Pages

Thursday 28 May 2015

LAPORAN MAJLIS PERPISAHAN EN MD SAIFUDDIN BIN MD YUSOP

PROGRAM : MAJLIS PERPISAHAN EN MD SAIFUDDIN BIN MD YUSOP
TEMPAT : Anjung Lestari, Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK)
TARIKH :  Khamis , 26.05.2015
MASA : 2.30 – 4.30 petang

PENGISIAN PROGRAM :


Majlis perpisahan ini diadakan untuk meraikan En Md Saifuddin bin Md Yusop yang akan berpindah ke Politeknik Melaka (PMK). Beliau akan mula menjalankan tugas sebagai pensyarah di JKM pada bulan Julai 2015. Justeru itu, JMSK mengadakan majlis perpisahan ini sebagai kenangan atas sumbangan beliau selama hampir 5 tahun berkhidmat di JMSK. Majlis dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan dari Pengerusi Majlis, Pn Norihan binti Mahmood dan seterusnya ucapan dari Ketua Kursus Unit Matematik iaitu Pn. Asniza binti Abu Bakar. Pn Asniza merakamkan ucapan terima kasih dan selamat maju jaya kepada En Md Saifuddin. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari yang diraikan iaitu En Md Saifuddin. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati dari Jabatan Matematik, Sains & Komputer dan juga penyampaian cenderahati dari Unit Matematik. Tidak lupa juga, En Md Saifuddin telah memberikan cenderahati dari beliau sebagai kenang-kenangan di JMSK. Seterusnya para tetamu dijemput menjamu selera dan majlis berakhir pada jam 4.30 petang.
Ucapan dari yang dirai iaitu En Saifuddin 
Penyampaian cenderahati dari unit Sains
Penyampaian cenderahati dari En Saifuddin kepada JMSK
Antara juadah yang disediakan
Penyampaian cenderahati dari unit Matematik



KURSUS Linear Programming

25 Mei 2015 – Kursus linear programming ini merupakan salah satu topik yang terdapat dalam silibus Engineering Mathematics 3 (DBM3013). Topik ini merupakan topik yang baru diperkenalkan dalam silibus yang baru bagi kursus DBM3013.
Dengan adanya kursus ini, para pensyarah dapat didedahkan dengan teknik-teknik menjawab soalan yang menglibatkan topik ini bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.
 Kursus ini telah dihadiri oleh 27 orang pensyarah JMSK dan dikendalikan oleh dua oran penceramah  iaitu En Md Saifuddin bin Md Yusop dan En Mohd Azim bin Md Janis yang merupakan pensyarah JMSK.
Dalam kursus ini, peserta telah diberikan penerangan ringkas mengenai sub topik yang terlibat dalam topik ini.  Peserta kemudiannya dikehendaki untuk membuat latihan dengan menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan topik linear programming ini.  Peserta juga ditunjukkan oleh penceramah cara penyelesaian setiap masalah.
 Diharap dengan kursus ini,proses pengajaran dan pembelajaran dapat dikendalikan oleh para pensyarah tanpa sebarang masalah. 










Monday 25 May 2015

KURSUS ANALISA KUALITATIF

18 Mei 2015 – Salah satu daripada tugas utama dan tanggungjawab PPPT adalah melaksanakan kajian/penyelidikan/inovasi yang menyumbang kepada organisasi atau negara.  Dalam sesuatu kajian/penyelidikan/inovasi yang dibuat, penganalisaan data secara kuantitatif merupakan satu bahagian yang sangat penting dengan menggunakan perisian Microsoft excel atau Statistical Package for Social Science (SPSS). Walau bagaimana pun, terdapat kajian dan penyelidikan yang tidak memerlukan perisian yang dinyatakan di atas.   Kursus ini Untuk memberikan pendedahan kepada PPPT mengenai analisa data secara kualitatif.
 Kursus ini telah dihadiri oleh 31 orang pensyarah JMSK dan dikendalikan oleh Dr Hajah Nor Haniza binti Mohamad
Dalam kursus ini, peserta telah diberikan penerangan ringkas mengenai apa yang dimaksudkan dengan analisa data secara kualitatif.  Peserta kemudiannya dikehendaki untuk membina tajuk-tajuk kajian yang boleh dianalisa secara kualitatif.  Peserta juga diberikan penerangan dan contoh kajian yang menggunakan analisa kualitatif.
 Diharap dengan kursus ini, PPPT di JMSK dapat menghasilkan laporan  kajian / penyelidikan / inovasi dengan analisis data selain menggunakan kuantitatif dan sekaligus boleh menyumbang pelbagai maklumat kepada pembangunan pelajar dan staf di jabatan. 








Sunday 3 May 2015

BENGKEL PENUTUPAN FRP SESI DISEMBER 2014

29 April 2015 – Fail Rekod Pensyarah merupakan satu sistem penfailan rekod-rekod dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang terdiri daripada lesson plan, rekod ketidakhadiran pelajar dalan lain-lain. Oleh itu, proses kemas kini fail ini berlulah berdasarkan Dokumen Kualiti  yang terkini. Kadang kala, para pensyarah terlepas pandang pada nobor rujukan kualiti yang baru.
Oelh itu, bengkel penutupan Fail Rekod Pensyarah bagi sesi Disember 2014 telah diadakan bagi memudahkan para pensyarah mengemaskini fail rekod pensyarah mengikut kehendak dokumen kualiti. Bengkel ini juga bertujuan untuk mengelakkan para pensyarah daripada melakukan kesilapan dalam merekod data yang diperlukan dalam fail rekod pensyarah. Selain itu, bengkel ini juga membolehkan para pensyarah untuk cross-check fail rekod pensyarah antara satu sama lain bagi mengurangkan kesilapan sebelum penutupan fail rekod pensyarah.
Bengkel ini telah dihadiri oleh 29 orang pensyarah JMSK dan telah dikendalikan oleh Pn Hasliza binti Alyimran, seorang pensyarah di JMSK yang juga merupakan seorang Penyelaras Kualiti Jabatan. Bengkel ini sangat berkesan dan  perlu diadakan pada masa akan datang kerana para dapat mengurangkan kesilapan semasa proses audit dijalankan bagi setiap semester.