25 Mei 2015
– Kursus linear programming ini merupakan salah satu topik yang terdapat dalam
silibus Engineering Mathematics 3 (DBM3013). Topik ini merupakan topik yang
baru diperkenalkan dalam silibus yang baru bagi kursus DBM3013.
Dengan
adanya kursus ini, para pensyarah dapat didedahkan dengan teknik-teknik
menjawab soalan yang menglibatkan topik ini bagi memudahkan proses pengajaran
dan pembelajaran.
Kursus ini telah dihadiri oleh 27 orang
pensyarah JMSK dan dikendalikan oleh dua oran penceramah iaitu En Md Saifuddin bin Md Yusop dan En Mohd
Azim bin Md Janis yang merupakan pensyarah JMSK.
Dalam kursus
ini, peserta telah diberikan penerangan ringkas mengenai sub topik yang
terlibat dalam topik ini. Peserta
kemudiannya dikehendaki untuk membuat latihan dengan menyelesaikan masalah-masalah
yang berkaitan dengan topik linear programming ini. Peserta juga ditunjukkan oleh penceramah cara
penyelesaian setiap masalah.
Diharap dengan kursus ini,proses pengajaran
dan pembelajaran dapat dikendalikan oleh para pensyarah tanpa sebarang masalah.
0 comments:
Post a Comment