Pages

Tuesday 27 December 2016

BUILD & BREAK COMPETITION 2016 (BBC 2016)

         Pada 28 dan 29 September 2016, Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK), Politeknik Ibrahim Sultan telah menghantar dua (2) kumpulan pelajar menyertai PERTANDINGAN BUILD & BREAK 2016 di Politeknik Ungku Omar, Ipoh Perak. Seramai lapan (8) orang pelajar yang terdiri daripada empat (4) orang setiap kumpulan menyertai pertandingan ini. Kumpulan pelajar ini diselia oleh dua (2) orang pensyarah iaitu PUAN ZAIDA BINTI TORMAN dan PUAN WAN HAMIZA BINTI WAN HASAN.



           Pertandingan selama dua hari ini mempunyai objektif yang sangat baik untuk mengetengahkan daya kreativiti pelajar dalam menghasilkan rekabentuk jambatan yang kukuh menggunakan bahan yang terhadTiga (3) minggu sebelum pengesahan penyertaan, setiap kumpulan perlu menghantar laporan ringkas beserta rekabentuk jambatan yang dicadangakan kepada pihak penganjur untuk dinilai. . Selain daripada itu, pertandingan ini menghendaki setiap kumpulan menyiapkan sebuah poster konsep rekabentuk mereka untuk dinilai oleh pihak juri.

                      

          Pada hari pertama pertandingan, setiap kumpulan perlu menyiapkan rekabentuk jambatan menggunakan ‘kayu balsa’ beserta peralatan-peralatan lain yang diberi sebelum dinilai pada hari kedua pertandingan. Setiap kumpulan diberikan masa selama 5 jam untuk menyiapkan rekabentuk mereka.

   
                 

                 
               Hari kedua pertandingan adalah hari yang paling mendebarkan. Semua struktur rekabentuk yang dihasilkan akan diuji kekuatannya di hadapan semua peserta di atas pentas Jubli, PUO. Setiap kumpulan akan bergilir-gilir membuat pengujian rekabentuk jambatan mereka. Dalam pertandingan ini kedua-dua kumpulan daripada PIS tidak bernasib baik untuk memenangi mana-mana kategori yang dipertandingkan. Ini merupakan pengalaman pertama untuk pelajar-pelajar PIS menyertai pertandingan seperti ini. Banyak ilmu yang berguna dapat ditimba dalam penyertaan pertandingan ini yang boleh diaplikasikan dalam pembelajaran dan di alam pekerjaan nanti.     

                

0 comments:

Post a Comment