Oktober 2016 –Science Video Contest 2016 merupakan satu idea daripada Cik Fazida Akhtar binti Abdullah bagi meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis para pelajar semester satu sesi Jun 2016. Pertandingan ini berlangsung pada 10 Julai 2016 hingga 8 September 2016. Semua pelajar semester satu sesi Jun 2016 digalakkan untuk menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar semester satu sesi Jun 2016.
Pertandingan ini diadakan kerana para pensyarah ingin menarik minat pelajar dalam penggunaan aplikasi kursus DBS1012 –Engineering Science dalam kehidupan seharian sekaligus mengcungkil kefahamana pelajar dalam proses pengajaran & pembelajaran. Dengan adanya pertandingan ini, para pelajar yg berminat menyertainya perlu menhubung kaitkan apa yang dipelajari di dalam kelas dengan kehidupan seharian. Para peserta pertandingan ini perlu menghasilkan sebuah video aplikasi pembelajaran berdasarkan silibus kursus DBS 1012 – Engineering Science.
Pelaksanaan pertandingan ini memberi manfaat kepada para peserta dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan subtopic Physical quantities & Measurement. Keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran memberi impak positif kepada kecemerlangan para pelajar dalam kursus ini terutamanya dalam pencapaian dan prestasi nilai GPA dan CGPA pelajar.
Pada 27 Oktober yang lalu, Majlis Penyampaian Hadiah telah diadakan bagi meraikan para pemenang dalam pertandingan ini. Hadiah kemenangan pertandingan ini berupa wang tunai sebanyak RM300 bagi tempat pertama, RM200 bagi tempat kedua dan RM100 bagi tempat ketiga. Hadiah dan sijil penghargaan telah disampaikan oleh En Nordin bin Zakariah, Ketua Jabatan Matematik, Sains dan Komputer. Majlis ini telah berakhir dengan jamuan makan tengah hari.
Pertandingan seumpama ini perlu diadakan lagi pada masa akan datang kerana pelbagai manfaat yang akan diperolehi para pelajar dalam meningkat daya saing dalam proses pembelajaran sepanjang di Politeknik Ibrahim Sultan.
0 comments:
Post a Comment