Penilaian berterusan merupakan salah satu item yang akan diambil kira selain penilaian akhir dalam penggiraan markah penuh kursus yang diambil oleh para pelajar. Pelarasan item penilaian berterusan dalam kursus yang diambil oleh para pelajar dengan Course Learning Outcome (CLO) kursus yang diambil adalah selaras dengan keperluan kurikulum. Oleh yang demikian, pada 6 dan 7 Januari 2016 yang lalu, bengkel pembinaan item penilaian berterusan 2016 telah diadakan di Makmal CAD4, Jabatan Matematik, Sains dan Komputer.
Bengkel ini diadakan untuk membolehkan para pensyarah menyediakan item-item penilaian berterusan yang lebih relevan dan selaras dengan kecenderungan soalan – soalan penilaian akhir. Oleh itu, para pelajar akan lebih mengetahui bahagian pengajaran yang perlu dititikberatkan untuk mendapatkan kelulusan yang cemerlang dalam kursus yang diambil.
Seramai 27 orang pensyarah jabatan telah terlibat secara langsung dalam bengkel ini. Para pensyarah telah dibahagikan dalam kumpulan-kumpulan kecil mengikut kursus yang diajar dan difasilitator oleh dua orang ketua kursus iaitu Pn Asniza binti Abu Bakar dan Cik Fazida Akhtar binti Abdullah.
Bengkel yang berlangsung selama dua hari ini memberi kesempatan kepada para pensyarah untuk membina item penilaian berterusan yang baru dan sekaligus memurnikan item-item tersebut mengikut keperluan silibus sekiranya terdapat perubahan. Item-item penilaian berterusan akan disemak dan disahkan oleh fasilitator yang terlibat. Pembinaan item ini akan difailkan dalam bank soalan bagi kursus-kursus yang ditawarkan di Jabatan Matematik, Sains dan Komputer untuk digunapakai pada semester yang terkini dan akan datang mengikut keperluan semasa.
0 comments:
Post a Comment