Pages

Tuesday 27 December 2016

KURSUS PENGGUNAAN SCIENTIFIC CALCULATOR VERSION 570-MS

           APRIL 2016 – Kursus Penggunaan Scientific Calculator Version 570-MS telah diadakan pada 27 April 2016 yang lalu di BK GCL 2, Jabatan Matematik Sains dan Komputer. Penggunaan kalkulator saintifik ini sangat penting kepada para pensyarah mahupun pelajar dalam menyelesaikan masalah matematik yang memerlukan pengiraan. Selain itu, terdapat juga fungsi-fungsi yang boleh digunapakai semasa pengiraan yang boleh menjimatkan lebih masa dalam pengiraan terutamanya kepada para pelajar semasa menghadiri peperiksaan akhir kursus yang menggunakan kalkulator saintifik. Kalkulator saintifik versi 570-MS ini juga boleh digunakan untuk menyemak jawapan kepada soalan matematik yang tertentu. Oleh yang demikian, kursus ini diadakan untuk memberikan pendedahan kepada para peserta kursus yang kurang mahir menggunakan semua fungsi yang terdapat dalam kalkulator ini. Seramai 21 orang peserta yang terlibat dalam bengkel ini merupakan pensyarah JMSK. Penceramah kursus ini ialah Pn Noor Baiti bin Jamaluddin yang merupakan salah seorang JMSK yang mahir menggunakan fungsi-fungsi dalam kalkulator saintifik versi 570-MS ini.

          Kursus ini diadakan bagi membolehkan perkongsian ilmu sesama peserta di mana penceramah kursus mendedahkan tips-tips kepada peserta-peserta bagi memudahkan peserta-peserta semasa proses pengajaran dan pembelajaran semasa menggunakan kalkulator saintifik ini. Pelaksanaan kursus ini memberi manfaat kepada para peserta dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penggunakan kalkulator saintifik secara menyeluruh dalam kursus-kursus yang ditawarkan di JMSK seperti Mathematic Engineering 5 BA601 dan Mathematic Engineering 3 DMB 3013 . Para peserta kursus dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam kursus ini dengan berkongsi ilmu dalam menggunakan fungsi-fungsi kalkulator saintifik secara lebih menyeluruh kepada para pelajar.







0 comments:

Post a Comment