Pages

Friday 21 June 2013

BENGKEL PEMBINAAN SOALAN PENILAIAN BERTERUSAN DAN PENILAIAN AKHIR

Pada 7-9 Januari 2013 & 19-21 Jun 2013, JMSK telah menganjurkan Bengkel pembinaan soalan penilaian berterusan dan penilaian akhir yang bertempat di Bilik Mesyuarat, Bilik Rekod dan Data dan Makmal Sains, JMSK, PIS. Bengkel pembinaan soalan penilaian berterusan dan penilaian akhir dilaksanakan pada setiap semester dengan tujuan memberi panduan dalam pembinaan soalan penilaian supaya soalan yang dihasilkan mematuhi kehendak silibus, mencapai CLO yang digariskan, dapat menguji domain yang ditetapkan dan mengikut Jadual Spesifikasi Penilaian dan Jadual Spesifikasi Item bagi setiap kursus. Bengkel ini juga diadakan supaya soalan yang dihasilkan adalah selaras bagi tiap-tiap kursus dan sentiasa bertukar setiap semester.



Bengkel ini telah diwajibkan kepada semua pensyarah dan diadakan mengikut unit dengan dibantu oleh ketua kursus masing-masing iaitu Pn Asniza binti Abu Bakar, Cik Fazida Akhtar binti Abdullah dan Pn Umi Kalthom binti Ramin sebagai pemudahcara.



Bengkel ini diharapkan dapat menjadikan para pensyarah lebih kompeten untuk menggubal soalan-soalan penilaian dan dapat menghasilkan soalan-soalan penilaian yang lebih bermutu dan mencapai piawai yang digariskan oleh Bahagian Peperiksaan dan Penilaian.


0 comments:

Post a Comment