Pages

Wednesday 30 May 2012

Lawatan Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ) ke tapak Eco Trail PIS

Lawatan Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ) ke tapak Eco Trail PIS pada 30 Mei 2012 telah membawa projek Eco Trail PIS ke tahap seterusnya. Objektif lawatan JPNJ adalah untuk membincangkan berkenaan prosedur penghantaran dan penanaman pokok, perbelanjaan dan jenis pokok yang sesuai dengan tanah yang ada di tapak Eco Trail PIS. 2 org wakil dari JPNJ iaitu En. Hairun Nizam Bin Abd Rahim dan En. Ahmad Hamka Bin Mohd Yasin telah datang melawat bagi membincangkan prosedur selanjutnya.











Tuesday 29 May 2012

Lawatan ukur aras JMSK, PSMZA ke JMSK, PIS

Lawatan ukur aras Jabatan Matematik, Sains & Komputer Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (JMSK PSMZA) ke Jabatan Matematik, Sains & Komputer Politeknik Ibrahim Sultan (JMSK PIS) telah diadakan pada 25 Mei 2012. Lawatan bermula pada 2.30 petang yang di sambut oleh Ketua Jabatan dan staf-staf JMSK PIS. Seramai 20 orang wakil dari JMSK PSMZA yang telah hadir dan objektif lawatan adalah:
  • Mewujudkan hubungan kolaborasi yang rapat antara JMSK PSMZA dan JMSK PIS
  • Berkongsi pengalaman berkaitan perlaksanaan pembelajaran dan pengajaran  berkonsepkan OBE
  • Perbincangan untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar untuk subjek Matematik, Sains dan Komputer

Ketibaan wakil JMSK PSMZA

Sambutan dari JMSK PIS

Perbincangan ukur aras antara KJ JMSK PIS dan KJ JMSK PSMZA  


Antara wakil dari JMSK PSMZA


Jejaka-jejaka JMSK PSMZA


Penghargaan dari kedua-dua pihak

Bergambar bersama sebelum pulang






Friday 25 May 2012

Bengkel KIK (Kumpulan Inovatif & Kreatif)

Bengkel KIK (Kumpulan Inovatif & Kreatif) telah diadakan pada 21 Mei 2012 di Bilik Mesyuarat JMSK. Peserta yang terlibat dengan Bengkel KIK ini terbahagi kepada 2 kumpulan yang di ketuai oleh Pn. Irma Binti Maaman (Kumpulan 1) dan Pn. Zaida Binti Torman (Kumpulan 2). Perkara yang dibincangkan adalah berkenaan dengan planning bagaimana KIK akan di lakukan. Perbincangan dimulakan dengan pemilihan tajuk yang bersesuai berkenaan masalah di Politeknik mengikut kaedah yang di cadangkan. KIK JMSK akan dipertandingkan di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dan yang terpilih akan mewakili PIS untuk bertanding di peringkat Politeknik. Selamat maju jaya di ucapkan kepada para peserta.

Perbincangan Kumpulan 1




 
Perbincangan Kumpulan 2




 
Pembentangan Kumpulan 1


 

Pembentangan Kumpulan 2















Thursday 10 May 2012

KURSUS COMPUTER NETWORKING (BASIC LEVEL)

Kursus Computer Network (Basic Level) telah dijalankan pada 9 Mei 2012 bertempat di CAD 3, JMSK. Kursus ini berlangsung bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 4.30 petang. Peserta yang terlibat dalam menjayakan kursus ini adalah staf JMSK seramai 32 orang. Penceramah yang diundang untuk kursus ini ialah En. Hamal Nasir Bin Jalil daripada Unit Teknologi Maklumat PIS. Sepanjang kursus berlangsung, pasa sesi pagi peserta diberi taklimat ringkas mengenai asas rangakain komputer, jenis-jenis rangkaian, jenis-jenis peralatan yang digunakan dalam rangakaian.





Kemudian, peserta diberi latihan menyediakan kabel rangkaian secara praktikal. Latihan praktikal ini banyak mendedahkan peserta kepada kemahiran menyediakan kabel rangakaian. Pada sesi petang pula, peserta didedahkan dengan perisian rangkaian. Peserta diberi tunjuk ajar bagaimana ‘setting’ untuk perkongsian mesin pencetak dengan menggunakan rangkaian, perkongsian ‘folder’ antara satu komputer dengan komputer lain melalui rangkaian. Kursus ini banyak memberi pengetahuan baru kepada peserta mengenai perkongsian fail, mesin pencetak dan sebagainya.