Pages

Wednesday 28 March 2012

PROGRAM ‘YOUR SMART BRAIN IS JUST RIGHT!’ INTER-POLYTECHNICS CHALLENGE 2012


Pada 27 – 28 Mac 2012, Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah menghantar tiga orang pelajar PIS dan seorang pensyarah pengiring ke Pertandingan ‘Your Smart Brain Is Just Right!’ Inter-Polytechnics Challenge 2012 bertempat di Politeknik Merlimau, Melaka. Program ini telah dianjurkan oleh JMSK Politeknik Merlimau Melaka. Program ini bertujuan untuk menguji kecerdasan para pelajar politeknik dalam mengaplikasikan kaedah matematik, sains dan komputer di dalam kehidupan seharian mereka.

Bergambar bersama pensyarah pengiring 

Para peserta serta pensyarah pengiring bergamabr bersama Timbalan Pengarah (Akademik) PMM serta staf JMSK PMM

Pertandingan ini mengandungi tiga fasa pengujian. Fasa pertama adalah uji minda dimana dalam fasa ini, peserta akan diuji secara individu berkaitan dengan pengetahuan matematik, sains dan komputer. Fasa kedua yang dijalankan secara berpasukan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu permainan sains, permainan matematik dan amali computer. Paling menarik perhatian dalam fasa ini adalah dalam permainan sains, pemainannya hampir sama dengan program realiti ‘minute to win it’ atau ‘anda ada 60 saat’ versi Malaysia. Fasa yang terakhir adalah kuiz peringkat akhir yang mana tiga pasukan yang mengumpul markah tertinggi dari dua fasa yang terdahulu akan layak ke fasa ini.
 


Peserta PIS sedang melalui permainan sains ala-ala program realiti 'minute to win it' 

 Permainan matematik yang menguji minda pelajar PIS

Pada pertandingan ini, peserta dari PIS berjaya layak ke fasa kedua namun gagal menempatkan diri dalam kelompok tiga pasukan teratas. Namun seorang peserta PIS, Nurul Izzah binti Ahmad Berhanuddin berjaya mendapat tempat keempat dalam kategori individu. Johan pertandingan ini adalah dari peserta tuan rumah iaitu pasukan Politeknik Merlimau Melaka, Naib Johan dari pasukan Politeknik Banting Selangor dan tempat ketiga dari pasukan Politeknik Kota Bahru.

 

Pelajar PIS tekun memasang peralatan 'hardware' CPU dalam fasa amali komputer

Persaingan sengit antara PMM, PBS dan PKB dalam kuiz peringkat akhir

 

Thursday 1 March 2012

Majlis perpisahan Pn. Noor Azah & Pn. Nor Hayati

Majlis perpisahan staf JMSK iaitu Pn. Noor Azah Binti Abdul Raman dan Pn. Nor Hayati Binti Abdul Wahab telah diadakan di pejabat utama JMSK pada 1 Mac 2012. Pn Noor Azah akan berpindah ke Politeknik Merlimau Melaka manakala Pn. Nor Hayati akan berpindah ke Politeknik Mukah Sarawak. Kedua mereka telah dinaikkan pangkat ke DH 44 dan akan berkhidmat di Politeknik masing-masing dalam bidang kepakaran mereka. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan kemudiannya ucapan daripada Ketua Jabatan JMSK iaitu Pn Hajah Siti Zunariah Binti Mohd Said. Seterusnya ucapan daripada kedua-dua staf yang akan berpindah dan suasana menjadi sedikit sayu kerana kebanyakkan staf sedih dengan ucapan yang terakhir diucapkan oleh kedua mereka. Majlis perpisahan ini di akhiri dengan jamuan yang telah di sediakan. Ucapan semoga maju jaya kepada mereka berdua.