oleh fasilitator sebagai pemudahcara. Lawatan Akademik ke Marine Technology Centre, (UTM) telah berjaya membuka minda pelajar untuk mengaplikasikan teori-teori yang dipelajari dikelas di dalam sektor pembinaan kapal. Peserta diberi penerangan yang jelas tentang aktiviti dan objektif penubuhan Marine Technology Centre, UTM. Lawatan ini telah menaikkan semangat pelajar untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sekaligus mendedahkan pelajar bidang yang boleh diceburi selepas tamat pengajian.

Selepas sesi lawatan, pelajar dan AJK menuju ke Savannah Hill Resort, Ulu Tiram untuk program seterusnya iaitu Towards 1st Class Programme. Dalam program ini, peserta bermalam di bilik dorm  yang disediakan dan pelbagai aktiviti berkonsepkan  team building telah dilaksanakan seperti meredah halangan, flying fox,bola api, pertandingan MSC Race dan photo contest. Secara keseluruhannya, peserta dan AJK sangat berpuas hati dengan program yang disertai ini. Diharapkan pelajar dapat menjadikan pengalaman disepanjang program ini sebagai motivasi untuk meningkatkan kecemerlangan dari aspek akademik seiring dengan perkembangan sahsiah diri masing-masing.
Soaring Upward di UTM Marine Technology Centre.
Aktiviti berkumpulan yang mencabar minda pelajar di Savannah Hill Resort, Ulu Tiram
Aktiviti berkumpulan yang mencabar minda pelajar di Savannah Hill Resort, Ulu Tiram
AJK pelaksana dan peserta program bergambar kenangan
AJK pelaksana dan peserta program bergambar kenangan
Penerangan pembuatan kapal daripada wakil UTM Marine Technology Centre 



Monday 7 September 2015

KUMPULAN E10 & CNT MENANG PROJEK HARAPAN KONVENSYEN KIK PIS 2015

KUMPULAN E10 & CNT MENANG PROJEK HARAPAN KONVENSYEN KIK PIS 2015

Disediakan oleh: Norihan binti Mahmood

Bilik Seminar, ULPL 2 September - Kumpulan E10 dan CNT muncul sebagai pemenang Projek Harapan dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) tahun 2015.

Sebanyak lapan kumpulan KIK dari semua jabatan di PIS iaitu Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM),  Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual (JRKV) dan Jabatan Pelancongan & Hospitaliti (JPH) bertanding dengan mengemukakan produk serta inovasi yang akan memberi manfaat kepada organisasi dan aktiviti harian. Format pemarkahan adalah berdasarkan format MAMPU dan dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori Pengurusan dan Teknikal. Sebanyak empat kumpulan dari kategori Pengurusan dan dua kumpulan lagi dari kategori Teknikal dan jumlah keseluruhan adalah enam kumpulan semuanya.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran Konvensyen, Dr. Hjh. Siti Zunariah berkata, kumpulan E10 yang disertai pensyarah Jabatan Matematik, Sains & Komputer (JMSK) itu memenangi Projek Harapan (Pengurusan) dan Anugerah Emas.  Manakala kumpulan CNT yang ahlinya terdiri daripada pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) pula telah memenangi dua anugerah juga iaitu Projek Harapan (Teknikal) dan Anugerah Emas. Selain dari itu, dua kumpulan lagi telah memenangi Anugerah Emas iaitu kumpulan CREATIVE8 (Teknikal) dan kumpulan DPROJECT (Pengurusan). Manakala Anugerah Perak dimenangi oleh kumpulan AMITY dan kumpulan INNOVATOR, kedua-dua dari kategori Pengurusan. Tidak lupa juga, terdapat Anugerah Fasilitator Terbaik Konvensyen yang dimenangi oleh Dr. Hjh. Siti Zunariah binti Mohd Said dari JMSK & Pn Tuan Rozilaazawani binti Tuan Mat dari JKE.

Hadiah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Akademik (TPSA) PIS, Kapten Norizam bin Sekak. Semua kumpulan yang bertanding berjaya membawa pulang hadiah berupa piala, medal dan sijil sebagai mengiktiraf kejayaan projek serta inovasi mereka.

Semoga dengan adanya konvensyen seperti ini dapat menarik lebih banyak lagi kumpulan KIK yang lain untuk menghasilkan projek-projek inovasi dan kreatif selaras dengan hasrat murni konvensyen ini yang bertujuan untuk mengiktiraf hasil penat lelah semua kumpulan KIK.

Kumpulan CNT dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Kumpulan E10 dari Jabatan Matematik, Sains dan Komputer
Pengerusi KIK, Pn Hjh Siti Zunariah sedang menyampaikan kata-kata aluan
Timbalan Pengarah, Tn Hj Sahul Hamed bin Abdul Wahab merasmikan majlis penutup
Para juri dari MPC sedang membuat penjurian
Kumpulan D’PROJECT dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Kumpulan AMITY dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Kumpulan INNOVATOR dari Jabatan Pengajian Am
Kumpulan CREATIVE8 dari Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual sedang membuat pembentangan 
Kumpulan e10 dari Jabatan Matematik, Sains dan Komputer menang anugerah emas dan Projek Harapan
Anugerah Emas dan Projek Harapan dimenangi oleh kumpulan CNT
Dr Hjh Siti Zunariah dari JMSK menang fasilitator terbaik
Penyampaian sijil kepada juri
Salah satu kumpulan yang memenangi anugerah emas iaitu kumpulan E10 (JMSK)
Salah satu kumpulan yang memenangi anugerah Emas iaitu JKE One (JKE)
Barisan AJK Konvensyen KIK PIS 2015
Kumpulan CREATIVE8 dari Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual 




Monday 15 June 2015

KURSUS PENGGUNAAN PERISIAN PHP DAN MYSQL

LAPORAN KURSUS PENGGUNAAN PERISIAN PHP DAN MYSQL
 
TEMPAT:                                      Bilik Kuliah CAD 4
MASA:                                           8.00 pagi Hingga 4.00 Petang
TARIKH:                                       07 June 2015 Hingga 9 June 2015
PENGANJUR PROGRAM:        Majlis Perbandaran Pasir Gudang  

AJK PENYEDIAAN TEMPAT: DR SITI ZUNARIAH BINTI MOHD SAID (KJ JMSK)
                    SURAYA HANI BINTI KAMAROLZAMAN
                    MUNIRAH BINTI SALLEH
                    IZZATI IZNI BINTI AB LAZIS
                                                        SYARIFAH HANA BINTI SYED ZUBIN

Seramai 8 orang kakitangan Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan 6 orang staf Politeknik Ibrahim Sultan telah menghadiri Kusus Penggunaan Perisian PHP dan MySql. Kursus ini telah di adakan di Makmal CAD 4 Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, PIS. Kursus yang berlangsung selama 3 hari ini bertujuan mendedahkan keperluan membina website di kalangan peserta untuk kegunaan dalam melaksanakan tugas hakiki dan memberi  peluang kepada para peserta untuk mendalami  perisian PHP  dan MYSQL dengan lebih mendalam. Kursus asas penggunaan perisian PHP dan MySql ini diharap dapat memberi inspirasi dan idea untuk menghasilkan Persian berasaskan web di kalangan para peserta.







Monday 8 June 2015

MAJLIS PERPISAHAN DR. NORAZLINA BINTI AHMAD

PROGRAM : MAJLIS PERPISAHAN DR. NORAZLINA BINTI AHMAD
TEMPAT : Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK)
TARIKH :  Khamis , 03.06.2015
MASA : 3.00 – 4.30 petang

PENGISIAN PROGRAM :

Majlis perpisahan ini diadakan untuk meraikan Dr. Norazlina binti Ahmad yang akan berpindah ke Politeknik Metro Johor Bahru (PMJB). Beliau akan mula menjalankan tugas sebagai Ketua Jabatan di sana pada pertengahan Jun 2015. Justeru itu, JMSK mengadakan majlis perpisahan ini sebagai kenangan atas sumbangan beliau selama berkhidmat di JMSK. Majlis dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan dari Pengerusi Majlis, Pn Norihan binti Mahmood dan seterusnya ucapan dari Cik Fazida Akhtar binti Abdullah yang merakamkan ucapan terima kasih dan selamat maju jaya kepada Dr. Norazlina. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari yang diraikan iaitu Dr. Norazlina. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati dari Jabatan Matematik, Sains & Komputer dan juga penyampaian cenderahati dari Unit Komputer. Seterusnya para tetamu dijemput menjamu selera dan majlis berakhir pada jam 4.30 petang.

Cenderahati dari JMSK untuk Dr. Norazlina 
Menu yang disediakan sebagai juadah petang
Semua staf yang hadir sedang menjamu selera

Dr. Norazlina memotong kek yang disediakan





Thursday 28 May 2015

LAPORAN MAJLIS PERPISAHAN EN MD SAIFUDDIN BIN MD YUSOP

PROGRAM : MAJLIS PERPISAHAN EN MD SAIFUDDIN BIN MD YUSOP
TEMPAT : Anjung Lestari, Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK)
TARIKH :  Khamis , 26.05.2015
MASA : 2.30 – 4.30 petang

PENGISIAN PROGRAM :


Majlis perpisahan ini diadakan untuk meraikan En Md Saifuddin bin Md Yusop yang akan berpindah ke Politeknik Melaka (PMK). Beliau akan mula menjalankan tugas sebagai pensyarah di JKM pada bulan Julai 2015. Justeru itu, JMSK mengadakan majlis perpisahan ini sebagai kenangan atas sumbangan beliau selama hampir 5 tahun berkhidmat di JMSK. Majlis dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan dari Pengerusi Majlis, Pn Norihan binti Mahmood dan seterusnya ucapan dari Ketua Kursus Unit Matematik iaitu Pn. Asniza binti Abu Bakar. Pn Asniza merakamkan ucapan terima kasih dan selamat maju jaya kepada En Md Saifuddin. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari yang diraikan iaitu En Md Saifuddin. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati dari Jabatan Matematik, Sains & Komputer dan juga penyampaian cenderahati dari Unit Matematik. Tidak lupa juga, En Md Saifuddin telah memberikan cenderahati dari beliau sebagai kenang-kenangan di JMSK. Seterusnya para tetamu dijemput menjamu selera dan majlis berakhir pada jam 4.30 petang.
Ucapan dari yang dirai iaitu En Saifuddin 
Penyampaian cenderahati dari unit Sains
Penyampaian cenderahati dari En Saifuddin kepada JMSK
Antara juadah yang disediakan
Penyampaian cenderahati dari unit Matematik



KURSUS Linear Programming

25 Mei 2015 – Kursus linear programming ini merupakan salah satu topik yang terdapat dalam silibus Engineering Mathematics 3 (DBM3013). Topik ini merupakan topik yang baru diperkenalkan dalam silibus yang baru bagi kursus DBM3013.
Dengan adanya kursus ini, para pensyarah dapat didedahkan dengan teknik-teknik menjawab soalan yang menglibatkan topik ini bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.
 Kursus ini telah dihadiri oleh 27 orang pensyarah JMSK dan dikendalikan oleh dua oran penceramah  iaitu En Md Saifuddin bin Md Yusop dan En Mohd Azim bin Md Janis yang merupakan pensyarah JMSK.
Dalam kursus ini, peserta telah diberikan penerangan ringkas mengenai sub topik yang terlibat dalam topik ini.  Peserta kemudiannya dikehendaki untuk membuat latihan dengan menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan topik linear programming ini.  Peserta juga ditunjukkan oleh penceramah cara penyelesaian setiap masalah.
 Diharap dengan kursus ini,proses pengajaran dan pembelajaran dapat dikendalikan oleh para pensyarah tanpa sebarang masalah. 










Monday 25 May 2015

KURSUS ANALISA KUALITATIF

18 Mei 2015 – Salah satu daripada tugas utama dan tanggungjawab PPPT adalah melaksanakan kajian/penyelidikan/inovasi yang menyumbang kepada organisasi atau negara.  Dalam sesuatu kajian/penyelidikan/inovasi yang dibuat, penganalisaan data secara kuantitatif merupakan satu bahagian yang sangat penting dengan menggunakan perisian Microsoft excel atau Statistical Package for Social Science (SPSS). Walau bagaimana pun, terdapat kajian dan penyelidikan yang tidak memerlukan perisian yang dinyatakan di atas.   Kursus ini Untuk memberikan pendedahan kepada PPPT mengenai analisa data secara kualitatif.
 Kursus ini telah dihadiri oleh 31 orang pensyarah JMSK dan dikendalikan oleh Dr Hajah Nor Haniza binti Mohamad
Dalam kursus ini, peserta telah diberikan penerangan ringkas mengenai apa yang dimaksudkan dengan analisa data secara kualitatif.  Peserta kemudiannya dikehendaki untuk membina tajuk-tajuk kajian yang boleh dianalisa secara kualitatif.  Peserta juga diberikan penerangan dan contoh kajian yang menggunakan analisa kualitatif.
 Diharap dengan kursus ini, PPPT di JMSK dapat menghasilkan laporan  kajian / penyelidikan / inovasi dengan analisis data selain menggunakan kuantitatif dan sekaligus boleh menyumbang pelbagai maklumat kepada pembangunan pelajar dan staf di jabatan.