Majlis
perpisahan ini diadakan pada hari Khamis, 24 Julai 2014 di Bilik Mesyuarat
JMSK. Majlis dimulakan pada jam 2.30 petang bagi meraikan dua orang pensyarah
JMSK yang akan berpindah iaitu Pn Puziahhaiza binti Pazui dan Pn Faizatussaidah
binti Mean. Kedua-dua orang pensyarah ini akan berpindah ke Politeknik Mersing,
Johor.
Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan dari
Pengerusi Majlis dan seterusnya ucapan dari Ketua Jabatan JMSK iaitu Dr. Hjh.
Siti Zunariah binti Mohd Said yang merakamkan ucapan terima kasih dan selamat
maju jaya kepada mereka. Majlis diteruskan dengan ucapan dari Ketua Kursus, Pn
Umi Kalthum binti Ramin dan diikuti pula ucapan dari yang diraikan iaitu Pn Puziahhaiza
binti Pazui dan Pn Faizatussaidah binti Mean. Majlis diakhiri dengan
penyampaian cenderahati dari JMSK dan Unit Komputer kepada Pn Puziahhaiza binti
Pazui dan Pn Faizatussaidah binti Mean. Majlis bersuarai pada jam 3.30 petang.
0 comments:
Post a Comment