Seperti yang telah digariskan oleh JPP, salah satu daripada tugas utama dan tanggungjawab PPPT adalah menulis dan menerbitkan kertas kerja / hasil kajian / penyelidikan samada berbentuk ilmiah / pendidikan atau kepakaran. Menyedari ia adalah satu tugas yang baru bagi sesetengah pensyarah dan bagi memastikan tugas ini berjaya dilaksanakan, satu kursus penulisan artikel imiah telah diadakan pada 13 - 14 Mei 2013 di Bilik Seminar ULPL, PIS.
Kursus ini telah dihadiri oleh semua pensyarah dan dikendalikan oleh 2 orang yang pakar dalam bidang penulisan artikel ilmiah iaitu Dr Prasanna a/p Kesavan dari Unit Penyelidikan dan Inovasi dan Dr Beh Cheng Siew dari Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual.
Dalam kursus ini, metodologi dan kaedah-kaedah kajian telah diterangkan secara ringkas. Kaedah penulisan dan tips-tips penting juga telah diterangkan dengan jelas dan mudah difahami.
Diharap dengan kursus ini, pensyarah dapat melaksanakan kajian / penyelidikan dengan kaedah yang betul dan seterusnya dapat menulis sebarang artikel ilmiah mengikut piawai yang telah ditetapkan oleh institusi berkaitan.
0 comments:
Post a Comment