Laporan Lawatan Akademik dan Towards 1st Class Programme
Pada 17 hingga 18 September
2015 yang lalu, Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Ibrahim
Sultan (PIS) telah menganjurkan dua program iaitu Lawatan Akademik ke Marine Technology Centre, Universiti
Teknologi Malaysia dan Towards 1st
Class Programme yang berlangsung di Savannah Hill, Ulu Tiram Johor. Matlamat utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada
pelajar untuk mengaplikasikan elemen matematik dan sains dalam bidang
kejuruteraan khususnya dan kehidupan seharian amnya serta membudayakan gaya
kerja berkumpulan dan menggalakan pemikiran kritis dan kreatif dalam
meningkatkan kemahiran interpersonal dan menonjolkan bakat pelajar. Program ini disasarkan kepada pelajar kejuruteraan semester
1 yang cemerlang dalam pelajaran. Seramai 20 pelajar dan 5 orang fasilitator
yang terdiri daripada pelajar semester 5 terlibat dalam program ini dimana pemilihan
peserta adalah berdasarkan pemantauan pensyarah terhadap prestasi pelajar di dalam
kelas.
Sepanjang program
berlangsung, peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan dibantu
oleh fasilitator sebagai pemudahcara. Lawatan Akademik ke Marine Technology Centre, (UTM) telah berjaya membuka minda pelajar
untuk mengaplikasikan teori-teori yang dipelajari dikelas di dalam sektor
pembinaan kapal. Peserta diberi penerangan yang jelas tentang aktiviti dan
objektif penubuhan Marine Technology
Centre, UTM. Lawatan ini telah menaikkan semangat pelajar untuk menyambung
pelajaran ke peringkat ijazah sekaligus mendedahkan pelajar bidang yang boleh
diceburi selepas tamat pengajian.
Selepas sesi lawatan,
pelajar dan AJK menuju ke Savannah Hill Resort, Ulu Tiram untuk program
seterusnya iaitu Towards 1st
Class Programme. Dalam program ini, peserta bermalam di bilik dorm yang disediakan dan pelbagai aktiviti
berkonsepkan team building telah dilaksanakan seperti meredah halangan, flying
fox,bola api, pertandingan MSC Race
dan photo contest. Secara
keseluruhannya, peserta dan AJK sangat berpuas hati
dengan program yang disertai ini. Diharapkan pelajar dapat menjadikan pengalaman disepanjang program ini
sebagai motivasi untuk meningkatkan kecemerlangan dari aspek akademik seiring dengan perkembangan
sahsiah diri masing-masing.
Soaring Upward di UTM Marine
Technology Centre.
|
Aktiviti berkumpulan yang mencabar minda pelajar di Savannah Hill Resort, Ulu Tiram
|
Aktiviti berkumpulan yang mencabar minda pelajar di Savannah Hill Resort, Ulu Tiram
|
AJK pelaksana dan peserta program bergambar kenangan |
AJK
pelaksana dan peserta program bergambar kenangan
|
Penerangan pembuatan kapal daripada wakil UTM Marine Technology Centre
|
0 comments:
Post a Comment