Majlis Sambutan Hari Raya Merdeka PIS 2013 telah berlangsung pada 23hb Ogos 2013 bertempat di perkarangan UKPA. Majlis ini berlangsung sempena menyambut hari raya dan merdeka sekaligus merasmikan program ijazah sarjana muda pelancongan dan hospitaliti. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik iaitu Datuk Hj Mohlis Bin Jaafar. Majlis berlangsung dengan meriahnya kerana terdapat beberapa acara yang telah berlangsung seperti persembahan dari setiap jabatan, pertandingan anyaman ketupat, petandingan hidangan aidil fitri terbaik, pertandingan hiasan booth terbaik dan acara cabutan bertuah.
Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya lawatan yang telah dilakukan oleh Datuk Hj Mohlis Bin Jaafar ke setiap booth yang ada. Lawatan ini bertujuan untuk beramah mesra dengan setiap staf PIS di samping merasa hidangan istimewa dari setiap jabatan. Majlis telah diteruskan dengan pelancaran Program Ijazah Sarjana Muda Pelancongan an Hospitaliti yang berlangsung di Restauran Baiduri Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti. Seterusnya, Datuk Hj Mohlis Bin Jaafar telah bersama-sama menyanyikan lagu Jalur Gemilang dan mengibarkan Jalur Gemilang bersempena dengan sambutan hari kemerdekaan yang akan datang.
Majlis berlangsung dengan penuh meriah di mana setiap staf pelajar PIS saling kunjung-mengunjung ke booth masing-masing untuk menikmati juadah yang telah disediakan. Pihak JMSK telah menyediakan juadah yang istimewa seperti nasi arab, ketupat, rendah, kuih-uih dan sebagainya. Ramai yang mengunjungi booth JMSK dan memuji betapa menariknya hiasan booth tersebut (terima kasih kepada Pn. Norshaidah and the team).
JMSK telah melakukan persembahan Pentomin yang diketuai oleh Pn. Suraya Hani. Persembahan tersebut telah dijayakan oleh ahli kumpulan persembahan JMSK yang turut disertai oleh beberapa orang staf pelatih. JMSK turut menghantar 3 orang wakil untuk menyertai pertandingan anyaman ketupat iaitu Pn. Zuraidah, Pn Haslina dan En. Md Saifuddin. Untuk pertadingan anyaman ketupat ini, JMSK telah memenangi tempat ke 3. Tahniah diucapkan kepada mereka. Selain dari itu, JMSK juga telah memenangi hadiah tempat ke 2 untuk pertandingan Booth terbaik dan sekali lagi diucapkan tahniah kepada Pn. Norashidah and the team yang bertungkus-lumus menyiapkan booth tersebut. Tahniah juga diucapkan kepada setiap staf JMSK yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut. Majlis ini diharap dapat diteruskan dan menjadi acara tahunan di dalam kalendar PIS.
0 comments:
Post a Comment