Pages

Tuesday 27 December 2016

Laporan Kursus Pemasaran Melalui Rangkaian Media Sosial

       Pada 22 September 2016, Jabatan Matematik, Sains dan Komputer Politeknik Ibrahim Sultan telah menganjurkan Kursus Pemasaran Melalui Rangkaian Media Sosial. Matlamat utama kursus ini dilaksanakan adalah untuk menyampaikan pengetahuan untuk membina penulisan berpengaruh dalam pemasaran secara online. Selain itu kursus ini bertujuan untuk mendedahkan teknik pemasaran melalui Facebook, Instagram dan Whatapps. Kursus ini secara tidak langsung mewujudkan jalinan kolaborasi yang lebih erat antara agensi terlibat iaitu Syarikat Takaful Malaysia dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

      Peserta program adalah staf daripada agensi kolaborasi iaitu Syarikat Takaful Malaysia dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang yang terdiri daripada 13 orang peserta. Penceramah kursus adalah Pn Tuan Rozilaazwani Binti Tuan Mat dibantu oleh Puan Haniza Binti Junid. Kursus yang berlangsung selama satu hari bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang ini dibahagikan kepada tiga slot. Slot pertama adalah pengenalan kepada asas perniagaan dimana penceramah memperkenalkan kepada peserta tentang perniagaan wujud apabila manusia mengkhususkan dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang mereka berkemahiran dan cekap. 

      Peserta program telah didedahkan konsep digital entrepreneurship melalui Facebook, Instagram, WhatsApp, laman web dan emel. Peserta juga diberi kemahiran hands-on untuk menggunakan aplikasi Canva untuk merekabentuk FB Cover, FB Post dan FB Adds serta perisian Adobe Photoshope untuk menyunting gambar. Peserta juga didedahkan dengan teknik mengambil gambar dengan betul berdasarkan produk yang akan dipasarkan seperti makanan, minyak wangi, sabun, jus kesihatan dan kopi herba. Di samping itu, peserta juga didedahkan dengan teknik menulis ayat iklan yang baik menggunakan teknik A.I.D.A. 

      Slot kedua kursus peserta didedahkan kepada pembangunan laman facebook bagi memudahkan peserta mempunyai platform untuk memasarkan perniagaan mereka. Selepas rehat pada waktu tengahari, kursus disambung untuk slot ketiga iaitu kaedah pemasaran melalui facebook, Instagram dan whatsapps. Dalam slot ini, peserta didedahkan dengan merekabentuk produk diatas talian untuk dipasarkan melalui media sosial. Peserta sangat teruja dengan pengetahuan baru yang dikongsikan dan mengharapkan dapat mengikuti kursus yang lebih mendalam berkenaan pemasaran melalui media sosial. Diakhir sesi berkursus, perserta dianugerahkan sijil penyertaan yang disampaikan oleh Ketua Jabatan Matematik, Sains dan Komputer iaitu Encik Nordin Bin Zakariah.

      Ahli jawatankuasa sangat berpuashati dengan kelancaran dan kerjasama yang diberikan oleh peserta daripada Syarikat Takaful Malaysia dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang sepanjang hari berkursus.






0 comments:

Post a Comment