Pages

Tuesday 27 December 2016

Laporan Program Celik Takaful

             Pada 27 September 2016, Jabatan Matematik, Sains dan Komputer Politeknik Ibrahim Sultan telah menganjurkan Program Celik Takaful. Matlamat utama program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pengetahuan tentang kepentingan takaful dalam kehidupan, mendidik dan menyedarkan golongan muda terhadap keperluan memiliki skim takaful dan menyalurkan maklumat tentang peranan dan fungsi takaful. 

             Peserta kursus adalah terdiri daripada pelajar yang mengikuti subjek Keusahawanan iaitu daripada kelas DKM 5A, DKM 5B, DKM 5C, DTP 5A, DTP 5B, DFP 5A dan DFP 4A. Pelajar diberikan pelepasan kuliah sepanjang program berlangsung iaitu bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Program dipenuhi dengan sesi ceramah daripada dua orang wakil Syarikat Takaful Malaysia Berhad iaitu Encik Md Ridzwan bin Adnan selaku General Manager for Life Insurance dan En Mohd Haikal Hasny selaku Deputy Manager for South Region. 

               Sepanjang pengisian ceramah yang disampaikan, pelajar telah didedahkan dengan kepentingan pendidikan tinggi dan jaminan kehidupan masa hadapan. Peluang pekerjaan dalam bidang insurans turut didedahkan dimana kelayakan dalam bidang pendidikan adalah penting untuk menyertai kumpulan agen insurans. Para pelajar juga diberikan motivasi untuk memajukan diri dalam bidang kerjaya yang akan mereka harungi selepas menamatkan pengajian kelak. Keseluruhan pengisian program adalah sangat membantu pelajar mengetahui dengan lebih mendalam tentang kepentingan takaful dalam kehidupan, keperluan memiliki skim takaful dan menyiapkan diri dengan pendidikan yang cemerlang untuk menceburkan diri dalam alam pekerjaan kelak.






0 comments:

Post a Comment