Pages

Thursday 10 May 2012

KURSUS COMPUTER NETWORKING (BASIC LEVEL)

Kursus Computer Network (Basic Level) telah dijalankan pada 9 Mei 2012 bertempat di CAD 3, JMSK. Kursus ini berlangsung bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 4.30 petang. Peserta yang terlibat dalam menjayakan kursus ini adalah staf JMSK seramai 32 orang. Penceramah yang diundang untuk kursus ini ialah En. Hamal Nasir Bin Jalil daripada Unit Teknologi Maklumat PIS. Sepanjang kursus berlangsung, pasa sesi pagi peserta diberi taklimat ringkas mengenai asas rangakain komputer, jenis-jenis rangkaian, jenis-jenis peralatan yang digunakan dalam rangakaian.





Kemudian, peserta diberi latihan menyediakan kabel rangkaian secara praktikal. Latihan praktikal ini banyak mendedahkan peserta kepada kemahiran menyediakan kabel rangakaian. Pada sesi petang pula, peserta didedahkan dengan perisian rangkaian. Peserta diberi tunjuk ajar bagaimana ‘setting’ untuk perkongsian mesin pencetak dengan menggunakan rangkaian, perkongsian ‘folder’ antara satu komputer dengan komputer lain melalui rangkaian. Kursus ini banyak memberi pengetahuan baru kepada peserta mengenai perkongsian fail, mesin pencetak dan sebagainya.





0 comments:

Post a Comment