Pages

Wednesday, 29 May 2013

Bengkel "A Mathematics Workshop For Effective Use of Geogebra"

Bengkel Penggunaan Geogebra secara berkesan anjuran Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Seberang Perai telah berlangsung dengan jayanya pada 28 hingga 29 Mei 2013 bertempat di makmal G2 dan Makmal G3, JMSK, PSP. Seramai dua orang staf daripada Jabatan Matematik, Sains dan Komputer Politeknik Ibrahim Sultan iaitu Puan Puziahhaiza Bt Pazui dan Puan Siti Amirah Bt Abdul Rahman telah terpilih untuk menghadiri bengkel tersebut.. Keseluruhan peserta bengkel ini terdiri daripada 50 orang pensyarah Jabatan Matematik, Sains dan Komputer dari seluruh Politeknik Malaysia dan Institut Pendidikan Guru sekitar Wilayah Utara. Tenaga pengajar untuk bengkel ini dijemput khas dari pihak Institut GeoGebra Malaysia, SEAMEO RECSAM, Penang iaitu Dr. Daniel Leong yang mempunyai kelayakan, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang berkenaan.





Program ini dilaksanakan sebagai salah satu usaha untuk memberi pendedahan kepada pensyarah Jabatan Matematik, Sains dan Komputer bagi meningkatkan kemahiran dalam penggunaan perisian sumber terbuka GeoGebra di samping memberi nilai tambah kepada pensyarah dalam meningkatkan kualiti P&P dalam usaha memupuk minat yang mendalam terhadap Matematik kepada pelajar. Melalui kemahiran yang diperolehi, pensyarah dapat menghasilkan bahan P&P yang menarik seterusnya meningkatkan pemikiran kritikal di kalangan pelajar.



Dengan berlangsungnya program seperti ini, pensyarah dapat memanfaatkan peluang untuk mendalami satu perisian yang amat berguna dalam meningkatkan mutu P&P dalam Matematik khususnya. Selain itu, kolaborasi antara PSP dengan pihak luar seperti SEAMEO RECSAM, seluruh Politeknik Malaysia dan Institut Pendidikan Guru dapat diteruskan lagi di masa akan datang.


0 comments:

Post a Comment