Pages

Tuesday 27 December 2016

BENGKEL PERMUNIAN PENULISAN BUKU KERJA ENGINEERING SCIENCE DBS1012

         Januari 2016 – Bengkel pemurnian buku kerja bagi kursus Engineering Science DBS1012 telah diadakan pada 17 dan 18 Januari 2016 yang lalu di Bilik Mesyuarat Jabatan Matematik Sains dan Komputer. Buku kerja ini dihasilkan bagi memudahkan para pelajar dalam mAemahami konsep sains dalam silibus kursus Engineering Science DBS1012. Para pensyarah yang terlibat dalam bengkel ini merupakan pensyarah yang mengajar kursus Engineering Science DBS1012. Enam orang pensyarah kursus telah diberikan senarai tugas untuk memastikan buku kerja ini disiapkan dengan sistematik. Permunian dalam kandungan setiap tajuk telah dilakuka mengikut kehendak Course Learning Outcome (CLO) bagi memudahkan para pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pada semester akan datang.


         Selain daripada pengagihan tajuk, tugas-tugas lain seperti penyediaan template buku kerja, pengumpulan bank soalan penilaian akhir untuk dimuatkan dalam buku kerja dan proof reading juga dilakukan oleh pensyarah yang terlibat dalam bengkel. Pada sesi akhir bengkel ini, setiap pensyarah akan melayarkan bahagian tajuk masing-masing untuk disemak oleh pensyarah-pensyarah lain bagu memastikan tiada kesalahan ejaan, tatabahasa dan kandungan pengajaran mengikut topik. Penyediaan buku kerja ini memberi manfaat kepada pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran kursus ini. Kecemerlangan para pelajar dalam kursus ini dapat memberi impak positif dalam prestasi nilai GPA dan CGPA pelajar.






0 comments:

Post a Comment