Pages

Tuesday, 27 December 2016

BENGKEL CIDOS PART II SESI DISEMBER 2015

      Januari, Khamis – Jabatan Pendidikan Politeknik telah merangka kurikulum berasaskan blended learning. Blended Learning merupakan program pendidikan formal yang membolehkan para pelajar mempelajari kandungan dan arahan pengajaran dan pembelajaran melalui digital dan atas talian di mana pelajar tersebut ada kuasa dalam elemen masa, tempat dan keadaan sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, bagi memenuhi kehendak Jabatan Pendidikan Politeknik, bengkel CIDOS (Bahagian 1) telah diadakan pada 28 Januari 2016 di Makmal CAD 4, Jabatan Matematik, Sains dan Komputer.


       Seramai 21 orang pensyarah yang terlibat dalam bengkel ini telah diberikan penerangan yang lebih lanjut dalam keperluan blended learning oleh Penyelaras CIDOS jabatan, Pn Siti Nuradibah binti Hj Edros untuk mencapai KPI yang telah disediakan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik. Item-item yang diperlukan dalam platform CIDOS masing-masing perlu dikemaskini bagi mencapai keperluan blended learning. 

      Semasa bengkel dijalankan, semua pensyarah didedahkan dengan pencapaian blended learning bagi platform masing-masing. Oleh yang demikian, para pensyarah yang belum melepasi KPI boleh memperbaiki dan menambahbaik platform masing-masing. Platfrom-platfrom ini akan menjadi sumber rujukan pengajaran dan pembelajaran bagi para pelajar dalam memastikan kecemerlangan yang berterusan.





0 comments:

Post a Comment