Pages

Wednesday 29 May 2013

Bengkel "A Mathematics Workshop For Effective Use of Geogebra"

Bengkel Penggunaan Geogebra secara berkesan anjuran Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Seberang Perai telah berlangsung dengan jayanya pada 28 hingga 29 Mei 2013 bertempat di makmal G2 dan Makmal G3, JMSK, PSP. Seramai dua orang staf daripada Jabatan Matematik, Sains dan Komputer Politeknik Ibrahim Sultan iaitu Puan Puziahhaiza Bt Pazui dan Puan Siti Amirah Bt Abdul Rahman telah terpilih untuk menghadiri bengkel tersebut.. Keseluruhan peserta bengkel ini terdiri daripada 50 orang pensyarah Jabatan Matematik, Sains dan Komputer dari seluruh Politeknik Malaysia dan Institut Pendidikan Guru sekitar Wilayah Utara. Tenaga pengajar untuk bengkel ini dijemput khas dari pihak Institut GeoGebra Malaysia, SEAMEO RECSAM, Penang iaitu Dr. Daniel Leong yang mempunyai kelayakan, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang berkenaan.





Program ini dilaksanakan sebagai salah satu usaha untuk memberi pendedahan kepada pensyarah Jabatan Matematik, Sains dan Komputer bagi meningkatkan kemahiran dalam penggunaan perisian sumber terbuka GeoGebra di samping memberi nilai tambah kepada pensyarah dalam meningkatkan kualiti P&P dalam usaha memupuk minat yang mendalam terhadap Matematik kepada pelajar. Melalui kemahiran yang diperolehi, pensyarah dapat menghasilkan bahan P&P yang menarik seterusnya meningkatkan pemikiran kritikal di kalangan pelajar.



Dengan berlangsungnya program seperti ini, pensyarah dapat memanfaatkan peluang untuk mendalami satu perisian yang amat berguna dalam meningkatkan mutu P&P dalam Matematik khususnya. Selain itu, kolaborasi antara PSP dengan pihak luar seperti SEAMEO RECSAM, seluruh Politeknik Malaysia dan Institut Pendidikan Guru dapat diteruskan lagi di masa akan datang.


Friday 17 May 2013

KURSUS PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Salah satu dari tanggungjawab sebagai seorang pendidik adalah untuk membantu pelajar menjadi manusia yang bukan sahaja berilmu tetapi juga berakhlak dan tahu menghargai apa yang berada di sekitarnya. Oleh itu, kursus penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran telah diadakan pada 17 Mei 2013 bertempat di Bilik Seminar ULPL. Kursus ini diadakan supaya para pensyarah dapat menerapkan nilai-nilai murni kepada pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.




Kursus ini telah dihadiri oleh semua pensyarah dan disampaikan oleh 2 orang pensyarah Jabatan Pengajian Am iaitu En. Khairul Nizam bin Khalid dan Pn Farha binti Muhmmad.





Pengisian kursus adalah lebih kepada bagaimana untuk menjadi pensyarah yang mempunyai nilai yang baik supaya menjadi contoh yang baik kepada pelajar. Kegiatan pelajar di dalam kelas perlu dirancang dengan menerapkan nilai-nilai murni yang sesuai dan ia perlu dilakukan dalam semua subjek.




Diharap dengan kursus ini, para pensyarah dapat menjadi pendidik yang lebih berketrampilan bagi melahirkan pelajar yang berjaya dari segi akademik dan sahsiah.



Tuesday 14 May 2013

Kursus penulisan artikel ilmiah

Seperti yang telah digariskan oleh JPP, salah satu daripada tugas utama dan tanggungjawab PPPT adalah menulis dan menerbitkan kertas kerja / hasil kajian / penyelidikan samada berbentuk ilmiah / pendidikan atau kepakaran. Menyedari ia adalah satu tugas yang baru bagi sesetengah pensyarah dan bagi memastikan tugas ini berjaya dilaksanakan, satu kursus penulisan artikel imiah telah diadakan pada 13 - 14 Mei 2013 di Bilik Seminar ULPL, PIS.




Kursus ini telah dihadiri oleh semua pensyarah dan dikendalikan oleh 2 orang yang pakar dalam bidang penulisan artikel ilmiah iaitu Dr Prasanna a/p Kesavan dari Unit Penyelidikan dan Inovasi dan Dr Beh Cheng Siew dari Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual.





Dalam kursus ini, metodologi dan kaedah-kaedah kajian telah diterangkan secara ringkas. Kaedah penulisan dan tips-tips penting juga telah diterangkan dengan jelas dan mudah difahami.




Diharap dengan kursus ini, pensyarah dapat melaksanakan kajian / penyelidikan dengan kaedah yang betul dan seterusnya dapat menulis sebarang artikel ilmiah mengikut piawai yang telah ditetapkan oleh institusi berkaitan.