Pages

Tuesday 22 September 2015

Laporan Lawatan Akademik dan Towards 1st Class Programme

Laporan Lawatan Akademik dan Towards 1st Class Programme

Pada 17 hingga 18 September 2015 yang lalu, Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah menganjurkan dua program iaitu Lawatan Akademik ke Marine Technology Centre, Universiti Teknologi Malaysia dan Towards 1st Class Programme yang berlangsung di Savannah Hill, Ulu Tiram Johor. Matlamat utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar untuk mengaplikasikan elemen matematik dan sains dalam bidang kejuruteraan khususnya dan kehidupan seharian amnya serta membudayakan gaya kerja berkumpulan dan menggalakan pemikiran kritis dan kreatif dalam meningkatkan kemahiran interpersonal dan menonjolkan bakat pelajar. Program ini disasarkan kepada pelajar kejuruteraan semester 1 yang cemerlang dalam pelajaran. Seramai 20 pelajar dan 5 orang fasilitator yang terdiri daripada pelajar semester 5 terlibat dalam program ini dimana pemilihan peserta adalah berdasarkan pemantauan pensyarah terhadap prestasi pelajar di dalam kelas.
Sepanjang program berlangsung, peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan dibantu oleh fasilitator sebagai pemudahcara. Lawatan Akademik ke Marine Technology Centre, (UTM) telah berjaya membuka minda pelajar untuk mengaplikasikan teori-teori yang dipelajari dikelas di dalam sektor pembinaan kapal. Peserta diberi penerangan yang jelas tentang aktiviti dan objektif penubuhan Marine Technology Centre, UTM. Lawatan ini telah menaikkan semangat pelajar untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sekaligus mendedahkan pelajar bidang yang boleh diceburi selepas tamat pengajian.

Selepas sesi lawatan, pelajar dan AJK menuju ke Savannah Hill Resort, Ulu Tiram untuk program seterusnya iaitu Towards 1st Class Programme. Dalam program ini, peserta bermalam di bilik dorm  yang disediakan dan pelbagai aktiviti berkonsepkan  team building telah dilaksanakan seperti meredah halangan, flying fox,bola api, pertandingan MSC Race dan photo contest. Secara keseluruhannya, peserta dan AJK sangat berpuas hati dengan program yang disertai ini. Diharapkan pelajar dapat menjadikan pengalaman disepanjang program ini sebagai motivasi untuk meningkatkan kecemerlangan dari aspek akademik seiring dengan perkembangan sahsiah diri masing-masing.
Soaring Upward di UTM Marine Technology Centre.
Aktiviti berkumpulan yang mencabar minda pelajar di Savannah Hill Resort, Ulu Tiram
Aktiviti berkumpulan yang mencabar minda pelajar di Savannah Hill Resort, Ulu Tiram
AJK pelaksana dan peserta program bergambar kenangan
AJK pelaksana dan peserta program bergambar kenangan
Penerangan pembuatan kapal daripada wakil UTM Marine Technology Centre 



Monday 7 September 2015

KUMPULAN E10 & CNT MENANG PROJEK HARAPAN KONVENSYEN KIK PIS 2015

KUMPULAN E10 & CNT MENANG PROJEK HARAPAN KONVENSYEN KIK PIS 2015

Disediakan oleh: Norihan binti Mahmood

Bilik Seminar, ULPL 2 September - Kumpulan E10 dan CNT muncul sebagai pemenang Projek Harapan dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) tahun 2015.

Sebanyak lapan kumpulan KIK dari semua jabatan di PIS iaitu Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM),  Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual (JRKV) dan Jabatan Pelancongan & Hospitaliti (JPH) bertanding dengan mengemukakan produk serta inovasi yang akan memberi manfaat kepada organisasi dan aktiviti harian. Format pemarkahan adalah berdasarkan format MAMPU dan dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori Pengurusan dan Teknikal. Sebanyak empat kumpulan dari kategori Pengurusan dan dua kumpulan lagi dari kategori Teknikal dan jumlah keseluruhan adalah enam kumpulan semuanya.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran Konvensyen, Dr. Hjh. Siti Zunariah berkata, kumpulan E10 yang disertai pensyarah Jabatan Matematik, Sains & Komputer (JMSK) itu memenangi Projek Harapan (Pengurusan) dan Anugerah Emas.  Manakala kumpulan CNT yang ahlinya terdiri daripada pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) pula telah memenangi dua anugerah juga iaitu Projek Harapan (Teknikal) dan Anugerah Emas. Selain dari itu, dua kumpulan lagi telah memenangi Anugerah Emas iaitu kumpulan CREATIVE8 (Teknikal) dan kumpulan DPROJECT (Pengurusan). Manakala Anugerah Perak dimenangi oleh kumpulan AMITY dan kumpulan INNOVATOR, kedua-dua dari kategori Pengurusan. Tidak lupa juga, terdapat Anugerah Fasilitator Terbaik Konvensyen yang dimenangi oleh Dr. Hjh. Siti Zunariah binti Mohd Said dari JMSK & Pn Tuan Rozilaazawani binti Tuan Mat dari JKE.

Hadiah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Akademik (TPSA) PIS, Kapten Norizam bin Sekak. Semua kumpulan yang bertanding berjaya membawa pulang hadiah berupa piala, medal dan sijil sebagai mengiktiraf kejayaan projek serta inovasi mereka.

Semoga dengan adanya konvensyen seperti ini dapat menarik lebih banyak lagi kumpulan KIK yang lain untuk menghasilkan projek-projek inovasi dan kreatif selaras dengan hasrat murni konvensyen ini yang bertujuan untuk mengiktiraf hasil penat lelah semua kumpulan KIK.

Kumpulan CNT dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Kumpulan E10 dari Jabatan Matematik, Sains dan Komputer
Pengerusi KIK, Pn Hjh Siti Zunariah sedang menyampaikan kata-kata aluan
Timbalan Pengarah, Tn Hj Sahul Hamed bin Abdul Wahab merasmikan majlis penutup
Para juri dari MPC sedang membuat penjurian
Kumpulan D’PROJECT dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Kumpulan AMITY dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Kumpulan INNOVATOR dari Jabatan Pengajian Am
Kumpulan CREATIVE8 dari Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual sedang membuat pembentangan 
Kumpulan e10 dari Jabatan Matematik, Sains dan Komputer menang anugerah emas dan Projek Harapan
Anugerah Emas dan Projek Harapan dimenangi oleh kumpulan CNT
Dr Hjh Siti Zunariah dari JMSK menang fasilitator terbaik
Penyampaian sijil kepada juri
Salah satu kumpulan yang memenangi anugerah emas iaitu kumpulan E10 (JMSK)
Salah satu kumpulan yang memenangi anugerah Emas iaitu JKE One (JKE)
Barisan AJK Konvensyen KIK PIS 2015
Kumpulan CREATIVE8 dari Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual