Pages

Wednesday 18 July 2012

Kursus Fourier Series

Kursus Fourier Series telah diadakan pada 18 dan 19 Julai 2012 bertempat di BKCAD3, JMSK. Semua pensyarah JMSK dari unit matematik, sains dan juga komputer terlibat sama dalam kursus tersebut. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan berkenaan fourier series. Kursus ini adalah anjuran bersama di antara pihak JMSK dan ULPL.

Pengenalan kepada siri fourier

Sesi pengajaran oleh tenaga pengajar dari UTHM 

Antara peserta yang turut serta

Semangat yang terserlah dari wajah peserta kursus

KJ JMSK juga turut tidak ketinggalan

Sesi perbincangan antara pakar-pakar matematik

Wajah peserta yang tidak jemu untuk terus belajar

Tuesday 17 July 2012

LAWATAN CSR JMSK KE SMK KOTA MASAI 2


Pada 16 Julai 2012, rombongan CSR daripada Jabatan Matematik, Sains dan Komputer yang diwakili oleh Cik Hafsah Binti Kastu (Ketua JK CSR), Pn. Puziahhaiza Binti Pazui (Setiausaha CSR), Pn Asniza Binti Abu Bakar (Ketua kursus Matematik) dan Pn Siti Norlina Binti Ab Sani( Wakil Ketua Kursus Komputer) telah mengadakan siri lawatan kali 1 ke Sekolah Menengah Kota Masai 2. Rombongan ini disambut oleh Tn Syed Mohd Pauzi Bin Syed Idris merangkap guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di SMK Kota Masai 2 serta Pn Normah Binti Simpol, iaitu GKMP Matematik dan Sains sekolah berkenaan.



Misi ini adalah untuk membincangkan pelan perancangan projek CSR jabatan dengan sekolah terbabit. Antara projek yang telah dibincangkan dan telah dipersetujui bersama adalah 
i) Program Bijak Matematik (PMR), 
ii) Program Bijak Matematik (SPM) dan
iii) Program “Jom Masuk Poly”.




Program Bijak Matematik ini difokuskan kepada calon-calon yang akan menduduki peperiksaaan PMR dan SPM manakala Program “Jom Masuk Poly” pula berbentuk penerangan, kaedah-kaedah serta strategi yang betul untuk mereka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke politeknik kelak. Program ini turut diselitkan dengan tayangan video.



Program-program yang akan dijalankan ini nanti bakal melibatkan kerjasama dari kedua-dua pihak iaitu pihak sekolah dan pihak jabatan. Rombongan lawatan ini berakhir pada jam 12.30 tengahari dan akan disusuli dengan lawatan susulan.