29 April 2015 – Fail Rekod Pensyarah merupakan
satu sistem penfailan rekod-rekod dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
terdiri daripada lesson plan, rekod ketidakhadiran pelajar dalan lain-lain.
Oleh itu, proses kemas kini fail ini berlulah berdasarkan Dokumen Kualiti yang terkini. Kadang kala, para pensyarah terlepas
pandang pada nobor rujukan kualiti yang baru.
Oelh itu, bengkel penutupan Fail Rekod Pensyarah
bagi sesi Disember 2014 telah diadakan bagi memudahkan para pensyarah
mengemaskini fail rekod pensyarah mengikut kehendak dokumen kualiti. Bengkel
ini juga bertujuan untuk mengelakkan para pensyarah daripada melakukan
kesilapan dalam merekod data yang diperlukan dalam fail rekod pensyarah. Selain
itu, bengkel ini juga membolehkan para pensyarah untuk cross-check fail rekod pensyarah antara satu sama lain bagi
mengurangkan kesilapan sebelum penutupan fail rekod pensyarah.
Bengkel ini telah dihadiri oleh 29 orang
pensyarah JMSK dan telah dikendalikan oleh Pn Hasliza binti Alyimran, seorang
pensyarah di JMSK yang juga merupakan seorang Penyelaras Kualiti Jabatan.
Bengkel ini sangat berkesan dan perlu
diadakan pada masa akan datang kerana para dapat mengurangkan kesilapan semasa
proses audit dijalankan bagi setiap semester.
0 comments:
Post a Comment