Pages

Tuesday 27 December 2016

PROGRAM: SENANDUNG KASIH RAMADHAN 2016

Program Senandung Kasih Ramadhan ini berperanan meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat khususnya staf Politeknik Ibrahim Sultan untuk bersedekah dan beramal khususnya kepada keluarga asnaf yang kurang berkemampuan yang terpilih di Kampung Sentosa, Pasir Gudang Johor. Dalam program ini, jawatankuasa pelaksana telah berusaha mengumpulkan sumbangan dalam bentuk wang tunai , keperluan asas untuk menyambut Aidilfitri serta pakaian bagi keluarga -keluarga yang terpilih. Antara objektif program ini adalah :

  •  Berusaha mendidik dan meningkatkan kesedaran terhadap amalan bersedekah terutamanya di bulan yang mulia.
  • Memupuk rasa kasih sayang dan belas kasihan terhadap insan yang memerlukan.
  • Membantu menyediakan keperluan asas pada kadar mencukupi sebagai persediaan menyambut Aidilfitri.



        Delegasi dari Jabatan Matematik Sains dan Komputer , Politeknik Ibrahim Sultan yang diketuai oleh Ketua Jabatan iaitu En Nordin Bin Zakariah telah membuat lawatan insaniah kepada tiga (3) buah keluarga yang terpilih untuk menyerahkan sumbangan yang telah dikumpulkan. Ketiga-tiga keluarga terbabit meluahkan rasa terharu dan amat bersyukur atas pemberian ini. Hanya Allah jualah yang mampu membalas jasa baik semua yang menyumbang.



MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH SCIENCE VIDEO CONTEST 2016

       Oktober 2016 –Science Video Contest 2016 merupakan satu idea daripada Cik Fazida Akhtar binti Abdullah bagi meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis para pelajar semester satu sesi Jun 2016. Pertandingan ini berlangsung pada 10 Julai 2016 hingga 8 September 2016. Semua pelajar semester satu sesi Jun 2016 digalakkan untuk menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar semester satu sesi Jun 2016.

        Pertandingan ini diadakan kerana para pensyarah ingin menarik minat pelajar dalam penggunaan aplikasi kursus DBS1012 –Engineering Science dalam kehidupan seharian sekaligus mengcungkil kefahamana pelajar dalam proses pengajaran & pembelajaran. Dengan adanya pertandingan ini, para pelajar yg berminat menyertainya perlu menhubung kaitkan apa yang dipelajari di dalam kelas dengan kehidupan seharian. Para peserta pertandingan ini perlu menghasilkan sebuah video aplikasi pembelajaran berdasarkan silibus kursus DBS 1012 – Engineering Science.

      Pelaksanaan pertandingan ini memberi manfaat kepada para peserta dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan subtopic Physical quantities & Measurement. Keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran memberi impak positif kepada kecemerlangan para pelajar dalam kursus ini terutamanya dalam pencapaian dan prestasi nilai GPA dan CGPA pelajar.
Pada 27 Oktober yang lalu, Majlis Penyampaian Hadiah telah diadakan bagi meraikan para pemenang dalam pertandingan ini. Hadiah kemenangan pertandingan ini berupa wang tunai sebanyak RM300 bagi tempat pertama, RM200 bagi tempat kedua dan RM100 bagi tempat ketiga. Hadiah dan sijil penghargaan telah disampaikan oleh En Nordin bin Zakariah, Ketua Jabatan Matematik, Sains dan Komputer. Majlis ini telah berakhir dengan jamuan makan tengah hari.

      Pertandingan seumpama ini perlu diadakan lagi pada masa akan datang kerana pelbagai manfaat yang akan diperolehi para pelajar dalam meningkat daya saing dalam proses pembelajaran sepanjang di Politeknik Ibrahim Sultan.





SEMINAR KECERGASAN DAN KECEMERLANGAN JABATAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA TAHUN 2016

          Seminar Kecergasan Dan Kecemerlangan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Tahun 2016 akan dilaksanakan di Politeknik Ibrahim Sultan. Program ini diselaraskan oleh Jabatan Matematik, Sains dan Komputer Politeknik Ibrahim Sultan bersama Pihak Jabatan MAQIS.

           Objektif penganjuran seminar ini adalah untuk menggilap bakat mengikut setiap jenis sukan di kalangan kakitangan MAQIS dan menggalakkan kakitangan untuk mengamalkan gaya hidup sihat serta memupuk semangat berpasukan dan mampu berkerjasama tanpa mengira pangkat, umur, bangsa dan agama. Peserta seminar adalah terdiri daripada pegawai-pegawai MAQIS yang bertugas di Ibu Pejabat dan Pejabat-pejabat Negeri dan Pintu-pintu Masuk dari seluruh Malaysia. Jumlah peserta yang terlibat dengan seminar ini, adalah seramai 146 orang. Manakala 13 orang sukarelawan bagi program ini adalah daripada Kelab Belia Dan Sukan Politeknik Ibrahim Sultan. Seminar ini berlangsung selama lima (5) hari iaitu pada 5 September 2016 hingga 9 September 2016.

         Tempat perlaksanaan seminar ini adalah di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor dan Pasir Gudang Bowl, Kompleks Pusat Bandar, Pasir Gudang, Johor (untuk acara bowling). Acara sukan yang di anjurkan ialah sukan Bola Sepak, Bola Jaring, Ping pong, Sepak Takraw, Bola Tampar, Larian MAQIS, batu seremban, Dart dan karom.





BUILD & BREAK COMPETITION 2016 (BBC 2016)

         Pada 28 dan 29 September 2016, Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK), Politeknik Ibrahim Sultan telah menghantar dua (2) kumpulan pelajar menyertai PERTANDINGAN BUILD & BREAK 2016 di Politeknik Ungku Omar, Ipoh Perak. Seramai lapan (8) orang pelajar yang terdiri daripada empat (4) orang setiap kumpulan menyertai pertandingan ini. Kumpulan pelajar ini diselia oleh dua (2) orang pensyarah iaitu PUAN ZAIDA BINTI TORMAN dan PUAN WAN HAMIZA BINTI WAN HASAN.



           Pertandingan selama dua hari ini mempunyai objektif yang sangat baik untuk mengetengahkan daya kreativiti pelajar dalam menghasilkan rekabentuk jambatan yang kukuh menggunakan bahan yang terhadTiga (3) minggu sebelum pengesahan penyertaan, setiap kumpulan perlu menghantar laporan ringkas beserta rekabentuk jambatan yang dicadangakan kepada pihak penganjur untuk dinilai. . Selain daripada itu, pertandingan ini menghendaki setiap kumpulan menyiapkan sebuah poster konsep rekabentuk mereka untuk dinilai oleh pihak juri.

                      

          Pada hari pertama pertandingan, setiap kumpulan perlu menyiapkan rekabentuk jambatan menggunakan ‘kayu balsa’ beserta peralatan-peralatan lain yang diberi sebelum dinilai pada hari kedua pertandingan. Setiap kumpulan diberikan masa selama 5 jam untuk menyiapkan rekabentuk mereka.

   
                 

                 
               Hari kedua pertandingan adalah hari yang paling mendebarkan. Semua struktur rekabentuk yang dihasilkan akan diuji kekuatannya di hadapan semua peserta di atas pentas Jubli, PUO. Setiap kumpulan akan bergilir-gilir membuat pengujian rekabentuk jambatan mereka. Dalam pertandingan ini kedua-dua kumpulan daripada PIS tidak bernasib baik untuk memenangi mana-mana kategori yang dipertandingkan. Ini merupakan pengalaman pertama untuk pelajar-pelajar PIS menyertai pertandingan seperti ini. Banyak ilmu yang berguna dapat ditimba dalam penyertaan pertandingan ini yang boleh diaplikasikan dalam pembelajaran dan di alam pekerjaan nanti.     

                

Laporan Program Celik Takaful

             Pada 27 September 2016, Jabatan Matematik, Sains dan Komputer Politeknik Ibrahim Sultan telah menganjurkan Program Celik Takaful. Matlamat utama program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pengetahuan tentang kepentingan takaful dalam kehidupan, mendidik dan menyedarkan golongan muda terhadap keperluan memiliki skim takaful dan menyalurkan maklumat tentang peranan dan fungsi takaful. 

             Peserta kursus adalah terdiri daripada pelajar yang mengikuti subjek Keusahawanan iaitu daripada kelas DKM 5A, DKM 5B, DKM 5C, DTP 5A, DTP 5B, DFP 5A dan DFP 4A. Pelajar diberikan pelepasan kuliah sepanjang program berlangsung iaitu bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Program dipenuhi dengan sesi ceramah daripada dua orang wakil Syarikat Takaful Malaysia Berhad iaitu Encik Md Ridzwan bin Adnan selaku General Manager for Life Insurance dan En Mohd Haikal Hasny selaku Deputy Manager for South Region. 

               Sepanjang pengisian ceramah yang disampaikan, pelajar telah didedahkan dengan kepentingan pendidikan tinggi dan jaminan kehidupan masa hadapan. Peluang pekerjaan dalam bidang insurans turut didedahkan dimana kelayakan dalam bidang pendidikan adalah penting untuk menyertai kumpulan agen insurans. Para pelajar juga diberikan motivasi untuk memajukan diri dalam bidang kerjaya yang akan mereka harungi selepas menamatkan pengajian kelak. Keseluruhan pengisian program adalah sangat membantu pelajar mengetahui dengan lebih mendalam tentang kepentingan takaful dalam kehidupan, keperluan memiliki skim takaful dan menyiapkan diri dengan pendidikan yang cemerlang untuk menceburkan diri dalam alam pekerjaan kelak.






Laporan Kursus Pemasaran Melalui Rangkaian Media Sosial

       Pada 22 September 2016, Jabatan Matematik, Sains dan Komputer Politeknik Ibrahim Sultan telah menganjurkan Kursus Pemasaran Melalui Rangkaian Media Sosial. Matlamat utama kursus ini dilaksanakan adalah untuk menyampaikan pengetahuan untuk membina penulisan berpengaruh dalam pemasaran secara online. Selain itu kursus ini bertujuan untuk mendedahkan teknik pemasaran melalui Facebook, Instagram dan Whatapps. Kursus ini secara tidak langsung mewujudkan jalinan kolaborasi yang lebih erat antara agensi terlibat iaitu Syarikat Takaful Malaysia dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

      Peserta program adalah staf daripada agensi kolaborasi iaitu Syarikat Takaful Malaysia dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang yang terdiri daripada 13 orang peserta. Penceramah kursus adalah Pn Tuan Rozilaazwani Binti Tuan Mat dibantu oleh Puan Haniza Binti Junid. Kursus yang berlangsung selama satu hari bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang ini dibahagikan kepada tiga slot. Slot pertama adalah pengenalan kepada asas perniagaan dimana penceramah memperkenalkan kepada peserta tentang perniagaan wujud apabila manusia mengkhususkan dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang mereka berkemahiran dan cekap. 

      Peserta program telah didedahkan konsep digital entrepreneurship melalui Facebook, Instagram, WhatsApp, laman web dan emel. Peserta juga diberi kemahiran hands-on untuk menggunakan aplikasi Canva untuk merekabentuk FB Cover, FB Post dan FB Adds serta perisian Adobe Photoshope untuk menyunting gambar. Peserta juga didedahkan dengan teknik mengambil gambar dengan betul berdasarkan produk yang akan dipasarkan seperti makanan, minyak wangi, sabun, jus kesihatan dan kopi herba. Di samping itu, peserta juga didedahkan dengan teknik menulis ayat iklan yang baik menggunakan teknik A.I.D.A. 

      Slot kedua kursus peserta didedahkan kepada pembangunan laman facebook bagi memudahkan peserta mempunyai platform untuk memasarkan perniagaan mereka. Selepas rehat pada waktu tengahari, kursus disambung untuk slot ketiga iaitu kaedah pemasaran melalui facebook, Instagram dan whatsapps. Dalam slot ini, peserta didedahkan dengan merekabentuk produk diatas talian untuk dipasarkan melalui media sosial. Peserta sangat teruja dengan pengetahuan baru yang dikongsikan dan mengharapkan dapat mengikuti kursus yang lebih mendalam berkenaan pemasaran melalui media sosial. Diakhir sesi berkursus, perserta dianugerahkan sijil penyertaan yang disampaikan oleh Ketua Jabatan Matematik, Sains dan Komputer iaitu Encik Nordin Bin Zakariah.

      Ahli jawatankuasa sangat berpuashati dengan kelancaran dan kerjasama yang diberikan oleh peserta daripada Syarikat Takaful Malaysia dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang sepanjang hari berkursus.






KURSUS LAPLACE

      Mei 2016 – Kursus Laplace telah diadakan pada 23 hingga 24 Mei 2016 yang lalu di BK GCL 2, Jabatan Matematik Sains dan Komputer. Kursus ini diadakan bagi memudahkan para peserta kursus dalam memahami konsep Laplace dalam silibus kursus Mathematics Engineering 3 DBM 3013 untuk para pelajar kejuruteraan elektrik. Seramai 17 orang peserta yang terlibat dalam bengkel ini merupakan pensyarah JMSK. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pencerahan semula kepada para peserta dalam memahami konsep Laplace Transform. Penceramah kursus ini ialah Pn Naksa binti Ahmad yang merupakan salah seorang pensyarah kursus Mathematics Engineering 3 DBM 3013.


     Kursus ini juga diadakan dalam bentuk perkongsian ilmu sesama peserta di mana penceramah kursus mendedahkan tips-tips kepada peserta-peserta bagi untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkenaan dengan konsep Laplace Transform. Pelaksanaan kursus ini memberi manfaat kepada para peserta dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan Laplace Transform ini. Keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran memberi impak positif kepada kecemerlangan para pelajar dalam kursus ini terutamanya dalam pencapaian dan prestasi nilai GPA dan CGPA pelajar.




Laporan Lawatan Akademik ke Johor Port Berhad

         Jabatan Matematik, Sains dan Komputer telah mengadakan lawatan akademik pada 18 Julai 2016 ke Johor Port Berhad, Pasir Gudang. Lawatan ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada pelajar-pelajar yang mengikuti kursus kejuruteraan (mekanikal dan elektrik) di Politeknik Ibrahim Sultan dan dikendalikan oleh pensyarah di Jabatan Matematik, Sains dan Komputer. Pelajar-pelajar didedahkan kepada realiti sebenar di alam pekerjaan nanti. Secara tidak langsung, ini dapat membantu pelajar membuat persiapan awal semasa masih berada di Politeknik sekaligus menyumbang kepada pencapaian polyrate Politeknik Ibrahim Sultan.


        Seramai 15 orang pelajar Politeknik semester 1 sesi Jun 2016 telah menyertai lawatan ini. Pelajar-pelajar terdiri daripada program Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrik. Seramai 7 orang pensyarah Jabatan Matematik, Sains dan Komputer mengiringi lawatan ini termasuk Pengarah Program Cik Fazida Akhtar binti Abdullah.


          Tiba di Johor Port pada jam 10 pagi, para penyarah dan pelajar telah disambut baik oleh staf Johor Port iaitu En. Luqman bin Mohd Salleh. Program dimulakan dengan taklimat ringkas daripada En. Uda bin Sarimin selaku pengurus besar bahagian Maintenance & Repair berkenaan misi, visi dan hal-hal yang berkaitan dengan kerja-kerja mekanikal yang dijalankan di Johor Port. Sesi taklimat diakhiri dengan penyampaian cenderahati daripada kedua-dua belah pihak. Pihak Johor Port juga menyediakan jamuan ringan kepada para pensyarah dan pelajar. Program ini telah diteruskan dengan lawatan luar sekitar Johor Port dengan menaiki bas Politeknik. Atas faktor keselamatan, para pensyarah dan pelajar diberi penerangan di dalam bas sahaja berkenaan fasiliti pelbagai fungsi seperti kepakaran industri dalam bidang Petrokimia, Kejuruteraan, Telekomunikasi, Barangan Elektrik dan Produk Makanan.


           Program berakhir pada jam 12.30 tengah hari dengan jayanya. Semua pihak telah memberikan kerjasama yang baik. Semoga program ini dapat mencapai matlamat dan mampu memberi impak yang bukan sahaja kepada peserta yang terlibat malah ia mampu meningkatkan imej Politeknik Ibrahim Sultan dalam melahirkan lebih ramai graduan yang berdaya saing dan mempunyai kebolehpasaran yang tinggi dalam memenuhi permintaan industri.








SUKANEKA JMSK 2016

     Mei 2016 – Sukaneka JMSK 2016 telah berlangsung pada hari Ahad, 22 Mei 2016. Program ini telah melibatkan semua staf JMSK dan mendapat kerjasama yang sangat baik dari semua staf. Memandangkan program ini berlangsung selepas pertandingan bowling, maka pembentukan kumpulan untuk sukaneka adalah sama dengan ahli kumpulan semasa pertandingan bowling yang berlangsung pada 19 Mei 2016 yang lalu. 

     Program ini merupakan aktiviti tahunan jabatan di bawah penganjuran Jawatankuasa Kebajikan JMSK yang bertujuan untuk meningkatkan kerjasama dalam kalangan staf JMSK dalam aktiviti kesukanan. Selain daripada itu, ia juga merupakan terapi yang baik untuk meningkatkan kecergasan fizikal dan kecerdasan minda semua staf JMSK. 

     Dalam program ini, terdapat empat (4) jenis permainan telah dijalankan iaitu pertandingan isi air dalam botol menggunakan span, pertandingan dart, pertandingan petanque dan pertandingan mengupas kulit epal. 

Berikut merupakan senarai pemenang Program Sukaneka JMSK kali ini ;

                                   Johan :          1. Puan Norihan binti Mahmood 
                                                        2. Puan Zaida binti Torman 
                                                        3. Puan Siti Nuradibah binti Edros 
                                                        4. Puan Irma Binti Ma’aman 

                              Naib Johan :     1. Encik Mohamad Rafi Bin MS Solaiman 
                                                       2. Puan Zuraidah Binti Mohd Ramly 
                                                       3. Puan Syarifah Hannan Binti Sayed Abd Rahman 
                                                       4. Puan Hasliza Binti Alyimran 

                               Ketiga :           1. Encik Mohamad Khair bin Kalle Mangadji 
                                                       2. Puan Faeizah binti Mohd Lajim 
                                                       3. Puan Julaila binti Sapari 
                                                       4. Puan Hazlina Binti Aly Imran

















PERTANDINGAN BOWLING JMSK 2016

          Mei 2016 – Pertandingan bowling JMSK 2016 telah diadakan pada hari Khamis,19 Mei 2016. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Kebajikan JMSK yang melibatkan semua staf JMSK. Setiap kumpulan terdiri daripada tiga (3) orang ahli yang dipilih melalui undian. Setiap kumpulan akan bermain sebanyak 2 set untuk menentukan siapakah pemenang kumpulan dan individu. Pertandingan ini adalah salah satu program tahunan staf JMSK dan bermatlamat untuk menggalakkan penyertaan staf JMSK di dalam acara sukan sebagai aktiviti kecergasan dan mampu mengeratkan sillaturrahim. Di samping itu, ia dapat mendorong mewujudkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian sambil beriadah. Pertandingan ini telah dilaksanakan dengan jayanya mengikut perancangan yang dibuat dan mendapat sambutan yang baik dari semua pihak.




Berikut merupakan senarai pemenang pertandingan bowling kali ini ;
Pemenang Individu :
Tempat pertama - Encik Mohamad Khair bin Kalle Mangadji
Tempat Kedua – Puan Norihan binti Mahmood
Tempat ketiga – Mohd Azim bin Md Janis

Pemenang Berkumpulan :

Johan:
1. Puan Norihan binti Mahmood
2. Puan Zaida binti Torman
3. Puan Siti Nuradibah binti Edros
4. Puan Irma Binti Ma’aman

Naib Johan :
1. Encik Mohamad Khair bin Kalle Mangadji
2. Puan Faeizah binti Mohd Lajim
3. Puan Julaila binti Sapari
4. Puan Hazlina Binti Aly Imran

Ketiga :
1. Cik Fazida Akhtar binti Abdullah
2. Puan Syarifah Hana binti Syed Zubin
3. Puan Noorafidah binti Ithnin