Pages

Tuesday 19 October 2010

Matematik Kejuruteraan 5


Pengenalan
Matematik Kejuruteraan 5 ialah subjek matematik yang perlu diambil oleh pelajar-pelajar semester 6 yang mngikuti bidang kejuruteraan. Matematik Kejuruteraan 5 ini mengandungi 4 bab iaitu Fungsi Hiperbola, Pembezaan Lanjutan, Pengamiran Lanjutan dan Persamaan Pembezaan. Dalam subjek ini, pelajar akan didedahkan dengan penggunaan rumus-rumus dan cara penggunaannya. Pembezaan dan pengamiran akan di aplikasikan dalam subjek ini dalam menyelesaikan permasalahan fungsi hiperbola, fungsi hiperbola songsang, fungsi trigonometri dan fungsi trigonometri songsang. Permasalahan Persamaan Pembezaan yang sering berlaku dalam bidang kejuruteraan juga akan di bincangkan di dalam subjek ini.

Modul Pembelajaran
Modul yang digunakan daam pembelajaran Matematik Kejuruteraan 5 ini ialah Workbook Engineering Mathematics BA601 dan ianya hanya digunapakai di dalam Politeknik Ibrahim Sultan. Modul ini mengandungi penerangan secara teori, rumus, contoh-contoh soalan dan jawapan, latihan, tutorial dan soalan-soalan peperiksaan yang lepas.

Antara topik-topik yang terkandung di dalam modul ini ialah:

1. Hyperbolic And Inverse Trigonometric Functions
  • Hyperbolic functions
  • Inverse hyperbolic functions
  • Inverse trigonometric functions

2. Advanced Differentiation
  • Differentiation of inverse trigonometric functions
  • Differentiation of hyperbolic functions
  • Differentiation of inverse hyperbolic functions
  • Differentiation of implicit functions
  • Partial differentiation
  • Partial Differentiation application

3. Advanced Integration
  • Integration by substitution method
  • Integration by parts
  • Integration resulting in the inverse trigonometric functions
  • Integration of hyperbolic functions
  • Integration of inverse hyperbolic functions
  • Integration by partial fractions

4. Differential Equations
  • Formation of differential equations
  • First order differential equations
  • Second order differential equations

0 comments:

Post a Comment